cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

31 Dec 2016

5 CARA ATASI MASALAH KELEMUMUR SUPAYA TIDAK TERGARU KEPALA YANG GATAL DIHADAPAN ORANG

Kelemumur di kepala begitu merimaskan. Bukan sahaja menyebabkan kulit kepala gatal dan berbau malah ia juga mencacatkan penampilan wanita. Sudah banyak produk yang telah digunakan, namun masalah kelemumur tetap tidak hilang.


Kegatalan kulit kepala sangat terasa apabila kepala berpeluh atau berada dibawah cuca yang panas. Tambah lagi bila bertudung sepanjang masa.

5 cara atasi masalah kelemumur secara tradisional yang boleh dilakukan dirumah atau pun pada cuti hujung minggu. Selamat mencuba!

Limau Purut

Potong limau purut kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kulit kepala. Lakukan tida kali seminggu. Limau purut membantu membersihkan kulit kepala, mengatasi kelemumur dan mengharumkan rambut. Kulit kepala juga terasa lebih segar.

Daun pandan

Kisar daun pandan bersama air. Kemudian, tapis. Buang hampas, manakala airnya dibuat perapi selepas syampu rambut. Sapukan air daun pandan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Petua ini dikatakan membantu mengatasi masalah kelemumur dan melebatkan rambut. Daun pandan juga bantu mengatasi masalah rambut berbau.

Lemon
  
Cuci kulit kepala dan rambut dengan hirisan lemon. Lakukan petua ini setiap hari, kulit kepala akan bersih dan segar. Begitu juga dengan rambut. Sel-sel kulit mati akan tertanggal, hasilnya kulit kepala dan rambut akan menjadi sihat.

Santan

Selepas syampu, bilas rambut sehingga bersih. Kemudian sapukan santan kelapa. Usai sapuan, tutup kepala dengan tuala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih. Santan menyuburkan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Rambut juga akan semakin bersinar dan hitam jika rajin mengamalkan petua ini.

Garam


Garam bukan sahaja digunakan dalam masakan , malah ia juga dapat memantu merawat kulit dan kelemumur. Tabur garam pada kulit kepala, kemudian gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 3 minit, bilas dengan air bersih. Kemudian syampu rambut seperti biasa.

Berita baik untuk wanita yang mengalami masalah kelemumur. Sudah mencuba pelbagai petua namun masih tidak hilang masalah kelemumur ini.


Red Olivia minyak pewangi rambut yang diperkaya dengan minyak zaitun, minyak biji anggur hitam, minyak habbatus sauda, kaya dengan nutrisi seperti omega 3, omega 6, zat besi, vitamin E dan vitamin k.

Minyak pewangi rambut Red Olivia bukan sahaja membantu untuk mengawal kelemumur malah berbau harum dengan haruman kasturi yang pasti akan dapat menenangkan fikiran. haruman yang berpanjangan terutama ketika bertudung.

untuk sebarang pertanya sila hubungi pn sara 011.31737525

30 Dec 2016

MINYAK PEWANGI RAMBUT RED OLIVIA | KEBAIKAN MINYAK HABBATUS SAUDA MENGATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Masalah keguguran rambut terutamanya wanita memang tidak dapat dielakkan. Keguguran rambut adalah normal tetapi jika berlebihan dan abnormal ianya adalah salah satu mimpi ngeri yang terpaksa hadapi.

Salah satu rawatan terbaik untuk mengurangkan masalah keguguran rambut adalah dengan menggunakan minyak habbatus sauda yang di campurkan dengan minyak zaitun. Kenapa minyak habbatus sauda ?

Minyak biji habbatus sauda didapati berpotensi membantu mengurangkan keguguran rambut. Kandungan bahan antioksidanya yang kuat dan sifat-sifat antimikrob mampu mambantu menguatkan folikel rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Di samping itu, kelebihan anti-kulatnya didapati mampu menghalang jangkitan yang menyebabkan keguguran rambut.


Ia juga mempunyai pelembap semulajadi yang berpotensi melindungi rambut daripada kerosakan serta mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.


Susah pulak rasanya nak campurkan kedua-dua minyak ni kan. Lagi senang kalau ada minyak rambut yang sudah siap campuran bahan yang berkualiti untuk mengatasi masalah keguguran rambut. 

Red Olivia diperkenalkan sebagai minyak rambut yang pertama menggunakan campuran bahan berkualiti seperti minyak habbtus sauda, minyak zaitun, dan minyak biji anggur dan vitamin untuk merawat masalah keguguran rambut. Dengan tambahan minyak kasturi kijang menjadikan minyak rambut berbau harum dan bauan yang tahan lebih lama terutama kepada meraka yang bertudung.


Untuk mendapatkan rambut yang cantik menawan dan berbau harum ketika membuka tudung RED OLIVIA adalah pilihan yang tepat.

Berminat untuk dapatkan RED OLIVIA ?
whatsapp 011.31737525



29 Dec 2016

10 SEBAB BIBIR JADI HITAM & KUSAM PUNCA MENYEBABKAN WAJAH HILANG SERI

 Bibir kita juga adalah kulit yea. Penjagaan bibir tidak harus diabaikan. Ini kerana bibir adalah yang paling cepat nampak kesan kering, kusam,pecah,mengelupas dan hitam sekiranya kita dehidrasi,ataupun alergik.


10 sebab bibir jadi hitam dan kusam

1  Pancaran sinar matahari
Pancaran sinaran matahari yang kuat sangat tidak baik untuk kulit. Bibir juga tidak terkecuali. Oleh itu sangat penting menggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF yang tinggi ketika berada diluar rumah.

 2  Lipstik
Sisa lipstik di bibir merupakan salah satu penyebab bibir menjadi hitam. Ramai wanita memakai lipstik namun tidak membersihkannya sebelum tidur. Sisa lipstik yang masih ada pada bibir boleh menjadi penyebab bibir menjadi hitam.

 3  Rokok
Rokok mengandungi nikotin yang tinggi, dalam jangka panjang nikotin mampu mempengaruhi warna bibir menjadikan pecah-pecah serta menghitam.

 4  Kehilangan kelembapan kulit
Kelembapan kulit sangat penting terutamanya bibir. Bibir terutamanya akan jelas menunjuk kan tanda-tanda kehilangan lembapan atau dehidrasi. Kebiasaannya bibir akan menjadi kering, merekah dan pecah-pecah serta kehitaman akibat dehidrasi.

 5  Sering menggigit bibir
Sering menggigit bibir kadangkala menjadi satu habit sesetengah orang. Akibat daripada perbuatan menggigit bibir boleh menyebabkan bibir menjadi lebam dan kehitaman.

 6 Kafein
Anda suka minum kopi? jika ya anda perlu tahu bahawa jumlah kafein yang diambil setiap hari juga boleh menjadi penyebab terjadinya bibir hitam. Untuk mendapatkan bibir yang cantik anda harus menghadkan pengambilan kafein setiap hari.

 7 Kurang vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk tubuh. Kekurangan Vitamin C juga boleh menyebabkan pigmentasi terjadi pada bibir. Lama kelamaan bibir kan kehitaman akibat kekurangan Vitamin C. Penuhi keperluan Vitamin C setiap hari agar bibir anda kelihatan lebih berseri.

 8 Dehidrasi
Pastikan diri anda kekal terhidrasi dengan amalan meminum air 8 gelas setiap hari. Dehidrasi boleh menyebabkan bibir kering dan kehitaman kerana kekurangan kandungan mineral di dalam tubuh.

 9 Alahan
Sesetengah wanita mengalami alahan terhadap pemakaian kosmetik . Anda harus berhati-hati dalam pemilihan kosmetik supaya tidak terkena alahan yang boleh menyebabkan bibir menjadi mengalami iritasi dan kehitaman akibat daripada kandungan bahan kimia yang terkandung dalamnya.

 10 Diet
Ketika anda melakukan program diet beberapa perkara yang diperlukan oleh tubuh khususnya vitamin. Kurangnya vitamin akan mempengaruhi tahap kesihatan. tidak terkecuali bibir juga akan bertukar warna dan kelihatan tidak berseri. Oleh itu anda sebaiknya menjaga keperluan nutrisi dan  vitamin ketika menjalankan program diet.

Untuk Bibir kekal sihat dan lembab terurus lakukan scrub bibir seminggu sekali. Lalukan madu setiap hari pada bibir. Pakai pelembap bibir ketika berada dirumah mahupun di luar rumah.

FRESHPICKS telah memperkenalkan set penjagaan bibir yang lengkap untuk anda setiap hari. Set lengkap ini didatangkan khas untuk anda yang inginkan bibir yang cantik manis berseri. Yang yang mudah dibawa dan senang digunakan.




Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pn SARA 011.31737525

27 Dec 2016

FRESHPICKS PRODUK ORGANIK BERKUALITI TINGGI TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Ramai yang bertanyakan FRESHPICKS tu apa? Produk apa yang dikeluarkan oleh FRESHPICKS?

FRESHPICKS adalah Produk rangkaian penjagaan MUKA,BIBIR,BADAN.  Produk natural oganik BEBAS KIMIA berbahaya. Produk menggunakan RAMUAN PREMIUM berkualiti terpilih. Produk FRESHMADE..dibuat mengikut order. Produk HOMEMADE..with lots of love. Produk EKSLUSIF yang MEWAH MAMPUMILIK


Siapa yang perlukan produk2 Fresh Picks?

1. Anda yang mencari produk bebas bahan kimia berbahaya seperti merkuri, paraben & hydroquinone .
2. Anda yang ingin kulit nampak glowing sihat
3. Anda yang mempunyai masalah kulit tapi masih tak jumpa produk yang sesuai .
4. Anda yang inginkan kulit badan dan muka selembut sutera berbau wangi dan segar sentiasa
5. Anda yang mencari produk kecantikan muslim yg berkesan dengan harga mampu milik, tapi setaraf dengan produk 
    antarabangsa, yang diadun dengan penuh kasih sayang.
6. Anda yg ada masalah kulit - jerawat,kusam,tona tak sekata, jeragat,sunburn, tona tak sekata, ingin cerah semulajadi, 
    mild eczema, kulit badan berbau, pori besar, penuaan pramatang....


ALL NATURAL SKINCARE

1. Cherry beauty soap Classic Edition,

2. Cherry beauty soap Special Edition,

3. CRIANSA soap for sensitive skin,

4. HANYBEE Organic Honey soap,

5. MILXO Goats milk facial soap,

6. CHOCOFFEE Face mask&scrub 2in1,

7. Beauty Face Mist (pure rosewater)

8. Silkysoft Velvet Loose Powder

9. Ultra moisturizer (act as moisturizer, or makeup base, or night cream. dirumus dari gabungan natural oil berkualiti tinggi dan essential oil)

10.Fresh Finishing DD cream (Krim yang meremajakan kulit,Menjadikan kulit lebih sekata dan kurang kusam,Memberi tampilan cantik pada wajah,Melembutkan dan melembabkan kulit,Mencerahkan kulit,Lengkap dengan SPF)

11. Fresh All-In-One Cream (Menggantikan toner dan moisturizer,Bertindak seperti serum dan moisturizer,Mengecilkan pori-pori muka,melembabkan kulit,Muka lebih glowing, pinkish,efek selembut sutera, ringan kat kulit muka,Kaya dengan vitamin E)

12. ARGANNE Face Oil Complex (gabungan 100% organic argan oil, jojoba oil,rosehip seed oil,essential oil high grade ie frankincense, geranium, lavender, carrot seed, tea tree)

13. AntiAging Face Serum (hyaluronic acid&vit c) - hyaluronic dari sumber tumbuhan tinggi kualiti.


SET2 SKINCARE AVAILABLE:

1. Set Cherish Cherry BASIC & EXCLUSIVE 

2. Set PRIMO BASIC & EXCLUSIVE

3. ALL NATURAL LIPCARE 
        - Lipbalm
        - Irresistible Lip treatment 
        - Tinted Lip Moist 
        -Honeyfrencht Lip Scrub

 4. ALL NATURAL BODYCARE MARVELL 
        - Marvellous Bodysoap
        - Refreshing deodorant 
        - Sugar Body Scrub :Grapefruitpink or       
          VanillaLatte or OatHoney 
        - Ultra-Moisturizer for Face&Body 
        - Solid Perfume 
        - Body Wash (head to toe) 
        - Organic Body lotion

5. ALL NATURAL HAIRCARE CHEVIE 
       - Shampoo Liquid 
       - Cabello (all natural hair care) 
       - Hairmist

6. SPECIAL CARE 
      - 100% pure Organic Argan Oil 
      - Organic Baby Oil with Lavender 

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU BELI Freshpicksbycherrynazri

1. KAMI SENTIASA MEMASTIKAN SEMUA BAHAN UTAMA DIBUAT DARI BAHAN NATURAL DAN MINYAK SAYURAN

2. HARGA MAMPU MILIK SERENDAH RM10

3. PRODUK BERTARAF ANTARABANGSA

4. DISEBABKAN IANYA 'HOMEMADE/ HANDMADE', BAHAN YANG DIGUNAKAN ADALAH NATURAL DAN SELAMAT. 

5. SETIAP BAHAN ASAS ADALAH PREMIUM, DIPILIH DARIPADA GRED TERBAIK DAN TINGGI KUALITI

6  TAK PERLU BELI DALAM KUANTITI YANG BESAR UNTUK MULA. BOLEH PILIH DARI MANA2 SET CHERRYBEAUTY COLLECTIONS YANG KAMI TAWARKAN SERENDAH RM50

7. KESEMUA BAHAN MENTAH (RAW MATERIAL) DIBUAT DI LAB BERDAFTAR DAN MELALUI R&D  TERLEBIH DAHULU.

8. KEBANYAKKAN SUPPLIER BAHAN MENTAH UTAMA KAMI JUGA MEMPUNYAI CERT HALAL

9. BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA

10. dan SEBAB UTAMA ANDA PERLU BELI FRESHPICKS adalah . . . . . dengan harga mampu milik dan bertaraf antarabangsa, ia MEMBANTU ANDA TAMPIL CANTIK SEMULAJADI tanpa mengira siapa pun anda 

26 Dec 2016

RED OLIVIA | 10 Sebab Awesome Kita perlu pakai minyak Zaitun pada Rambut

Almost satu dunia mesti ada sebotol olive oil di rumah-rumah mereka.Banyak sangat kelebihannya, lebih-lebih lagi untuk RAMBUT kita.


10 sebab awesome kenapa kita perlu menggunakan minyak zaitun pada RAMBUT adalah

1. #Melembapkan rambut yang kering

2. #Mengawal rambut kusut masai

3. #Melawan kelemumur

4. #Menguatkan akar rambut

5. #Memberi sinar semulajadi pada rambut

6. #Mengurangkan rambut bercabang

7. #Melembutkan rambut yang kasar

8. #Memudahkan pengurusan rambut

9. #Mengurangkan iritasi selepas mencukur rambut

10. #Menggalakkan pertumbuhan rambut baru

Minyak Rambut Red Olivia mengunakan minyak zaitun dan campuran minyak essential yang lain serta mengandungi VITAMIN  menjadikan rambut lebih kuat,sihat, bersinar dan yang paling penting adalah  wangiii.

Rambut tidak lagi gatal dan berbau hapak akibat berkepam seharian bertudung.

Harga sebotol Red Olivia RM95

Sempena Year End Sale harga Red Olivia jatuh gedebuk

RM 76 sebotol
RM120 untuk set combo (2 botol )

Whatsapp 011.31737525

#REDOLIVIA #RedOliviaMalaysia #RedOliviaNo1Malaysia

25 Nov 2016

FRESHPICKS | KEBAIKAN MENTEGA KOKO UNTUK KULIT

PURE PRIME PRESSED(PPP) COCOA BUTTER

Mentega koko (Cocoa butter) diekstrak daripada biji koko atau kekacang koko. Ianya berwarna kuning krim, mentega koko asli adalah semata-mata mentega koko dalam bentuknya yang mentah dan sangat kaya dengan khasiat.


Tidak seperti metega koko ditapis, mentega koko yang diperolehi daripada kaedah Pure Prime Pressed (PPP) dapat mengekalkan bau yang kaya dengan coklat berserta memastikan semua kebaikan semula jadinya dikekalkan.

Kebiasaannya ia digunakan untuk memberi lebih khasiat kepada  bibir atau lipbalm, mentega badan (body butter), sentalan badan (body scrub) dan losyen. Sangat baik untuk kulit yang kering, mempunyai tanda calar pada kulit dan kulit yang sensitif.
Mentega koko akan cair dalam suhu kulit.

PPP  ini diperbuat daripada bahan-bahan yang bukan GMO dengan kaedah pensterilan berwap dan diproses selaras dengan Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practice - GMP) dan HACCP kawalan keselamatan makanan (HACCP).

Tahukah anda, freshpicks menggunakan PPP Cocoa butter sebagai ramuan premium untuk produk seperti:

🍫Lipbalm
🍫Irresistible Lip Treatment
🍫BodyScrub
🍫Deodorant
🍫Ultra moisturizer


Sebab itu ramai yang memberi feedback yang positif apabila menggunakan freshpicks

Kebaikan Mentega koko (Cocoa butter):

✔Antioksidan yang hebat
✔Kulit yang lembut, berseri, dan licin
✔Mengurangkan tanda calar, parut dan jerawat
✔Melegakan ekzema dan psoriasis
✔Melegakan dermatitis atau ruam
✔Menghidrat kulit secara mendalam
✔Menyembuhkan kulit sensitif
✔Mengurangkan parut
✔Menguatkan rambut yang rosak

Best kan guna freshpicks. Kalau sengaja nak guna mentega koko nak sapu badan ke bibir ke memang tak lah kan. Jadi tak perlu susah-susah. Guna jer produk freshpicks.



Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Freshpicks
sila hubungi 011-31737525

23 Nov 2016

CANTIK SECARA SEMULA JADI DENGAN AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Anda adalah apa yang anda makan. Kata-kata ini memang benar jika kita makan makanan yang berkhasiat, membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh dan membantu kita sihat, bertenaga dan memelihara kecantikan.

Hari ini saya nak kongsikan 6 makanan yang membantu memelihara kecantikan dalaman dan luaran secara semula jadi.

MADU



Madu kaya dengan pelbagai khasiat, ia bukan sahaja baik untuk kecantikan malah dikatakan dapat meningkatkan kesihatan.

Madu dapat membekalkan tenaga dan membersihkan dalaman tubuh. Madu juga boleh dijadikan masker untuk melembapkan wajah dan menaikkan seri seri. Sapuan madu pada bibir juga membantu mengatasi masalah bibir hitam.

JAMU/HERBA



Jangan hanya amalkan jamu atau herba ketika berpantang. Sebaliknya jadikan amalan harian. Jamu dan herba membantu membersihkan dalaman tubuh dan memelihara kecantikan dalaman wanita. Ia dikatakan dapat membaik pulih masalah dalaman  yang dihadapi kaum hawa.

MINYAK ZAITUN



Jadikan minyak zaitun sebagai suplemen harian. Minyak zaitun sangat baik untuk memelihara kelembapan kulit. Ia membantu menjadikan kulit halus dan cerah serta melambatkan penuaan.

HABBATUS SAUDA




Kandungannya sangat baik untuk kesihatan dan dipercayai dapat melansingkan tubuh serta membantu proses perkumuhan. Pengambilan habbatus sauda secara konsisten akan membuatkan tubuh segar dan berasa hangat.

SAYUR/ULAM



Ramai yang suka makan sayur tetapi tidak mendapat khasiat yang terkandung di dalam sayur. Nutrien dan vitamin yang terkandung di dalam sayur mudah termusnah semasa proses penyediaan dan memasak.

Pilih sayuran / ulaman yang baik untuk dimakan mentah kerana kandungan nutriennya tidak terjejas.

BUAH-BUAHAN



Buah-buah memang enak dimakan. Setiap buah-buahan mengandungi vitamin dan nutrien yang tersendiri. Pilih buah-buahan yang mengandungi tinggi kandungan vitamin. Ia membantu menjadikan kulit cantik berseri.

Buah-buahan juga dapat melancarkan perkumuhan dan membantu menurunkan berat badan.

Senang kan. Makan ajer dah boleh cantik. Tapi kena konsisten la dengan apa yang kita makan setiap hari. Jadikan sebagai rutin harian. Dengan amalan pemakanan yang baik, tubuh juga sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

22 Nov 2016

RESEPI SMOOTHIE YANG ENAK BERKHASIAT DAN MEMBERI TENAGA


 Assalamualaikum..haiii..

Siapa yang suka minum ice blended? saya pun suka jugak. Pelbagai perisa pelbagai pilihan. Anak-anak apatah lagi. Sangat sukakannya.

Perasan tak ice blended yang kita selalu minum tu ada banyak gula dan sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jom kita buat smoothie sendiri yang pasti lebih berkhasiat dengan zat dan nutrien yang terdapat dalam buah-buahan. Dah pasti rasa yang lebih asli.




 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sedap kan smoothie cam ni. ESP dan Cinch Shaklee tu boleh tukar dengan Meal Shake Shaklee untuk kanak-kanak. Bukan sahaja berkhasiat malah membekalkan vitamin dan nutrien penting untuk tubuh.

selain dari resepi di atas anda boleh campurkan dengan buah-buahan yang anda suka. Pasti sedap!!!

21 Nov 2016

FRESHPICKS | REFRESHING DEADORANT ORGANIK BANTU CEGAH KANSER PAYUDARA

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kancer payudara bermula dan terjadi di bahagian atas dari bahagian payudara. Kawasan ini adalah kawasan terhampir dengan kelenjar limfa yang banyak terdedah kepada deodorant yang selalu kita gunakan untuk mencegah bau badan.


Paraben merupakan salah satu bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan deodorant di pasaran. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk semak label deodorant yang kita gunakan. Pastikan kandungan paraben tidak melebihi 0.4% ketika kita membeli apa-apa produk kosmetik, farmasi mahupun makanan.

Kaoilin Clay (tanah liat kaoilin)

Tanah liat Kaolin (Tanah Liat Kosmetik Putih) sering digunakan dalam pembuatan sabun, skrub, deodorant, pupur muka. Ianya salah satu tanah liat yang paling bagus dan tidak terlalu kuat.

Kaoilin Clay sesuai untuk kulit sensitif yang membantu menyingkirkan bendasing, menstimulasi peredaran, mengelupas dan membersih. Sesuai untuk kulit kering kerana ia tidak akan menghakis minyak semulajadi kulit. Kaoilin Clay juga popular kerana kebolehanya memberikan bau yang lebih wangi.

Antara rangkaian produk freshpicks yang menggunakan kaoilin clay adalah Refreshing Deodorant. Deodorant freshpicks dihasilkan dari bahan premium yang berkualiti tinggi. Dan yang paling penting organik dan bebas bahan kimia berbahaya kepada pengguna.



Antara bahan yang digunakan dalam menghasilkan Refreshing Deadorant adalah seperti:

Caconut oil - bahan yang sangat bagus kerana bersifat anti-fungus, mampu membunuh bakteria dan yis. Ia juga bahan yang memberikan tekstur yang licin dan selesa digunakan.

Natural beeswax - menggantikan petroleum jelly

Shea butter - bahan yang membantu melembutkan kulit dan melindungi kulit dari kekeringan

Baking soda cosmetic powder - meneutralkan bau badan, menyerap lembapan dan bau secara semulajadi

Arrowroot powder - menyerap lembapan dan memastikan anda kekal kering

Bentonite clay dan kaoilin clay - menyegar, melembut dan memelihara kesegaran kulit

Essential oil (lemongrass, citronella lime, teatreeoil - bersifat anti bakteria

Dapatkan Refreshing Deadorant anda sekarang pada harga RM25.00 sahaja atau dapatkan set combo ( Refreshing Deadorant dan Marvell Soap ) pada harga  RM 50.00



Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Freshpicks
sila hubungi 011-31737525

18 Nov 2016

CARA ATASI MASALAH KEPALA GATAL BILA BERTUDUNG DENGAN RED OLIVIA

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pernah tak anda rasa tak selesa bila dah bersiap cantik-cantik. Muka semua dah comel tapi tetap rasa tak selesa. Ada masa nya saya pun macam tu jugak. Selalu nya bila jenjalan atau nak ke majlis kenduri kawin ke.

Dah siap uruskan anak3 diri kita la yang paling last siap. Baju dah cantik. Muka dah cantik. Tudung pun dah tertetak elok je(tudung instant siap sarung ajer) tapi bila kat luar mula tergaru garu kepala. Rasa gatal panas dan tidak selesa.

Malunya rasa bila asyik garu kepala ajer. Orang pun pandang semacam jer.

Anda diluar sana ada yang macam saya tak?



Itu dulu sebelum saya menggunakan minyak RED OLIVIA.

Alhamdulillah walaupun berada diluar dengan cuaca yang panas, masalah gatal-gatal kepala dah hilang. Malah kelumumur juga dah tiada.

Minyak ajaib yang mujarab dalam merawat masalah rambut saya.

Bayangkan la seminggu berapa kali aje basuh rambut. Pakai pulak tudung kan..rambut tu berkepam dan berwap dalam anak tudung.

Tambah lagi seharian bertudung. Bau jangan cakap kan..tapi sekarang dah tak risau lagi masalah bau rambut. Bukak je tudung terus bukak ikatan rambut. Libas libas wangi sangat.

Segar rasa bau aromaterapi minyak RED OLIVIA. Bukan saya seorang yang merasa kebaikan RED OLIVIA ni anak3 pun turut sama merasainya.

Berminat untuk dapatkan RED OLIVIA?
Sila hubungi 011.31737525

7 Nov 2016

10 MINYAK ESENSIAL YANG TERBAIK UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT WAJAH

Dalam pembuatan produk kosmetik , penggunaan minyak esensial begitu meluas kerana kebaikannya dalam merawat dan memulihkan masalah kulit. 10 Minyak esensial yang terbaik yang sering digunakan untuk merawat masalah kulit adalah seperti berikut.

1. CARROT SEED ESSENTIAL OIL

Minyak esensial biji lobak merah dikenal sebagai DETOKSIFIKASI yang baik untuk kulit berminyak bagi meremajakan kulit dan mengurangkan kedutan di wajah.

Minyak ini sangat popular dalam produk penjagaan wajah, juga membantu dalam menyembuhkan psoriasis, dermatitis dan ruam kulit lainnya serta iritasi pada kulit wajah. Minyak ini sangat baik jika dicampurkan dengan minyak esensial Granium yang berfungsi menenangkan dan juga menyembuhkan berbagai penyakit kulit.

2. NEROLI ESSENTIAL OIL

Minyak esensial NEROLI berfungsi untuk menenangkan saraf. Minyak ini memiliki aroma floral light weet . Ia memiliki sifat anti-septik , anti-bakteria dan anti-inflamasi. Minyak esensial NEROLI baik untuk semua jenis kulit sensitif, kering mahupun berminyak.

Minyak ini sangat bagus untuk menyembuhkan luka, meningkatkan sirkulasi, mengatasi kecemasan , sakit kepala serta mencegah kedutan dan regangan kulit. Minyak NEROLI sangat baik jika dicampur dengan minyak CHAMOMILE, GERANIUM, MAWAR, LAVERDER dan semua minyak esensial yang baik dalam produk penjagaan kulit.

Minyak NEROLI sangat baik untuk memutihkan kulit. Selain itu minyak esensial NEROLI juga bantu mengurangi minyak diwajah , menyingkirkan jerawat, mencerahkan kulit dan anti-aging.

3. TEA TREE ESSENTIAL OIL

Salah satu manfaat dan penggunaan yang paling dari TEA TREE OIL dalam produk perawatan kulit adalah untuk mengubati jerawat.

Hasil kajian menemukan bahawa TEA TREE OIL sama efektifnya dengan BENZOIL PEROKSIDA untuk mengubati jerawat, namun tidak menimbulkan kesan sampingan negatif seperti kulit menjadi merah, kering atau mengelupas.

4. ROSE ESSENTIAL OIL

ROSE mempunyai aroma indah yang menggalakkan perasaan positif. Minyak pati mawar dapat mengurangkan kedutan-kedutan halus yang muncul pada wajah membuat kulit yang kusam kelihatan lebih cerah. Minyak mawar tidak hanya baik untuk untuk antiaging, tetapi juga sesuai untuk rawatan segala jenis kulit termasuk kulit sensitif yang mudah iritasi.

Selain itu, minyak mawar juga dapat mengimbangkan kelembapan kulit. Untuk kulit berjerawat, rawatan dengan minyak mawar juga merupakan pilihan yang tepat kerana minyak mawar mempunyai kandungan antiseptik semulajadi untuk melawan jerawat degil.

Minyak mawar digunakan untuk mendapatkan kulit cerah dan bersinar. Minyak ini dapat memberi kesan kulit tegang dan lembut.

5. LAVENDER ESSENTIAL OIL

Menurut pakar kulit dan aromaterapi, minyak pati lavender adalah salah satu minyak yang paling bermanfaat dalam merawat masalah jerawat yang disebabkan oleh jangkitan bakteria berhampiran kelenjar sebum.

Minyak pati LAVENDER menghalang bakteria yang menyebabkan jangkitan awal dan membantu mengurangkan tanda-tanda parut selepas jerawat sembuh.

6. FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

Kelebihan dan manfaat dari minyak esensial FANKINCENSE ini telah banyak digunakan untuk pelbagai tujuan contohnya seperti bahan dasar dari kosmetik. Bahan yang berasal dari hasil penyulingan getah pokok menghasilkan minyak yang mempunyai aroma yang hangat, manis dan balsamic.

Salah satu kebaikan dari minyak esensial ini adalah berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan semula kulit. FRANKINCENSE OIL ini telah banyak digunakan oleh pakar kecantikan untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan menggalakkan proses pertumbuhan semula sel kulit secara semula jadi.

7. MYRRH ESSENTIAL OIL

MYRRH ESSENTIAL OIL membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ia juga menbantu melegakan kulit yang pecah-pecah atau yang mengalami regangan. Minyak esensial ini banyak ditambah dalam produk kecantikan untuk membantu melembapkan kulit dan berbau wangi.

Mesir purba telah menggunakan minyak esensial ini untuk melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kulit yang sihat. Kebaikan penggunaan minyak esensial ini adalah kerana ciri antioksidannya yang dapat meremajakan kulit dan penyembuhan luka.

8. GERANIUM ESSENTIAL OIL

Minyak GERANIUM biasanya banyak digunakan sebagai satu elemen dalam aromaterapi. Ia digunakan sebagai rawatan holistik untuk meningkatkan kesihatan mental, emosi dan fizikal. Orang Mesir menggunakan minyak esensial ini untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

Minyak GERANIUM juga digunakan dalam merawat masalah jerawat, mengurangkan keradangan, dan untuk keseimbangan hormon. Minyak esensial ini juga boleh meningkatkan mood, mengurangkan keletihan dan menggalakkan kesihatan emosi.

Minyak esensial GERANIUM juga bantu tingkat peredaran darah dibawah permukaan kulit. Ia membantu dengan penyembuhan bintik-bintik yang disebabkan oleh jerawat,luka,  luka pembedahan atau kegatan kulit.

9. YLANG YLANG ESSENTIAL OIL

Minyak YLANG YLANG berasal dari bunga YLANG YLANG ( pokok kenanga ). Minyak esensial Ylang Ylang membantu menenangkan jiwa dan berguna untuk orang yang mengalami insomnia dan keletihan.

Minyak esential ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran sebum, bahan berminyak yang dirmbeskan oleh kelenjar sebaceous, melindungi rambut dan kulit daripada kering. Minyak esensial mempunyai ciri-ciri anti-mikrob yang boleh membantu mengurangkan kerengsaan kulit dan kemerahan.

Minyak esensial Ylang Ylang banyak digunakan dalam kosmetik. Antaranya ialah
mengekalkan kelembapan kulit
penyembuhan jerawat
menggalakkan pertumbuhan rambut
bertindak sebagai agen perapi semulajadi untuk rambut

10. PATCHAULI ESSENTIAL OIL

Minyak pati PATCHOULI diekstrak melalui penyulingan daun tumbuhan Patchouli. Nama botaninya adalah Pogostemon Cablin atau Pogostemon Patchouli. Minyak pati Pacthouli membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan percepatkan parut pudar. Ia adalah berkesan dalam menghapuskan tanda yang ditinggalkan oleh bisul, jerawat , cacar dan campak.

Minyak pati Patchouli menggalakkan pertumbuhan dengan meransang penjanaan sel-sel baru. Ia juga membantu dalam meningkatkan pengeluaran sel-sel darah merah serta kadar metabolisma. Minyak pati Pacthouli juga membantu menjana semula sel-sel kulit baru, sekali gus mengekalkan kulit kelihatan sihat dan muda.

28 Oct 2016

CARA MENGATASI MASALAH RAMBUT BERBAU HINGGA ORANG SEBELAH BOLEH PENGSAN

Rambut BERBAU, GATAL-GATAL Dan Sering GUGUR??? K E L E M U M U R ??!

Rambut merupakan mahkota bagi seorang wanita walaupun bertudung. Lindungi dan sayangilah ia untuk orang yang kita sayang terutama untuk suami kita.


Penggunaan shampoo yang tidak sesuai, faktor usia, makan banyak makanan berminyak antara faktor yang menyumbang kepada masalah kerosakan rambut.

Orang lelaki juga tidak terkecuali yea. Naik motor, baju sudah kemas, gaya dah ada, TAPI!!! bila BUKA HELMET??? BAU HAPAK helmet melekat di rambut! Cik puan isteri nak pinjam helmet pun fikir 10 kali nak pakai ke tidak takut bau hapak tu melekat kat tudung.

Siapa yang suka pakai topi tu....? Buff? Kopiah? Hehehe dah penah cium topi/buff sendiri? ...masya Allah...


INFO RED OLIVIA

✔ Menghilangkan bau hapak dan bau yang kurang enak pada rambut
✔ Melembutkan tekstur rambut.
✔ Mengurangkan masalah kelemumur.
✔ Mengelakkan kegatalan kulit kepala.
✔ Memperbaiki rambut rosak.
✔ Menggalakkan Pertumbuhan rambut baru.
✔ Memberi kesegaran minda.
✔ Rambut wangi dan menyegarkan
✔ Bertindak balas ketika kepala berpeluh.
✔️ Merawat masalah keguguran rambut.


Sekiranya anda mempunyai masalah rambut elok la cepat-cepat rawat cepat sebelum lebih parah. Masalah rambut boleh mencacatkan penampilan seseorang. Gaya ada tapi lalu sebelah bau hapak pula. Muka cantik, hensem bergaya tapi dari rambut bau kurang menyenangkan pula.

Ramai yang dapat menghilangkan dan mengurangkan masalah RAMBUT BERBAU, KEGUGURAN RAMBUT dan GATAL-GATAL dengan RED OLIVIA. Anda bila lagi?


Dapatkan segera Red Olivia anda.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk anda boleh menghubungi pn sara
Whatsapp/SMS 011.31737525




26 Oct 2016

MINAT BERKEBUN TERAPI HILANGKAN STRESS KERJA

Assalamualaikum semua..

Siapa suka dan minat berkebun? Saya sangat suka. Berkebun merupakan satu terapi minda. Boleh hilangkan stress kat tempat kerja juga tau bila lihat dedaun hijau membesar dengan sihat.

Tinggal dikawasan perumahan tanah lapang tu memang tak de la. Yang ada laman dalam pagar jer. Mudahkan cara tanam ajer dalam pasu.

Tanam bukan sebarang tanam. Saya tanam pokok yang boleh dimakan..hihihi

Antara yang ada ialah pokok kesum, pokok pandan, pokok serai, pokok kunyit dan pokok kucai. Bila- bila masa nak masak petik ajer kat luar. Ada lagi pokok kari dan pokok limau purut yang tak sempat nak amik gambar sebab duduknya diluar pagar.

                                                                      Pokok kesum

                                                                    Pokok pandan

                                                                       Pokok serai

                                                                     Pokok kunyit

                                                                      Pokok kucai

Ini lah antara koleksi pokok yang boleh digunakan untuk memasak.. siapa yang suka menanam kita geng..hehe

Berminat untuk mendapatkan produk SHAKLEE, HDBC, FRESHPICKS boleh menghubungi saya
Whatsapp 011.31737525





25 Oct 2016

IBU HAMIL PERLUKAN SUPLEMEN SUPAYA BADAN SIHAT MENGURUSKAN KELUARGA


Ibu hamil memerlukan nutrien yang seimbang bukan sahaja untuk si ibu, malah untuk bayi dalam kandungan membesar dengan sihat. Selain dari pemakan yang sihat, ibu juga perlu menambah nutrien dengan mengambil suplemen kerana nutrien dan zat daripada pemakan seharian tidak mencukupi untuk keperluan ibu dan bayi. Tambahan pula ibu perlu menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak yang lain.

Antara suplemen yang sangat diperlukan oleh ibu hamil adalah seperti



Vita-lea Iron Formula sebagaimana namanya, membekalkan 30 nutrisi harian lengkap untuk keperluan tubuh badan si ibu. Kandungan iron juga mengelakkan bacaan hb rendah, yang biasa menjadi dilema ibu hamil.

B-Complex Shaklee pula merupakan gabungan vitamin B yang lengkap, malah lengkap dengan asid folik. Oleh itu ibu hamil tidak perlu risau akan keperluan asid folik yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Vitamin C pula seumpama perisai kepada si ibu untuk melawan penyakit dan jangkitan, di samping membantu ibu menyalurkan khasiat vitamin C kepada bayi. Selain itu, pengambilan vitamin C yang cukup dapat mengelakkan masalah gusi dan masalah kulit yang biasa mengganggu ibu hamil.

OsteMatrix sememangnya suplemen yang amat perlu diambil oleh ibu hamil. Dalam tempoh kehamilan, kalsium diambil daripada tubuh ibu untuk pembinaan tulang dan tubuh bayi. Sekiranya keperluan kalsium ibu tidak mencukupi, maka ibu akan mengalami masalah lenguh dan sengal-sengal badan, kejang kaki, sakit gigi, sakit otot dan sebagainya. Oleh itu, bagi memastikan bayi dan ibu dalam keadaan kesihatan yang optimum, 4 biji OsteMatrix yang membekalkan 1000mg kalsium perlu diambil. Ibu hamil tidak perlu risau kiranya kalsium menyebabkan sembelit, kerana OsteMatrix telah dilengkapi dengan magnesium yang mampu menyihatkan proses penghadaman dan pelawasan.

Omega Guard pula ialah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Pengambilan Omega Guard juga mampu mengelakkan si ibu menghadapi kenaikan berat badan yang melampau dalam tempoh kehamilan kerana Omega Guard terdiri daripada lemak baik yang menyahkan lemak-lemak jahat yang tidak diperlukan oleh tubuh. Omega Guard juga merangsang hormon yang dapat mengawal selera makan si ibu.

Bila dah jadi ibu beranak 3 ni baru tau penatnya menguruskan rumah dengan anak-anak yang sedang membesar. Menjadi seorang ibu kena kuat. Tubuh badan perlu sentiasa sihat dan kekal bertenaga. Disebabkan itu lah pengambilan suplemen sangat-sangat penting terutamanya ketika hamil.

untuk sebarang pertanya  mengenai SHAKLEE , HDBC , FRESHPICKS boleh menghubungi

pn sarah
whatsapp 011.31737525


24 Oct 2016

RESEPI SAMBAL SOTONG MUDAH RINGKAS DAN SEDAP

Assalamualaikum semua..

Waktu yang ada kita manfaat kan masa dengan keluarga kan. Lepak santai melayan kerenah anak-anak, berbual-bual dengan en suami dan yang paling penting adalah memasak.

Orang tua-tua cakap kalau nak pikat hati suami kena jaga perutnya. Kalau nak anak-anak sayang kita kena bagi makan dari air tangan mama.




SAMBAL SOTONG

Sotong yang telah dibersihkan
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
1/2 kiub pati ayam knor
2 sudu sos cili
Garam dan gula

Cara- cara


Kisar bawang merah dan putih. ( Blend ajee tak pun kalau rajin tumbuk lumat..tapi saya nak cepat potong bawang pastu kisar ajer guna Spin Choper. Lumat jugak.

Panas kan minyak untuk menumis. Masukkan bawang yang dikisar, cili kisar, sos cili dan kiub pati ayam Knor tu. Tumis sampai naik minyak. Masukkan garam gula baru masukkan sotong dan bawang besar.

Bila dah didih dan kering air sotong tutup api dah boleh dihidangkan.

Cara yang sama juga saya gunakan untuk masak udang.

Manfaatkan waktu yang ada bersama keluarga.

Berminat untuk mendapatkan produk SHAKLEE, HDBC , FRESHPICKS boleh menghubungi saya

Whatsapp/ sms 011.31737525

21 Oct 2016

JOM MAIN MASAK MASAK

Assalamualaikum semua..

Hari jumaat waktu rehat yang panjang. Selalu tinggal kat opis jee buat kerja. Tapi hari ini kita balik umah sebab kena ambil si kakak balik sekolah.

Dah alang alang ada dirumah ni boleh la masak untuk makan tengah hari. Jimat sikit duit belanja makan hari ni.

Masak bukan sebarang masak. Dah seminggu tak masuk dapur. Sambil tu nak pujuk la en suami yang kita tu yang merajuk tak sembang ngan kita.



Simple aje masak ari ni.. sambal sotong dan sup ayam je. Mama ngan ayah makan sambal sotong. Kakak makan sup ayam. Masak lebih malam nanti boleh makan lagi.

                        Sambal sotong

                 Sup ayam untuk kakak

Masak yang ringkas dan senang je. Bahan semua ada tinggal nak masak jee..

Selamat menjamu selera yea semua..

Kepada mereka yang ingin mendapatkan produk SHAKLEE , HDBC, FRESHPICKS boleh menghubungi saya

Whatsapp/sms 011.31737525

16 Oct 2016

KENAPA KITA SEMUA PERLUKAN OMEGA GUARD?

Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard) dengan perkembangan minda kanak-kanak. Kan... Sebenarnya Omega Guard ni sangat banyak fungsi dia especially untuk mak2 yg superbizi nih.


1. Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yang utama, yang berfungsi menghantar signal kepada saraf-saraf yang lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.

Jadi kalau asyik sedih-sedih, amalkan Omega Guard ye!

2. Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter membuktikan bahawa masalah disipline, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda elok berkaitan dgn kekurangan serum Omega-3 dalam otak.

Haaaa, kalau SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.

3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yg mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.

Jadi kalau asyik STRESS sila amal Omega Guard bersama B Complex.

4. Terdapat banyak kajian yang membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dengan masalah susah nak ingat terutama benda-benda yang dipelajari.

Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard ye.

Amalkan Omega Guard supaya jimat masa nak belajar benda baru....sekali baca/dengar terus faham. Jadi amalkan Omega Guard bersama doa dimudahkan kefahaman.... Supaya kita cepat dan mudah tangkap. Takdela berbulan-bulan sangkut kat bab sama sebab tak faham-faham

Dan agar happy selalu, Omega Guard mesti ambil setiap hari! Penyakit nyanyuk pun dikaitkan dengan kekurangan Omega-3 tau. Sama-sama kita jaga ahli keluarga kita.

Dan kalau nak tau, masalah-masalah mental macam perasaan agresif, suka buat jenayah, fidofilia semua tu ada kaitan dengan kekurangan Omega-3. Dalam Quran pun ada sebut tentang makan ikan kan...

**kesemua fakta di atas back up by studies, bukan cakap2 kosong atau assumption je.

Macam mana nak dapat kan OMEGA GUARD?

Whatsapp 01131737525
Perkhidmatan pos untuk seluruh ?Malaysia