cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

6 Jul 2015

6 CARA ALAMI KEKALKAN WAJAH AWET MUDA

Apabila usia mencecah umur 25 tahun, tanda-tanda penuaan sudah mula kelihatan. Perhatikan garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. Ia semakin jelas terlihat pada wajah.

Kulit juga menjadi kendur, kusam dan tidak berseri seperti dulu. Jom kita kekalkan awet muda secara alami supaya garis halus dan kedutan di wajah tidak kelihatan biarpun usia makin meningkat.

Bersih Wajah Dengan Sempurna 
Ramai yang mengambil mudah soal pembersihan kulit kulit. mereka membersihkan kulit secara cincai hingga mendatangkan pelbagai masalah. Kulit yang tidak bersih akan mudah ditumbuhi jerawat. Cara terbaik untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik adalah penelitian ketika membersihkan wajah.

Bagi mereka yang suka bersolek pastikan wajah dibersihkan dengan penanggal solekan, kemudian barulah bersihkan kulit wajah dengan pencucui yang tepat.

Rawat Kulit Dari Awal
Jaga kulit wajah dari awal. Usia remaja adalah permulaan terbaik untuk anda mengenali jenis kulit dan menggunakan prosuk penjagaan yang sesuai. Dapatkan bantuan pakar untuk membantu anda memilih produk yang tepat. Penjagaan dari awal akan membuatkan kulit wajah kekal remaja.

Jaga Kecantikan Dalaman
Harus diakui ada wanita yang mengabaikan penjagaan dalaman. Golongan ini hanya memfokuskan kepada penjagaan luaran seperti merawat wajah dan tubuuh. Untuk tampil anggun dan awet muda, wanita mensti menjaga kecantikan dalaman. Amalkan mengambil jamu atau herba sejak dari zaman anak dara. Bagi yang tidak gemar cara tradisional, anda boleh mengambil suplemen. Pastikan anda membuat pilihan suplemen berasas bahan alami dan mengikut keperluan diri.

Rehat dan Tidur Mencukupi
Tubuh dan  wajah yang kurang rehat akan kelihatan lesu dan kusam. Agar wajah tampak segar dan tubuh bertenaga, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh dan wajah tampak berseri. Ia juga membantu memperbaharui sel kulit. Hasilnya anda akan tampak muda dan ceria.

Masker  Tegangkan kulit
Bagi yang tidak suka berkunjung ke spa, cukup sekadar mengamalkan rejim kecantikan di rumah. Pastikan anda membersihkan wajah dengan sempurna, menggunakan penyegar dan mengoles wajah dengan pelembab. Agar kulit kelihatan tegang, cerah dan menawan

Masker boleh dibeli dipusat kecantikan atau anda boleh membuat sendiri dirumah dengan menggunakan bahan semula jadi seperti tomato, putih telur atau yogurt. Lumurkan pada wajah biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

Manjakan diri di spa
Rawat tubuh dan wajah di spa, usah lokek untuk berbuat demikian. tubuh yang letih perlu dirawat dengan baik. Anda boleh melakukan sauna herba, urutan dan skrub. Perawatan yang lengkap adalah terapi untuk wanita kembali anggun.

Inginkan vitamin atau suplemen untuk kecantikan kulit semudah ABCDE boleh baca di sini http://mamasarashope.blogspot.com/2015/03/cantik-semudah-abcd-e.html


No comments: