cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

5 Feb 2013

PENTINGNYA PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA HAMIL


Wanita yang hamil memerlukan pemakanan yang seimbang, sihat, dan berkhasiat penting bagi memastikan perkembangan janin yang sihat selain mengekalkan kesihatan ibu.

Pemakanan bagi ibu mengandung penting bagi memenuhi keperlukan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung.

Pemilihan makanan yang bernutrien tinggi penting bagi memastikan bayi dalam kandungan dapat membesar dan sihat. Antara makanan bernutrien yang perlu diambil adalah seperti:- 

v Kalsium ( susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya )

v Zat besi ( hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering )

v Vitamin A ( hati, susu, dan telor )

v Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu )

v Vitamin C ( jambu, betik dan limau )

v Asid Folik ( sayuran berdaun hijau, hati dan kacang )

Sekiranya ibu mengandung mempunya masalah semasa mengandung, beberapa saranan pemakanan berikut dapat digunakan sebagai panduan:-

Ø Lactose intolerance

§ Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa.

§ Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan ( sardine,ikan bilis)

§ Minum susu kacang soya dan prosuk kacang soya

§ Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kalian yang mempunyai kalsium yang baik

Ø Loya ( morning sickness )

§  Makan pada waktu makan yang teratur

§  Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap

§  Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng

§  Minum banyak air

Ø Sakit ulu hati ( heartburn )

§  Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap

§  Kunyah makanan dengan perlahan

§  Elakkan berbaring sejurus selepas makan

Ø Sembelit (constipation )

§  Minum banyak air

§  Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat, dan sayuran )

Pengambilan suplemen/ vitamin seperti yang disarankan oleh doktor sangat perlu semasa kehamilan bagi membekalkan nutrien penting bagi ibu dan tumbesaran janin dan mengelakkan risiko kesihatan dan kecacatan janin.


Selepas melahirkan, ibu-ibu juga memerlukan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi untuk menghasilkan susu ibu serta menjaga kesihatan ibu dan bayi. Ini adalah kerana :-

·       Membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurangan semasa menyusu bayi.

·       Menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi bagi perkembangan bayi.

·       Memperoleh kembali berat badan yang ideal (iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung).

·       Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan dapat memudaratkandiri sendiri dan bayi.

No comments: