cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 Nov 2016

CANTIK SECARA SEMULA JADI DENGAN AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Anda adalah apa yang anda makan. Kata-kata ini memang benar jika kita makan makanan yang berkhasiat, membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh dan membantu kita sihat, bertenaga dan memelihara kecantikan.

Hari ini saya nak kongsikan 6 makanan yang membantu memelihara kecantikan dalaman dan luaran secara semula jadi.

MADU



Madu kaya dengan pelbagai khasiat, ia bukan sahaja baik untuk kecantikan malah dikatakan dapat meningkatkan kesihatan.

Madu dapat membekalkan tenaga dan membersihkan dalaman tubuh. Madu juga boleh dijadikan masker untuk melembapkan wajah dan menaikkan seri seri. Sapuan madu pada bibir juga membantu mengatasi masalah bibir hitam.

JAMU/HERBA



Jangan hanya amalkan jamu atau herba ketika berpantang. Sebaliknya jadikan amalan harian. Jamu dan herba membantu membersihkan dalaman tubuh dan memelihara kecantikan dalaman wanita. Ia dikatakan dapat membaik pulih masalah dalaman  yang dihadapi kaum hawa.

MINYAK ZAITUN



Jadikan minyak zaitun sebagai suplemen harian. Minyak zaitun sangat baik untuk memelihara kelembapan kulit. Ia membantu menjadikan kulit halus dan cerah serta melambatkan penuaan.

HABBATUS SAUDA




Kandungannya sangat baik untuk kesihatan dan dipercayai dapat melansingkan tubuh serta membantu proses perkumuhan. Pengambilan habbatus sauda secara konsisten akan membuatkan tubuh segar dan berasa hangat.

SAYUR/ULAM



Ramai yang suka makan sayur tetapi tidak mendapat khasiat yang terkandung di dalam sayur. Nutrien dan vitamin yang terkandung di dalam sayur mudah termusnah semasa proses penyediaan dan memasak.

Pilih sayuran / ulaman yang baik untuk dimakan mentah kerana kandungan nutriennya tidak terjejas.

BUAH-BUAHAN



Buah-buah memang enak dimakan. Setiap buah-buahan mengandungi vitamin dan nutrien yang tersendiri. Pilih buah-buahan yang mengandungi tinggi kandungan vitamin. Ia membantu menjadikan kulit cantik berseri.

Buah-buahan juga dapat melancarkan perkumuhan dan membantu menurunkan berat badan.

Senang kan. Makan ajer dah boleh cantik. Tapi kena konsisten la dengan apa yang kita makan setiap hari. Jadikan sebagai rutin harian. Dengan amalan pemakanan yang baik, tubuh juga sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

No comments: