cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Nov 2016

10 MINYAK ESENSIAL YANG TERBAIK UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT WAJAH

Dalam pembuatan produk kosmetik , penggunaan minyak esensial begitu meluas kerana kebaikannya dalam merawat dan memulihkan masalah kulit. 10 Minyak esensial yang terbaik yang sering digunakan untuk merawat masalah kulit adalah seperti berikut.

1. CARROT SEED ESSENTIAL OIL

Minyak esensial biji lobak merah dikenal sebagai DETOKSIFIKASI yang baik untuk kulit berminyak bagi meremajakan kulit dan mengurangkan kedutan di wajah.

Minyak ini sangat popular dalam produk penjagaan wajah, juga membantu dalam menyembuhkan psoriasis, dermatitis dan ruam kulit lainnya serta iritasi pada kulit wajah. Minyak ini sangat baik jika dicampurkan dengan minyak esensial Granium yang berfungsi menenangkan dan juga menyembuhkan berbagai penyakit kulit.

2. NEROLI ESSENTIAL OIL

Minyak esensial NEROLI berfungsi untuk menenangkan saraf. Minyak ini memiliki aroma floral light weet . Ia memiliki sifat anti-septik , anti-bakteria dan anti-inflamasi. Minyak esensial NEROLI baik untuk semua jenis kulit sensitif, kering mahupun berminyak.

Minyak ini sangat bagus untuk menyembuhkan luka, meningkatkan sirkulasi, mengatasi kecemasan , sakit kepala serta mencegah kedutan dan regangan kulit. Minyak NEROLI sangat baik jika dicampur dengan minyak CHAMOMILE, GERANIUM, MAWAR, LAVERDER dan semua minyak esensial yang baik dalam produk penjagaan kulit.

Minyak NEROLI sangat baik untuk memutihkan kulit. Selain itu minyak esensial NEROLI juga bantu mengurangi minyak diwajah , menyingkirkan jerawat, mencerahkan kulit dan anti-aging.

3. TEA TREE ESSENTIAL OIL

Salah satu manfaat dan penggunaan yang paling dari TEA TREE OIL dalam produk perawatan kulit adalah untuk mengubati jerawat.

Hasil kajian menemukan bahawa TEA TREE OIL sama efektifnya dengan BENZOIL PEROKSIDA untuk mengubati jerawat, namun tidak menimbulkan kesan sampingan negatif seperti kulit menjadi merah, kering atau mengelupas.

4. ROSE ESSENTIAL OIL

ROSE mempunyai aroma indah yang menggalakkan perasaan positif. Minyak pati mawar dapat mengurangkan kedutan-kedutan halus yang muncul pada wajah membuat kulit yang kusam kelihatan lebih cerah. Minyak mawar tidak hanya baik untuk untuk antiaging, tetapi juga sesuai untuk rawatan segala jenis kulit termasuk kulit sensitif yang mudah iritasi.

Selain itu, minyak mawar juga dapat mengimbangkan kelembapan kulit. Untuk kulit berjerawat, rawatan dengan minyak mawar juga merupakan pilihan yang tepat kerana minyak mawar mempunyai kandungan antiseptik semulajadi untuk melawan jerawat degil.

Minyak mawar digunakan untuk mendapatkan kulit cerah dan bersinar. Minyak ini dapat memberi kesan kulit tegang dan lembut.

5. LAVENDER ESSENTIAL OIL

Menurut pakar kulit dan aromaterapi, minyak pati lavender adalah salah satu minyak yang paling bermanfaat dalam merawat masalah jerawat yang disebabkan oleh jangkitan bakteria berhampiran kelenjar sebum.

Minyak pati LAVENDER menghalang bakteria yang menyebabkan jangkitan awal dan membantu mengurangkan tanda-tanda parut selepas jerawat sembuh.

6. FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

Kelebihan dan manfaat dari minyak esensial FANKINCENSE ini telah banyak digunakan untuk pelbagai tujuan contohnya seperti bahan dasar dari kosmetik. Bahan yang berasal dari hasil penyulingan getah pokok menghasilkan minyak yang mempunyai aroma yang hangat, manis dan balsamic.

Salah satu kebaikan dari minyak esensial ini adalah berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan semula kulit. FRANKINCENSE OIL ini telah banyak digunakan oleh pakar kecantikan untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan menggalakkan proses pertumbuhan semula sel kulit secara semula jadi.

7. MYRRH ESSENTIAL OIL

MYRRH ESSENTIAL OIL membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ia juga menbantu melegakan kulit yang pecah-pecah atau yang mengalami regangan. Minyak esensial ini banyak ditambah dalam produk kecantikan untuk membantu melembapkan kulit dan berbau wangi.

Mesir purba telah menggunakan minyak esensial ini untuk melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kulit yang sihat. Kebaikan penggunaan minyak esensial ini adalah kerana ciri antioksidannya yang dapat meremajakan kulit dan penyembuhan luka.

8. GERANIUM ESSENTIAL OIL

Minyak GERANIUM biasanya banyak digunakan sebagai satu elemen dalam aromaterapi. Ia digunakan sebagai rawatan holistik untuk meningkatkan kesihatan mental, emosi dan fizikal. Orang Mesir menggunakan minyak esensial ini untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

Minyak GERANIUM juga digunakan dalam merawat masalah jerawat, mengurangkan keradangan, dan untuk keseimbangan hormon. Minyak esensial ini juga boleh meningkatkan mood, mengurangkan keletihan dan menggalakkan kesihatan emosi.

Minyak esensial GERANIUM juga bantu tingkat peredaran darah dibawah permukaan kulit. Ia membantu dengan penyembuhan bintik-bintik yang disebabkan oleh jerawat,luka,  luka pembedahan atau kegatan kulit.

9. YLANG YLANG ESSENTIAL OIL

Minyak YLANG YLANG berasal dari bunga YLANG YLANG ( pokok kenanga ). Minyak esensial Ylang Ylang membantu menenangkan jiwa dan berguna untuk orang yang mengalami insomnia dan keletihan.

Minyak esential ini telah terbukti dapat membantu mengawal pengeluaran sebum, bahan berminyak yang dirmbeskan oleh kelenjar sebaceous, melindungi rambut dan kulit daripada kering. Minyak esensial mempunyai ciri-ciri anti-mikrob yang boleh membantu mengurangkan kerengsaan kulit dan kemerahan.

Minyak esensial Ylang Ylang banyak digunakan dalam kosmetik. Antaranya ialah
mengekalkan kelembapan kulit
penyembuhan jerawat
menggalakkan pertumbuhan rambut
bertindak sebagai agen perapi semulajadi untuk rambut

10. PATCHAULI ESSENTIAL OIL

Minyak pati PATCHOULI diekstrak melalui penyulingan daun tumbuhan Patchouli. Nama botaninya adalah Pogostemon Cablin atau Pogostemon Patchouli. Minyak pati Pacthouli membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan percepatkan parut pudar. Ia adalah berkesan dalam menghapuskan tanda yang ditinggalkan oleh bisul, jerawat , cacar dan campak.

Minyak pati Patchouli menggalakkan pertumbuhan dengan meransang penjanaan sel-sel baru. Ia juga membantu dalam meningkatkan pengeluaran sel-sel darah merah serta kadar metabolisma. Minyak pati Pacthouli juga membantu menjana semula sel-sel kulit baru, sekali gus mengekalkan kulit kelihatan sihat dan muda.

No comments: