cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

6 Nov 2014

5 kesan kekurangan kalsium terhadap tubuh

Dalam penjagaan kesihatan tulang, selalunya ia dikaitkan dengan kalsium yang cukup. Golongan remaja dan dewasa sering mengalami masalah kekurangan kalsium dalam badan disebabkan tidak mengendahkan kebaikan minum susu atau produk tenusu yang lain. Ia berlaku kerana mereka sendiri tidak tahu betapa besarnya peranan kalsium untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

Kalsium mineral terbesar dalam tubuh
Tulang dan gigi mengandungi 99 peratus kalsium manakala satu peratus lagi terkandung dalam aliran darah. Walaupun cuma 1 peratus tetapi jika kekurangan, otot akan mengalami masalah, darah sukar untuk membeku atau saraf terganggu.

Menurut kajian, pertumbuhan tulang boleh berlaku sehingga berumur 20 tahun. Walaupun masalah kekurangan jisim tulang lebih kerap berlaku kepada wanita, lelaki juga tidak terkecuali. Cuma nya lelaki mengalaminya pada kadar yang lebih perlahan berbanding wanita.

5 kesan kekurangan kalsium terhadap tubuh

Osteoporosis
Kepadatan tulang dalam tubuh badan bergantung kepada jumlah kalsium yang diambil. Jika sumber kalsium yang diambil setiap hari mencukupi, masalah kerapuhan tulang pasti tidak berlaku.

Masalah otot
Kesakitan otot tulang boleh berlaku jika kekurangan kalsium. Pergerakan menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbangan dan kebolehan koordinasi kerana gerakan tubuh bergantung pada stimulasi otot tulang.

Daya ingatan semakin berkurangan
Ion kalsium sangat penting ketika proses penghantaran maklumat saraf. Ransangan pada sarf otak berkait rapat dengan penghantaran ion kalsium di dalam dan diluar neuron. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan hambatan makanisme ransangan dalam tubuh menjdi tidak teratur.

Kurang sistem imunisasi tubuh
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh berkurangan. Secara tidak lansung lebih mudah terdedah pada jangkitan penyakit.

Masalah jantung
Fungsi jantung dan sumber tenaga yang diperolehi untuk bekerja juga turut dipengaruhi oleh suber kalsium. Jika ia tidak mendapat sumber tenaga yang cukup, ia pasti menghadapi masalah untuk mengepam darah ke seluruh badan dan sel tubuh.

Secara umumnya, wanita dan lelaki mula menghadapi kehilangan jisim tulang sebaik sahaja mencecah umur 50 tahun. Diet harian mungkin tidak mampu menampung keperluan kalsium setiap hari.

Dengan pengambilan 2 gelas susu berkalsium tinggi setiap hari dapat membantu mengekalkan keperluan kalsium  pada tubuh.
Pengambilan suplemen kalsium juga dapat membantu dalam mengekalkan keperluan kalsium tubuh, terutamanya bagi mereka yang tidak suka minum susu dan alah kepada laktosa.

Untuk mendapatkan keperluan kalsium setiap hari amalkan Ostematrix Shaklee yang membekalkan kalsium, magnasium dan vitamin D yang seimbang untuk penyerapan yang maksimum.


Saya adalah pengedar sah shaklee ID 869124
sms | WhatsApp 01131737525


No comments: