cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

16 Dec 2014

Vitamin C hilangkan jeragat jadikan kulit lebih cantik

Assalamualaikum... hai hai hai..

Hari ini nak cerita pasal masalah jeragat. Masalah jeragat adalah masalah yang paling ditakuti oleh wanita kerana agak sukar untuk membuangnya dari kulit. Wanita asia paling terdedah kepada masalah jeragat kerana pendedahan cahaya matahari.

Jeragat atau melasma adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat dan menjejaskan penampilan individu.


"Melasma adalah gangguan biasa yang tidak diketahui punca yang menyebabkan bintik hitam (pigmentasi) terutama di bahagian wajah. Bintik hitam ini akan bertambah buruk jika berlaku perubahan hormon estrogen.

Sebab terjadinya jeragat

● Terdedah kepada cahaya matahari
● Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu hormon serta pil perancang
● Penggunaan kosmetik kulit yang bersifat panas
● Keturunan
● Faktor kerja seperti tukang masak yang terdedah kepada bahang api
● Hormon yang tidak seimbang
● Faktor usia menyebabkan kolagen kurang terbentuk.

Tip menentang kulit jeragat

● Elak menggunakan produk menghakis kulit
● Elak berjemur sehingga kulit menjadi kering
● Sapu pelembap secukupnya setiap hari dan setiap malam
● Kulit memerlukan tiga vitamin A,C, dan E untuk kekal sihat
● Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk dapatkan kulit sihat
● Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan penghalang kehilangan kelembapan kulit, dan mengatasi masalah kedutan dan kering.
● Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.

Rawatan yang sesuai dilakukan

◆ Krim pengelupasan
◆ Rawatan asid
◆ Pakar kecantikan
◆ Petua orang lama
Vitamin C

Bagaimana peranan vitamin C hakis jeragat

■ Menghalang peneluaran melanin
■ Kebaikan vitamin C untuk kulit
■ Membantu pengeluaran vitamin E
■ Kulitnpulih lebih cepat
■ Menggalakkan penghasilan kolagen
■ Kurang kedutan

Shaklee Vitamin C adalah pilihan yang terbaik.

☆ Bersifat sustained release -100mg dilepaskan bagi setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti.

☆ 1 tablet Vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji oren.

☆ Mempunyai bioflavonoid -membantu penyerapan vitqmin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C daripada teroksida.

☆ Sumber natural -tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Saya adalah pengedar sah Shaklee ID 869124
Hubungi saya sms|call | WhatsApp 01131737525
Sebarang penghantaran menggunakan pos laju dan cod di kawasan meru , jelapang , silibin dan kawasan sekitar dengannya

28 Nov 2014

Berselfie muka macam cikgu. Ehh ada ker

Assalamualaikum. Haihaiha

Salam jumaat semua kawan-kawan. Jumaat datang lagi dan semoga jumaat ini bukan yang terakhir bagi kita.

Saja nak coret-coret kat sini. Selalu tengok orang dok berselfie kita pun nak juga berselfie. Dak gitu..

Ini gambar hari ini. Ada orang cakap muka saya cam cikgu. Ehh..ada ker..



Masa umur 20 tahun habis tingkatan 6 dapat kerja bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Gelaran yang diberi  adalah cikgu. Itulah pekerjaan pertama saya.

Pengalaman kerja di PDK memang agak mencabar sebab menguruskan kanak-kanak OKU. Tau lah kan kanak-kanak OKU ni cam mana. Ada yang dengar kata. Ada yang tak paham apa pun.

Apa pun saya tetap bersyukur kerana dilahirkan tanpa cacat cela dan dijaga baik oleh ke dua ibu bapa saya.

Seronoknya kerja kat PDK tu bila tengok gelagat masing-masing.  Tambah lagi kanak-kanak Down Sindrom yang sememangnya manja dan kekadang buat orang ketawa.  Kekadang stress jugak.
Semasa berkerja di PDK banyak pengalaman yang diperolehi, banyak kursus yang dihadiri.

Paling best, baru 3 hari masuk kerja dah kena pergi kursus bahasa isyarat. Tapi bahasa isyarat mudah. Dari situ mula belajar huruf a-z menggunakan isyarat tangan. Sampai boleh mengeja nama sendiri.

paling best kalau pergi kursus. Bukan dekat tempatnya. Ada satu kursus paling lama 4 minggu kalau tak silap la. Bergilir-gilir dengan kawan. Nama tempat tu pun dah lupa tapi kat Ipoh. Selalu kursus kat Kuala Lumpur la..

Pengalaman yang berharga. Bila pergi kursus kene pergi sendiri. Agaknya kalau sekarang ni terlepas ke KL sendiri pun lepas. Sebab dah tau jalan sana tapi naik bas dan kereta api je la.

Ini lah kerja pertama saya. Masa tu gaji RM500 jer. Bila dapat panggilan kerja kerajaan gaji dah naik jadi RM800. Tapi berbaloi kerja. Isnin sampai khamis di PDK. Hari jumaat lawatan ke rumah. Sabtu dan ahad cuti.


25 Nov 2014

MAKANAN BEREMPAH BANTU TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Assalamualaikum...hai hai

Anak saya yang no 2 tu dah berumur 8 bulan lebih dan masih menyusu susu ibu. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak no 2 seperti mana kakaknya juga.

Beberapa hari ini asyik makan kari jer. Memang sedap dan berselera la makan. Dapat pulak makan kat kedai mamak D'ARAB Cafe depan Mydin Meru Raya Ipoh.

Biasa la makan mesti nasi kuah kari campur. Rempah memang banyak yang digunakan dalam masakan. Pengambilan rempah dalam masakan setiap hari bukan sahaja baik untuk kesihatan malahan dapat membantu ibu-ibu menyusu tingkatkan pengeluaran susu ibu. Terutama nya ibu-ibu yang buat stok susu.


Salah satu rempah yang boleh tingkatkan pengeluaran susu ibu adalah helba. Cara pengambilannya mudah jer. Basuh helba dan toskan. Kemudian rendamkan di dalam segelas air panas. Bila suam boleh terus minum. Kalau rasa tak lalu nak minum tu masukkan jer dalam masakan. Lagi mudah.


12 Nov 2014

cinta ibadah : Kecantikan Isteri Tanggungjawab Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah bertahun-tahun pasangan berkahwin tentu banyak sudah cabaran yang dilalui. Adakalanya isteri akan bertanya pada suami apakah dia masih cantik?

Hakikat sebenarnya kejelitaan dan kejayaan seorang wanita bergantung dengan bagaimana dia mahu dipandang oleh Allah SWT. Jika pandangan Allah diutamakan daripada mata-mata manusia, maka kejayaan akan sempurna terbentuk dari hati hingga ke kulit jasadnya.


Manakala keengganan diri menghadirkan pandangan Allah akan menyebabkan kehodohan luar biasa yang menjangkiti seluruh tubuh badan.

Suami yang mahukan isteri tetap cantik seperti pandangan cinta malam pertamanya dulu eloklah mementingkan agenda perawatan kecantikan isteri.

Lelaki yang soleh tahu menjaga diri dan amat bijak menjaga isteri. Bukan hanya nafkah makan minum, hati dan perasaan isteri boleh menjadi sebab susahnya suami dihisab di akhirat. Begitu juga kecantikan dan kesihatan isteri amat penting bagi suami yang bertanggunjawab kerana semua itu akan disoal di hadapan Allah SWT.

Bukan hanya makanan dan perasaan jiwa isteri yang mesti sua mi jaga, bahkan suplemen untuk menjaga kesihatan imannya juga perlu disediakan oleh suami.

Ia adalah makanan kesihatan daripada sumber kenikmatan Al-Quran dan kemanisan sunnah Rasulullah SAW demi kejelitaan isteri yang dikasihi. Suami juga perlu sentiasa mengawal keinginan isteri daripada menyantap hidangan-hidangan duniawi yang boleh mendatangkan penyakit kegemukan dosa dan maksiat. Suami menjadi penasihat diet terbaik bagi isteri dalam bab-bab halal dan haram.

Begitulah usaha suami menjaga kejelitaan isteri dan bertanggunjawab. Jika isteri jelita pada pandangan suami barulah ketenangan rumah tangga itu tercipta dengan sempurna. Cinta pun tak pernah layu, kerana ia bukan cinta biasa tetapi cinta kerana Allah SWT.

Pandangan cinta ini yang membangun kesungguhan beribadah di rumah dan menumbuhkan semangat berilmu tak kira masa. Jika bukan kerana pandangan cinta, suami tak akan memujuk isteri solat dan menasihatinya jika lalai. Isteri pula mengisi masa dengan kesibukan yang positif disebabkan tersengat oleh hangatnya pandangan cinta suami.

Begitu indahnya cinta ibadah. Cinta kerana Allah SWT. Cinta dunia cinta akhirat.


6 Nov 2014

5 kesan kekurangan kalsium terhadap tubuh

Dalam penjagaan kesihatan tulang, selalunya ia dikaitkan dengan kalsium yang cukup. Golongan remaja dan dewasa sering mengalami masalah kekurangan kalsium dalam badan disebabkan tidak mengendahkan kebaikan minum susu atau produk tenusu yang lain. Ia berlaku kerana mereka sendiri tidak tahu betapa besarnya peranan kalsium untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

Kalsium mineral terbesar dalam tubuh
Tulang dan gigi mengandungi 99 peratus kalsium manakala satu peratus lagi terkandung dalam aliran darah. Walaupun cuma 1 peratus tetapi jika kekurangan, otot akan mengalami masalah, darah sukar untuk membeku atau saraf terganggu.

Menurut kajian, pertumbuhan tulang boleh berlaku sehingga berumur 20 tahun. Walaupun masalah kekurangan jisim tulang lebih kerap berlaku kepada wanita, lelaki juga tidak terkecuali. Cuma nya lelaki mengalaminya pada kadar yang lebih perlahan berbanding wanita.

5 kesan kekurangan kalsium terhadap tubuh

Osteoporosis
Kepadatan tulang dalam tubuh badan bergantung kepada jumlah kalsium yang diambil. Jika sumber kalsium yang diambil setiap hari mencukupi, masalah kerapuhan tulang pasti tidak berlaku.

Masalah otot
Kesakitan otot tulang boleh berlaku jika kekurangan kalsium. Pergerakan menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbangan dan kebolehan koordinasi kerana gerakan tubuh bergantung pada stimulasi otot tulang.

Daya ingatan semakin berkurangan
Ion kalsium sangat penting ketika proses penghantaran maklumat saraf. Ransangan pada sarf otak berkait rapat dengan penghantaran ion kalsium di dalam dan diluar neuron. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan hambatan makanisme ransangan dalam tubuh menjdi tidak teratur.

Kurang sistem imunisasi tubuh
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh berkurangan. Secara tidak lansung lebih mudah terdedah pada jangkitan penyakit.

Masalah jantung
Fungsi jantung dan sumber tenaga yang diperolehi untuk bekerja juga turut dipengaruhi oleh suber kalsium. Jika ia tidak mendapat sumber tenaga yang cukup, ia pasti menghadapi masalah untuk mengepam darah ke seluruh badan dan sel tubuh.

Secara umumnya, wanita dan lelaki mula menghadapi kehilangan jisim tulang sebaik sahaja mencecah umur 50 tahun. Diet harian mungkin tidak mampu menampung keperluan kalsium setiap hari.

Dengan pengambilan 2 gelas susu berkalsium tinggi setiap hari dapat membantu mengekalkan keperluan kalsium  pada tubuh.
Pengambilan suplemen kalsium juga dapat membantu dalam mengekalkan keperluan kalsium tubuh, terutamanya bagi mereka yang tidak suka minum susu dan alah kepada laktosa.

Untuk mendapatkan keperluan kalsium setiap hari amalkan Ostematrix Shaklee yang membekalkan kalsium, magnasium dan vitamin D yang seimbang untuk penyerapan yang maksimum.


Saya adalah pengedar sah shaklee ID 869124
sms | WhatsApp 01131737525


4 Nov 2014

10 Makanan Bantu Kurangkan Stres

Stres adalah satu keadaan dimana dapat mempengaruhi tubuh, fikiran, perasaan dan perilaku seseorang. Stres yang dibiarkan dapat menimbulkan masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, obesiti dan diabetes.


Pencegahan awal dan pengurusan stres harus diambil supaya tidak berlarutan. Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu mengurangkan stres secara semula jadi.

10 makanan bantu kurangkan stres.

1. Kacang - ia mengandungi magnasium yang dapat mengurangka lagi penghasilan hormon kortisol ( hormon yang menjadi punca stres). Bagaimanapun pengambilqn kekacang tidak boleh berlebihan kerana kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

2. Brokoli - mengandungi asid folik yang yang turut membantu dalam mengurangkan stres.

3. Manisan - hormon stres juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak pada bahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit sahaja manisan ke atas lidah dapat membantu mengurangkan stres yang dialami.

4. Roti gandum beserta jem atau madu - makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon sirotonin ( hormon yang membantu dan juga membaiki mood dan juga memberikan ketenangan).

5. Salmon - asid lemak omega 3 membantu sel otak berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stres yang dialami.

6. Coklat gelap - ia mengandungi kandungan endorphin yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangka stres.

7. Susu - khasiat susu dapat membantu untuk menguranfkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stres.

8. Minuman coklat - air coklat panas juga mambantu untuk meningkatkan suhu tubuh yang memberikan keselesaan dan juga meningkatkan fungsi otak.

9. Teh - satu kajian yang dilakukan oleh Universiti College London menunjukkan seseorang yang minum teh 4 kali sehari selama 6 minggu membantu mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stres.

10. Air Sejuk - ia dapat meransang endorphin yang turut membantu mengurangkan stres.


3 Nov 2014

stres dan cara mengatasinya mengikut pandangan Islam

Stres merupakan masalah yang paling umum di zaman moden. Stres berupaya menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, depresi, penyakit auto imun, hipertensi, diabetes, dan juga kanser.


 Stres menurut pandangan islam

Punca stres itu bukan dari takanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati, roh, nafsu dan akal.

Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiadanjalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah),ketuhanan( rabbaniah) dan kerohanian (ruhaniah).

Cara mengatasi stres dalam islam

■  solat -
○ hajat
○ taubat

berdoa - minta pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan solat.

zikir - sentiasa mengamalkan zikir untuk menenangkan hati dan fikiran.

baca Al-Quran - Al-Quran adalah penawar segala penyakit



Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT, jaga hubungan sesama manusia, jaga kesihatan, befikiran positif untuk hidup yang lebih sihat.

30 Oct 2014

10 kebaikan ESP Shaklee kepada tubuh

Assalamualaikum.. hai hai hai...

Siapa yang suka minum soya? Saya seorang penggemar soya sejak dari zaman remaja lagi hingga lah sekarang ni. Minum soya memang sedap dan mengenyangkan.

Tahukah anda, soya kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, maganese, magnesium, iron dan phosphorous. Ia juga kaya dengan Vitamin A,B, C,D serta Lechitin. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.


Kacang soya juga mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

Tapi itu dulu. Sekarang saya minum soya yang lebih baik dan berkualiti tinggi. Apa lagi ESP Shaklee yang paling hot la. Dua tahun sudah saya mengamalkannya.. Terbaikkkk..


Kebaikan pengambilan ESP Shaklee

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya biasanya bersifat keasidan.

2. Dihasilkan daripada soya non-GMO ( selamat daripada risiko toksin).

3. Protein yang lengkap- mengandungi 9 asid amino perlu yang penting untuk fungsi badan.

4. Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

5. Mengandungi isoflavone yang membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksidan, mempertingkatkan tahap kolestrol baik, memelihara kesihatan jantung dan lain-lain.

6. Rendah lemak, tanpa kolestrol. Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis.

7. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, organ, kulit, dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

8. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan pemulihan luka agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan serta memudarkan parut.

9. Membaiki masalah rambut seperti rambut beruban, rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

10. Paling penting rendah kadar indeks glisemik (GI).

ESP Shaklee berperisa vanila. Sedap..boleh dibancuh dengan air suam ataupun dicampur dengam minuman kegemaran. Boleh dinikmati sejuk, suam atau ais blended.

Saya adalah pengedar sah shaklee ID 869124
sms | WhatsApp 01131737525
Sebarang penghantaran menggunakan pos laju dan cod di kawasan meru, jelapang, silibin , ipoh dan kawasan sekitar dengannya.


29 Oct 2014

5 Makanan Bantu Tingkatkan Kesuburan

Assalamualaikum... haihaihai...

Selalu kita cakap pasal pentingnya pemakanan seimbang, nutrisi dan zat yang penting untuk kesihatan tubuh. Melalui pemakanan yang seimbang juga membantu untuk tingkatkan kesuburan.

Cabaran dunia hari ini yang begitu sibuk dengan pelbagai urusan harian menyebabkan kita kurang beri perhatian terhadap pemakanan seimbang. Makanan yang diambil untuk mengenyangkan perut sahaja.

Jom kita amalkan 5 jenis makanan yang bukan sahaja bermanfaat kepada tubuh, malah membantu tingkatkan kesuburan lelaki dan wanita.



1. BERI terutamanya beri biru dan rasberi. Kumpulan beri ini adalah sumber antioksidan yang penting untuk kualiti sperma dan telur.




2. PISANG adalah sumber vitamin B 6. Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan perkembangan telur serta sperma yang tidak elok.



3. WALNUT kaya dengan omega 3 yang penting untuk pembentukan sperma yang berkualiti. Ia juga boleh mengurangkan inflamasi di dalam badan.



4. KACANG HAZEL tinggi kandungan vitamin E yang diperlukan untuk telur dan sperma yang elok. Ia membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan juga mengurangkan hormon insulin tinggi yang kerap dilihat di dalam wanita yang menghadapi PCOS.



5. BUAH SITRUS seperti oren dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg vitamin C untuk kesihatan sperma dan juga memastikan hormon seimbang bagi wanita.




Pengambilan vitamin dan suplemen juga penting kepada tubuh selain mengamalkan pemakanan yang seimbang. Keperluan vitamin dan suplemen adalah untuk melengkapkan keperluan harian kepada tubuh.

Saya adalah pengedar sah Shaklee ID 869124
sms | WhatsApp 01131737525
penghantaran akan dibuat secara pos laju dan  cod di kawasan meru, jelapang, silibin, dan Ipoh.

28 Oct 2014

6 Panduan atasi uban pra-matang secara semulajadi

Rambut yang panjang dan bersinar menjadi idaman setiap wanita. Namun, tanpa disedari rambut putih pra-matang menjadi satu masalah yang membimbangkan termasuk golongan muda. Punca kepada masalah ini perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaian kepada masalah rambut pra-matang ini. Jom kita lihat 6 panduan atasi uban pra-matang secara semulajadi.



1 Gabungkan Jus Segar Dalam Makanan
Masukkannjus sayuran atau buah-buahan segar ke dalam pemakanan anda setiap hari bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula. Jus lobak merah, salad dan alfalfa adalah sangat berfaedah. Pengambilan jus ini setiap hari akan menjadikan rambut anda sihat dan menghalang dari kemunculan uban.


2 Pengambilan Vitamin
Uban boleh dicegah dengan menambahkan pengambilan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Pengambilan vitamin ADan B juga perlu ditingkatkan. Lebihkan makan sayuran hijau dan buah berwarna kuning. Untuk bekalan vitamin B yang mencukupi, lebihkan makan sayuran hijau, pisang, tomato, kubis bunga, yogurt, yis, hati dan bijirin. Boleh juga mengambil suplemen vitamin B untuk bekalan berterusan.



3 Lebihkan Makanan Yang Kaya Dengan Iodin
Makanan yang kaya dengan iodin membantu menghalang rambut dari beruban.ikan misalnya mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Pisang, lobak merah juga mengandungi iodin yang sama.



4 Sapukan Inai
Inai merupakan herba yang digunakan di India sejak zaman purba dan merupakan perapi rambut yang berkesan. Penggunaan inai dapat menguatkan rambut dan menghalamg rambut beruban, rambut nipis dan hujung rambut bercabang.



5 Sapukan Minyak Pada Rambut
Menyapukan minyak pada tambut adalah penting supaya rambut menjadi sihat dan menghalang rambut dari beruban. Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam brrsama jus lemon, yang merupakan kaedah tradisional India untuk mencegah rambut beruban.


6 Amalkan Petua Dirumah
Petua yang dilakukan di rumah adalah penyelesaian yang terbukti berkesan untuk menangani masalah rambut beruban. Urutkan akar rambut dengan teh hitam dan bersihkan selepas 1 jam. Ia akan membantu menghitamkan rambut.

22 Oct 2014

Vitamin C shaklee bantu hilangkan selsema

Assalamualaikum.. hai hai hai...

Baru-baru ni seminggu saya kene selsema yang teruk dengan kahak yang banyak. Betul-betul menganggu kerja seharian. Bukan kene selsema jer siap pakej sakit kepala dan sakit mata.

Paling kesian tengok si adik yang turut sama kene selsema. Pergi klinik dapat ubat selsema, ubat tahan sakit dan ubat untuk loya dan muntah. Sehingga hari ini saya masih belum sentuh lagi ubat tu semua, sebab saya nak sembuh secara semula jadi.

Orang kata kalau kene selsema ni sebab kurang vitamin c! Betul ke? Maka dengan itu, saya amalkan makan vitamin c setiap hari. Dan selsema saya hilang. Bukan sebarang vitamin c yea. Saya ambil 2 biji Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus setiap hari.

Pengambilan vitamin C setiap hari bantu tingkatkan sistem imun,meredakan keradangan, mementang infeksi bakteria dan melawan virus selsema. Vitamin C ini masam rasanya. Tapi sedap. Saya suka saya suka.

Kenapa saya pilih Vitamin C Shaklee?

1. Sebiji SR vitamin C Plus bersamaan dengan 7 biji oren dan kaya dengan bioflavonoid.

2. Pelepasan berkekalan setiap satu jam selama 5 jam

3. Kandungan vitamin c yang tinggi.

Bioflavonoid - membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C daripada teroksida.25% biofavonoid diekstrak dari kulit buah yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex


Dalam banyak-banyak vitamin kenapa pilih Shaklee?

2 tahun saya mengamalkan vitamin shaklee. Setiap produknya berkualiti dan mempunyai sijil halal dan ada kelulusan KKM. Yang paling penting tiada silika gel. Ia nya 100% semula jadi tanpa bahan kimia.

Betullah orang kata kalau tak kenal maka tak chinta.

Saya adalah pengedar sah Shaklee ID 869124
Hubungi saya sms |WhatsApp  01131737525
penghantaran akan dilakukan melalui pos laju dan cod di kawasan meru, jelapang, silibin dan kawasan sekitar dengannya




21 Oct 2014

Hobi saya yang suka menjahit dan membuat kraftangan

Assalamualaikum. Hai hai hai..

Hari saya nak cerita pasal hobi. Semua orang ada hobi kan. Hobi saya pulak ikut musim. Hehehe. Ada masa saya akan menjahit. Ada masa saya akan buat kraftangan. Mungkin ikut tangan mak kot. Agak kreatif skit.

Bila datang idea rajin saya akan menjahit. Masa lahir anak pertama perempuan, memang rajin kot menjahit. Buat dress anak. Ringkas tapi cantik. Rasa puas bila anak pakai baju kita buat sendiri.

top dress & pillow case dress

Masa tu pakai mesin jahit biasa yang kene tekan dengan kaki. Boleh lenguh kaki jugak la bila menjahit lama. Sudahnya saya beli mesin jahit baru. Membebel panjang suami sebab beli mesin jahit baru tak bagi tahu dia. Tapi berbaloi bagi saya. Sebab saya jahit sendiri baju saya. Baju anak-anak pun saya jahit sendiri. Tak perlu nak upah orang lagi bila nak buat baju raya.

Jari jemari saya juga agak lembut. Saya buat crochet. Suka mengait buat bunga pastu buat headband. Biasala kan bila ada anak perempuan. Mesti nak nampak cantik.

crochet headband

Saya jugak banyak habiskan duit beli benda yang bukan contohnya kain felt. Apa lagi, aktiviti kreativiti la kan.

atas : key chain
bawah : pin tudung

Masa mengandung anak pertama saya buat bakul dari kertas majalah. Saya tak guna surat kabar sebab kertasnya lembut. Saya berjaya buat 30 biji bakul untuk majlis naik buai. Betapa rajin dengan hobi yang satu tu. Sekarang ni rasanya nak mula balik menganyam  bakul. Rasa satu kepuasan bila dapat siapkan walaupun sebiji bakul sahaja.

Bakul anyaman buatan sendiri


Ini lah hobi saya yang kekadang saya buat bila rajin. Rasa satu kepuasan bila dapat buat sesuatu yang kita minat.


Saya adalah pengedar sah shaklee ID 869124
call | WhatsApp | sms 01131737525
Sebarang penghantaran adalah melalui pos laju dan cod di kawasan berhampiran meru, jelapang,  silibin, dan Ipoh






20 Oct 2014

7 kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting kepada otak manusia untuk perkembangan memori dan tingkatkan daya ingatan. Tubuh manusia tidak dapat mengahsilkan EPA dan DHA dengan sendiri. Maka, kita haruslah mendapatkannya melalui sumber makanan dan juga suplemen.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain asid lemak yang terkandung dalam omega 3 dengan maksima. Sumber omega 3 yang terbaik adalah dari ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Maka, pastikan tubuh kita dalam keadaan sihat supaya dapat menyerap kesemua zat dan nutrien dari pengambilan makanan seharian.

7 kelebihan omega 3 dalam omega guard shaklee

1. Minyak omega 3 dalam omega guard shaklee adalah diekstrak dari ikan laut dalam

2. Omega 3 dalam omega guard shaklee adalah 3 kali lebih tumpat berbanding ketumpatan minyak hati ikan.

3. Omega guard shaklee tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang bertoksik.

4. Omega guard shaklee adalah sangat berbeza daripada produk omega 3 yang dijual dipasaran kerana satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid amino termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. Omega guard shaklee dihasilkan daripadankaedah  ultratulen bergred farmaseutikal berteknoligi terkini.

6. 1 kapsul omega guard shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

7. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dsn PCB.



SIAPA Yang Perlukan Omega Guard?

1. Nak kuaruskan badan.
- 1 biji omega guard = 2 biji lecithin, bermakna omega guard dapat membakar lemak 2 kali ganda dari lecithin.

2. Pesakit jantung dan darah tinggi
- omega guard mampu mencegah kadar kolestrol yang berlebihan

3. Asma dan lelah
- bersifat mengelakkan kesejukan

4. Gout
- mengelakkan inflamasi pada sendi dan menghalang sendi dari bengkak

5. Tingkatkan daya tumpuan dan menajamkan otak
- sesuai untuk pelajar, kanak-kanak,  ibu mengandung dan ibu menyusu.

Satu botol Omega Guard Shaklee mempunyai 90 kapsul lembut yang mudah ditelan dengan harga rm 136.00 sebotol.

Penghantaran akan dilakukan secara pos laju ataupun cod terus ke tangan anda.

Sila hubungi sara sms| WhatsApp 01131737525
pengedar sah shaklee anda ID 869124
COD di kawasan meru, jelapang,  silibin dan disekitar Ipoh perak

15 Oct 2014

Tips Tingkatkan Kesuburan

Hamil bukan lah suatu perkara yang mudah. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ternanti-nanti saat untuk memiliki anak sendiri. Cahaya mata adalah penyambung keturunan, pengikat kasih sayang antara suami isteri dan penghibur hati. Bakal ibu perlu tingkatkan kesuburan untuk memperoleh zuriat.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk tingkatkan kesuburan.

1. Pastikan berat badan adalah bersesuaian dengan ketinggian. Sekiranya terlalu kurus atau berat boleh mengurangkan tahap kesuburan.

2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan secara berlebihan.

3. Perhatikan diet. Pastikan mengambil pemakanan yang seimbang. Lebihkan makanan yang berserat, sayur-sayuran da buah-buahan yang berwarna warni. Pastikan juga makan makanan yang mengandungi protein dan kalsium.

4. Amalkan makan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Aisd folik membantu meningkatkan kesuburan dan juga mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

5. Ketahui waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, pasangan digalakkan melakukan hubungan seks ketika waktu subur.

6. Elakkan atau kurangkan minum kopi. Selalunya doktor akan mencadangkan menukarkan kopi kepada teh. Teh yang paling baik adalah teh hijau yang mengandungi antioksidan. Selain itu, teh juga elok untuk meningkatkan kesuburan.

7. Sentiasa berfikiran positif dan cuba kurangkan stres dalam kehidupan seharian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepada-Nya agar dikurniakan anak yang comel, sihat dan soleh.

Inginkan vitamin kesuburan? Boleh menghubungi saya
sms | WhatsApp 01131737525

14 Oct 2014

Minyak Ikan kaya Dengan Omega 3

Minyak Ikan kaya dengan sumber asid lemak omega 3, asid alfa linolik. Terdapat beberapa jenis asid lemak perlu iaitu asid lemak omega 3, asid alfa linolenik, dan asid lemak omega 6, asid linoleik.

Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil daripada makanan. Badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Asid lemak perlu akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Salah satu bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandin.

Prostaglandin merupakan bahan yang amat penting dalam sistem biologi manusia termasuklah dalam sistem imuniti, sistem pencernaan, proses ekspresi gen, proses baik pulih sel, proses tekanan bendalir dan pengawal aturan suhu badan.


Asid lemak omega 3 mempunyai kesan biologi untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser, penyakit Alzhemer, sakit bua pinggang, sakit jantung dan lain-lain. Maka dengan itu, setiap individu memerlukan asid lemak perlu untuk membolehkan setiap sel badan berfungsi secara normal.

Bayi seawal usia didalam kandungan juga boleh mendapatkan asid lemak omega 3 melalui pemakanan si ibu. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan positif pengambilan omega 3 semasa mengandung kepada bayi.

Kajian oleh Helland el. al(2008) membandingkan wanita mengandung A yang mengambil 1183mg DHA (serta 803mg EPA) setiap hari ( bermula pada minggu ke 17 hingga 19 usia kandungan ) dengan wanita mengandung B yang cuma mengambil 10 ml minyak jagung menunjukkan wanita A melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak-kanak itu berumur 7 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita B. Anak A juga mempunyai kualiti tidur dan imuniti yang lebih baik. Namun, ransangan awal juga boleh mempengaruhi tahap perkembangan IQ anak.

Shaklee Omega Guard dilengkapi dengan omega 3, DHA dan EPA dalam satu kapsul lembut. Sangat mudah diambil dan ditelan. Satu botol Omega Guard berharga  RM 136.00 dengan 90 kapsul dalam satu botol.




Saya adalah pengedar sah Shaklee ID 869124
Sila hibungi saya WhatsApp |sms 01131737525



13 Oct 2014

Si Kecil Vitamin B Besar Manfaatnya

Keperluan vitamin B tidaklah terlalu banyak berbanding vitamin yang lain tetapi peranannya sangat penting dalam badan kita. 8 jenis vitamin mudah larut dikenalpasti sebagai Vitamin B dan setiap daripadanya mempunyai fungsi yang berbaza-beza.

Keperluan kebanyakan vitamin B , tidak beracun dan mudah larut dalam air. Lebihannya akan dibuang melalui air kencing.

Vitamin B1-Tiamin
Ia diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Ada beberapa makanan berkarbohidrat tinggi seperti bijirin , roti, dan tepung diperkaya oleh vitamin ini untuk memenuhi keperluan anda.

Jika kekurangan- kekurangan vitamin B sering terjadi kepada anda yang mempunyai pola pemakanan yang buruk. Antara tandanya, pergerakan mata tidak dapat dikawal dan atangan dan kaki tidak seimbang.

Sumber- roti, bijirin, hati, makanan laut( kerang dan ikan) serta ragi.

Vitamin B 2-Riboflavin
Sangat berguna untuk kesihatan mata, kulit, dan membantu metabolisma karbohidrat dan lemak.

Jika kekurangan - masalah pada kulit terutamanya di bahagian hidung dan mulut, bibir kering, mata merah, dan sensitif pada cahaya.

Sumber - susu dan produk yang diprosesnya, ayam, brokoli, cendawan dan bayam.

Vitamin B3 - Niasin
Ia diperlukan untuk mengubah makanan yang diambil menjadi tenaga. Ia juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan dan membaiki sistem penghadaman.

Jika kekurangan- kekurangan vitamin ini boleh mempengaruhi kesihatan dan kulit. Contohnya kulit kering dan mudah luka. Selain itu, ia akan membuatkan anda mudah cirit birit dan mudah marah.

Sumber - bijirin, beras, kekacang, susu, daging lembu dan cendawan.

Vitamin B 5 - Pantothenic Acid
Vitamin ini akan memecahkan lemak , protein, dan karbohidrat menjadi tenaga. Vitamin ini diperlukan untuk membuat vitamin D dan beberapa jenis hormon membentuk sel darah kerah.

Jika kekurangan- cepat marah,mpenat, masalah tidur, mual, muntah dan kebas pada anggota badan.

Sumber - sardin, ayam, avokado, kacang lentil dan tembikai.

Vitamin B 6 -Piridoksin
Ia diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak.

Jika Kekurangan - luka pada bahagian mulut, hilang rasa dan kekurangan pada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia.

Sumber - daging lembu muda, ikan , kentang , pisang, tomato, sayuran hijau dan buah berwarna ungu.

Bitamin B7 -biotin
Sering dipanggil vitamin H yang berperanan dalam memecahkan lemak, protein dan karbohidrat menjadi bahan bakar yang boleh digunakan oleh badan.

Jika kekurangan - masalah mata merah, rambut gugur, pucat dan kulit bersisik.

Sumber - telur, kacang tanah,susu, ikan salmon, oat, tiram dan pisang.

Vitamin B 9 - Folik
Vitamin ini penting untuk mencegah kerosakan saraf pada bayi dalam kandungan. Manakala suplemen asid folik dapat membantu mengawal perasaan, nafsu makan dan tidur lebih nyenyak.

Jika kekurangan - kerap merasa penat, berat badan menurun dan anemia. Amat disarankan untuk menjalani ujian darah bagi mengetahui kadar folik dalam darah.

Sumber - ubi bit, susu, sayuran hijau, tembikai susu dan hati.

Vitamin B 12- Kobalamin
Penelitian di Oxford University menunjukkan bahwa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang rendah boleh berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak.

Jika kekurangan - kurang ingatan, murung, mudah stres, hilang keseimbangan hilang nafsu makan dan anemia.

Sumber - daging lembu, ikan , telur, susu, kacang soya dan rumpai laut.

Shaklee B Complex menyediakan keperluan 8 jenis vitamin B dalam satu tablet kecil. Satu botol berharga RM53.75 untuk 120 tablet vitamin B.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee boleh WhatsApp | sms 01131737525.

12 Oct 2014

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee di Ipoh

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia dari negeri Perak. Secara terperincinya saya adalah pengedar sah shaklee dari Ipoh. ID Shaklee Saya 869124. Semua penduduk Malaysia boleh dapatkan vitamin Shaklee daripada saya.


Saya mengedarkan vitamin shaklee ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan pos laju. Caranya cukup mudah. Selepas customer membuat urusan pembayaran (bankin/transfer) untuk membeli vitamin Shaklee dari saya, urusan pengeposan akan diuruskan dengan segera. Apa yang penting nama, alamat penerima dan no h/p mestilah lengkap dan betul bagi memastikan barang yang dibeli selamat sampai ke tangan pembeli.

Saya juga membuat penghantaran secara cod secara percuma di kawasan meru, jelapang, silibin dan kawasan sekitar dengannya.

 Saya juga akan akan menerangkan cara pengambilan vitamin yang betul kepada customer saya dan vitamin yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi supaya pengambilan vitamin lebih berkesan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai vitamin Shaklee boleh la menghubungi saya secara sms |WhatsApp di talian 01131737525

Hari 6 | Restoran Kegemaran Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebut pasal makan, banyak tempat yang selalu dikunjungi. Makan pun kene tengok yang betul kene dengan selera jugak. Dalam banyak tempat Restoran Sabar Menanti adalah Restoran Kegemaran saya.

Restoran Sabar menanti terletak di kawasaan stadium Ipoh menjadi pilihan utama saya. Lauk pauk yang disajikan adalah selera kampung.



Antara lauk kegemaran saya ikan patin masak tempoyak, ikan keli bakar, ulam-ulaman dan macam-macam lagi. Memang sedap. Bukan setakat lauk pauk jer, ada jugak aneka bubur, cucur udang, buah potong dan kuih muih.

Ada lagi satu Restoran Kegemaran Saya yang selalu jugak saya pergi makan. Saya juga suka makan nasi arab. Pilihan saya tentulah Nasi mandy. Kalau kat Ipoh ni saya suka restoran kat Kinta River Front. Sebabnya dekat dengan tempat kerja.


Kalau nak ikut cerita pasal makan banyak tempat yang jadi keemaran. Kalau kawan-kawan diluar sana nak cari makanan sedap boleh la kunjungi restoran yang saya sebutkan tu. Pasti tidak mengecewakan.


10 Oct 2014

Hari 5 | Homemade Resepi : Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Musim ibadah korban mesti ramai yang dapat daging korban kan? Dah banyak jenis masakan daging dah masak sampai tak tau nak masak apa lagi.

Baru-baru ni En Suami saya mintak nak makan daging masak lemak cili api. Kebetulan balik kampung nak raya haji memang ada beli daging. Pastu buat salai.

Memang sedap makan masak lemak cili api daging salai. Berselera makan bertambah-tambah.


Mudah jer nak buat masak lemak cili api daging salai ni.

Bahan-bahan:
Daging salai (telah dipotong )
4 ulas bawang merah
7 biji cili api ( kalau suka pedas tambah lagi cili)
2 batang serai dititik
1/2 biji kelapa ( untuk santan )
1 helai daun kunyit
Serbuk kunyi secukupnya
Garam secukupnya

Cara memasak:

Basuh bersih daging salai kemudian rebus dahulu dengan sedikit air supaya daging kembang dan lembut. Kemudian masukkan cili api dan bawang merah yang telah ditumbuk /dikisar, serai, santan dan daung kunyit yang dipotong hasus. Perasakan dengan garam dan serbuk kunyit. Kalau nak pekatkan kuah boleh tambahkan serai yang dikisar halus. Memang sedap..

Selain buat masak lemak cili api daging salai juga sedap dibuat goreng. Makan dengan nasi panas memang sedap. Daging salai juga tahan disimpan lama dalam peti sejuk. Pastikan daging diletakkan di dalam bekas kedap udara semasa menyimpan.

Selamat mencuba




9 Oct 2014

Hari 4 | Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau tak cuba memang tak tau, bila dah rasa terus jatuh chinta. Itu lah yang dapat saya katakan. Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan terus jatuh chinta adalah ESP Shaklee.

Kenapa ESP Shaklee?

Tujuan utama saya ambil ESP Shaklee adalah untk memperbanyakkan susu. Masa tu anak pertama dah masuk satu tahun. Susu jadi semakin kurang walaupun pam setiap hari (dulu tak tau taknik yang betul).



ESP Shaklee adalah protein soya berperisa vanila. Sedapp. Saya memang suka minum soya.

Bila dah mula minum ESP Shaklee memang ada perubahan. Cik puan B cepat membengkak. Bila pam susu memang sangat meriah. Daripada tak buat stok susu sampai penuh peti. Botol pulak makin tak cukup. Susu pulak nampak pekat. Anak pulak kenyang lebih lama dan jarang meragam perut kembung. Dan paling best suka cium mulut anak sebab bau manis susu ibu.

Itu kisahnya amik ESP Shaklee untuk banyakkan susu. Satu lagi kisah yang paling tak jangka adalah keadaan kesihatan saya bertambah baik.

Meh sini saya kongsikan kenapa saya mula jatuh chinta dengan ESP Shaklee ni.

Bila umur anak yang sulung tu dah masuk 9 bulan saya mula sakit perut. Sakit nya rasa menyucuk perut. Lepas tu saya datang bulan hampir 3 bulan. Tak boleh makan sembarangan. Silap makan mesti sakit.

Pernah sekali sampai masuk wad kecemasan sebab sakit sangat rasa macam nak bersalin pun ada. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit, ubat angin, ubat apa lagi ntah dah tak ingat. Rasa cam gastrik pun ada. Memang sakit sebab tak pernah mengalaminya. Sakit tu pulak boleh jadi bila-bila masa je.

Tapi bila mula ambil ESP Shaklee ni, serius cakap sakit perut tu memang dah tak de. ESP Shaklee kan boleh mengenyangkan. Tak perlu risau pasal lapar nak makan.

Tapi ada kesan yang lain yang disebabkan oleh pengambilan ESP Shaklee ni. Period saya mula jadi teratur. Datang setiap bulan tepat pada tarikh yang sama. Tanpa rasa sakit.

Lagi pun ESP Shaklee ni mudah nak dibancuh. Saya suka campur dalam  milo suam. Minum setiap hari di pejabat. Bukan itu aje, boleh di campur dengan minuman kegemaran kecuali minuman berkafein dan air panas jer tak boleh.

Serius sedap! Siapa-siapa yang teringin nak cuba ESP Shaklee meh cari saya. Saya dah rasa kebaikannya.


Saya adalah pengedar sah Shaklee ID 869124
Sila hibungi saya WhatsApp |sms 01131737525

8 Oct 2014

Hari 3 | Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekali sekala saya minta suami tolong bawakkan handbag saya bila keluar jenjalan. Suami saya selalu jugak tanya 'kenapa handbag sayang ni berat sangat? bawak batu bata ke apa?'.

Biasalah kan orang perempuan kalau keluar jenjalan mesti nak bawak banyak benda. Itu pun belum lagi termasuk barang mainan anak-anak.

Hari ini saya selongkar handbag saya yang saya bawak ke pejabat setiap hari. Dan saya rasa barang dalam tu saya tak pernah keluarkan. Kalau keluarkan pasti hilang. Dah macam peti simpanan selamat pulak bunyinya.

Jom tengok barang apa yang ada dalam handbag saya yang saya angkut setiap hari.



Ermm banyak jugak barangnya.
1. Losyen botol besar hari-hari nak sapu tangan dan kaki
2. Pencuci muka guna bila nak solat zohor di opis
3. Stick foundation kalau rasa rajin pakai la
4. Lipbalm wajib pakai setiap hari dan sentiasa nak kena pakai sebelum pakai lipstik
5. Lipstik kadang-kadang je pakai
6. Bedak mesti kena ada dan itu wajib pakai
7. Eyeliner ni pun kalau rajin saya pakai
8. Termometer ini paling wajib ada dalam handbag sebab senang nak pantau suhu anak bila tengok rupa tak ceria dan tak sihat
9. Kunci rumah lagi tak boleh nak dipisahkan. Takut nanti bila sampai rumah tak boleh masuk pulak
10. Chager pun mesti ada
11. Pemotong kuku pun saya simpan dalam beg kalau keluarkan pasti hilang
12. Pen jugak antara barang wajib ada dan bawa setiap hari
13. Beg duit saya kecik jer sebab yang besar anak dah ambil dan jadi hak milik
14. Saya memang kumpul syiling. Bila dah banyak baru masuk tabung
15. Pin tudung pun perlu ada. Kecik jer senang nak bawak sebab anak suka tarik tudung kekadang sampai tercabut pinnya
16. Pengikat rambut anak pun ada. Hehehe
17. Mainan anak pun ada
18. Handphone pun wajib ada. Kalau tak de susah orang nak cari nanti
19. Satu lagi benda yang wajib ada dalam handbag saya adalah samsung yang saya tengah guna untuk menaip dan menulis cerita ini.

Banyak betul barang yang saya bawak setiap hari.


7 Oct 2014

Hari 2 | Percutian Idaman Saya

Assalamualaikum...

Cabaran hari ke 2 dengan tajuk Percutian Idaman Saya. Kalau nak ikutkan tempat banyak tempat yang saya nak pergi. Impian biar banyakkan. Bercuti bersama keluarga, menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak sambil menenangkan fikiran. Kalau dapat bawa mak dan abah sekali lagi seronok.

Namun saya bukan orang yang berharta yang mampu berbelanja untuk percutian yang diidamkan. Dengan keadaan ekonomi keluarga dan komitmen yang tinggi, saya pilih yang utama. Inilah Percutian Idaman Saya iaitu kota suci Mekah.

Kenapa saya memilih kota suci mekah sebagai Percutian Idaman Saya?


Semua orang tahu kota suci mekah adalah tempat umat islam berkumpul menunaikan ibadah haji dan umrah dalam melaksanakan rukun islam yang ke lima.

Saya juga teringin sangat nak jejakkan kaki di sana. Tambahan lagi pada musim haji ni, seronok dapat tengok umat islam yang yang berada di sana melaksanakan ibadah haji, bersolat di masjidil haram, melaksanakan rukun ibadah haji.

Kota suci mekah adalah tempat yang wajib saya jejakkan kaki suatu hari nanti. In sha allah dengan izin-Nya.

Saya rasa itu lah tempat Percutian Idaman Saya yang saya impikan.

6 Oct 2014

Hari 1 | 3 fakta menarik tentang saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini saya menyahut cabaran 7 berblog dengan 7 tajuk yang telah diberikan. Hari pertama dengan tajuk 3 fakta menarik tentang saya yang akan saya kongsikan untuk semua.

Fakta 1

Saya pernah mendapat gelaran 'cikgu'. Kenapa saya digelar cikgu? Hahaha..cerita bermula apabila habis tingkatan 6 saya terus mendapat kerja di sebuah pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tak pernah terlintas difikiran saya untuk bekerja dengan kanak-kanak OKU ( Orang Kelainan Upaya ).

Mula-mula tu rasa sangat tak selesa. Yea la kan nak jaga dan latih kanak-kanak OKU ni bukan senang. Ada downsindrom, pekak bisu, hiperaktif, masalah pembelajaran. 3 tahun saya menabur bakti, bersabar dengan setiap kerenah dan perangai masing-masing yang ada kalanya buatkan saya rasa gembira dan adakalanya rasa nak mengamok pun ada. Dari situ lah saya belajar dan menjadi seorang yang penyabar.

Fakta 2

Semasa bekerja di PDK ininlah saya berkenalan dengan suami saya. Siap pernah tegur dia 'ehh metereader baru lah'.. masa tu dia tengah belajar cara nak baca meter air. Tapi masa tu belum kenal lagi.

Masa buat lawatan ke Cameron Highland bawak kanak-kanak OKU, masa tu pun jumpa dia. Dia berkawan dengan pengerusi PDK sebab tu dia pun ikut lawatan tu..dalam gambar saya ada jer dia kat belakang. Tapi masih belom kenal lagi.

Saya dan suami dipertemukan dalam satu majlis menyuarat pemilihan AJK yang baru. Dan disitu la kami mula berkenalan. Beberapa bulan selepas tu saya dapat tawaran kerja sekarang ini dalam PDRM.

Saya memang tak salah pilih orang. Segala urusan untuk lapor diri bertugas dia yang tolong usahakan. Dari mula buat laporan perubatan sehinggalah cari rumah sewa dan sempat tengok tempat nak lapor diri, semua atas dia suamiku sekarang ini.

Fakta 3

Kali terakhir saya menaiki bas pergi kerja adalah pada April 2009. Kenapa? Itulah bulan si dia dapat tukar ke ipoh. Dan bulan itu jugak lah saya trauma jatuh dari tangga bas. Jarang dengarkan orang jatuh tangga bas.

Macam mana terjatuh? Saya sendiri pun tak tau macam mana boleh jatuh. Apa yang saya ingat dalam bas ramai sangat orang, dengan keadaan hujan masa tu. Bila saya nak turun tetiba saya terduduk diatas jalan dengan kaki kiri terlipat kaki kanan terlunjur.

Menangis dalam hujan sambil menahan kesakitan akibat jatuh. Itu la peristiwa yang saya memang tak boleh lupakan. Dan akibat dari jatuh tangga bas itu lah saya menanggung kesakitan sehingga sekarang. Tambah lagi bila dah beranak 2 ni. Sakit tu tak pernah hilang.

Saya rasa itu lah 3 fakta yang menarik tentang saya untuk saya ceritakan pada semua..



23 Sept 2014

Pemakanan Punca Penyakit Berbahaya

Pada masa kini, gaya pemakanan yang kurang sihat, kurang tidur, beban yang banyak, dan persekitaran sekeliling menjadikan kita lebih mudah untuk jatuh sakit dan sukar untuk pulih.

Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang menyebabkab implikasi yang serius pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula, dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin -membawa kepada diabetes peringkat 2 dan penyakit jantung.

Selain penyakit diebetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang takhta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan.


Kanser kolon yang juga dikenakenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kanser yang sering dikaitkan dengan pemilihan pemakanan yang kurang sihat, obesiti dan penghidap diabetes peringkat II.

Kanser kolon terjadi apabila sel-sel kelenjar dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor.

Kepada golongan yang berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnosis penyakit ini di mana risiko kanser kolon meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.

Detok Usus

Mendetoks usus adalah salah satu cara terbaik untuk kekal sihat dan kurang berisiko untuk mendapat penyakit kanser usus. Mendetoks usus boleh dilakukan sendiri di rumah.

1. Mengambil suplemen
Pengambilan suplemen berfungsi sebagai pencair dan pelembut yang efektif untuk membersihkan usus.
-Alfalfa dan Herblax

2. Mengambil lebih serat
Cara lain untuk penjagaan usus adalah dengan cara mengurangkan pengambilan lemak dan garam serta tingkatkan pengambilan serat dalam menu harian.

Diet yang tinggi serat akan melancarkan proses pembuangan air besar,air kecil, membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko terkena masalah atau gangguan saluran pencernaan.

3. Melakukan diet detok
Membuang sampah dan racun berbahaya dari tubuh merupakan salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Kebanyakan racun terkumpul di saluran pencernaan -usus besar dan usus kecil.

Manfaatnya -menghilangkan racun diseluruhtubuh serta memperbaiki fungsi hati, ginjal dan jantung.

4. Minum air putih
Minum cukup air sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini dapat menghindarkan tubuh dari dehidrasi semasa proses pembersihan usus.



12 Sept 2014

Sakit Senggugut rasa macam nak tercabut pinggang

Senggugut adalah biasa di kalangan remaja dan orang dewasa muda. Kebanyakan wanita mempunyai beberapa kesakitan yang biasanya ringan dalam satu tempoh ketika datang bulan. Namun, ada yang sakit teruk dan boleh menjejaskan aktiviti harian.

Puncanya tidak jelas. Bahan kimia badan yang normal (dipanggil prostaglandin) terkumpul di dalam lapisan rahim. Prostaglandin membantu rahim mengecut dan mengeluarkan lapisan rahim(darah haid) semasa haid. Prostaglandin yang terlalu banyak menyebabkan rahim menjadi sensitif dan mengecut dengan keras. Ini mengurangkan bekalan darah ke rahim dan membawa kepada kesakitan.

Gejala utama adalah kesakitan di bahagian bawah perut. Kesakitan juga boleh merebak ke belakang atau bahagian atas kaki. Kebiasaan berlaku selama 12-24 jam dan ada yang sakit 2-3 hari. Berbaza-beza antara satu tempoh haid dan ada yang berkurangan selepas melahirkan anak.

Antara gejala lain yang berlaku kesakitan seperti sakit kepala, keletihan, pengsan, sakit payu dara, rasa loya, kembung, dan emosi terganggu.

Saya juga tidak terkecuali dalam mengalami kesakitan senggugut ini. Pertama kali sakit senggugut ketika berumur 18 tahun jadi pulak masa kat sekolah. Memang sangat-sangat sakit. Bermula sejak itu, hampir setiap bulan sakit senggugut.

Cara mudah untuk mengurangkan rasa sakit adalah dengan bertungku. Haba panas dari batu tungku membuatkan rasa sedikit selesa dan kurang rasa sakit.

Orang kata kalau ada senggugut susah nak dapat anak. Bagi saya mungkin rezeki saya. Cepat dapat anak. Selepas melahirkan anak pertama, 9 bulan umur anak baru ada balik darah haid. Senggugut yang teruk tu memang dah tak de cuma sakit biasa-biasa je.

Amalkan GLA Shaklee

Saya merancang untuk hamil anak kedua dan ingin lahirkan anak dalam bulan yang sama dengan anak yang pertama. Yea saya berjaya lakukannya!

Saya mula mengambil GLA dalam tempoh 4 bulan sebelum saya hamil (ikut perancangan) dan saya hamil seperti yang dirancangkan.

Apa yang saya lakukan adalah:
~ Amalkan makan sayur-sayuran
~ Banyak makan buah-buahan
~ Lebihkan ikan dalam menu harian
~ Kurangkan daging dan ayam
~ Ambil vitamin b, c dan folik asid
~ Ambil GLA Shaklee untuk betulkan hormon dan untuk kesuburan
~ Ambil ESP Shaklee untuk kuatkan rahim


Dan akhirnya saya dapat lahirkan anak lelaki seperti yang dirancangkan. Sudah 6 bulan usianya.






10 Sept 2014

Cerdik Secara Semula Jadi

Otak kanak-kanak sudah mula dibina sejak dalam kandungan lagi sehingga mereka berumur tiga tahun. Selepas tiga tahun, otak mereka akan mula berkembang bagi membolehkan mereka belajar dan menyimpan maklumat melalui memori sepanjang hidup.

Perkembangan otak mereka pula sangat berkait rapat dengan nutrisi yang seimbang dalam pemakanan mereka. Untuk itu, zat-zat seperti karbohidrat, protein dan lemak terutamanya DHA dan AA, serta vitamin-vitamin amat diperlukan oleh kanak-kanak ini sepanjang proses perkembangan otak mereka.


Selain itu, pemakanan yang seimbang sangat diperlukan bagi mengelakkan masalah nutrisi. Jika kanak-kanak mengalami masalah nutrisi, mereka akan mengalami masalah kurang daya tumpuan dan mudah mengantuk semasa dalam kelas.

Oleh itu, pastikan anak-anak kita mendapat semua zat-zat yang diperlukan oleh otak daripada semua jenis makanan seperti sumber makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air.

Makanan yang baik untuk minda adalah seperti:
● susu
● bayam
● labu
● ubi kentang
● brokoli
● germa gandum
● mangga
● madu
● ikan salmon

Kebanyakan kanak-kanak hari ini gemar dan lebih suka kepada makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan dan 'fastfood' yang kurang bernutrisi.

Cadangan terbaik buat ibu-ibu untuk membekalkan cukup nutrisi dan makanan untuk otak adalah Meal Shake Shaklee dan Omega Guard Shaklee. 

Meal Shake Shaklee membekalkan cukup nutrisi untuk keperluan anak-anak yang sedang membesar.

7 sebab meal shake penting untuk kanak-kanak:

■Lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral

■Mengandungi asid folik, Biotin, kalsium dan magnasium un4uk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar

■Kaya dengan Protein yang membantu menyohatkan sel-sel

■Mengandungi vitamin A,C,E,zink, selenium sebagai antioksidan

■Mengandungi lengkap vitamin B kompleks, besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat

■Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.

■Minuman multivitamin perasa vanila yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.

Kebaikan Omega Guard kepada kanak-kanak

★Meningkatkan perkembangan memori dan otak

★Menguatkan ingatan dan mencegah lupa

★Meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan badan

★Membantu kanak-kanak autisma dan hyperaktif

★Memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema