cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

20 Jul 2015

6 TIP ELAKKAN DIRI DARI PENYAKIT YANG MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN

Pola makanan dan amalan kesihatan yang betul mampu menguatkan sistem kekebalan tubuh. Justeru anda tidak perlu setiap bulan mengunjungi klinik bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Beberapa tip yang boleh diamalkan agar anda tidak mudah diserang penyakit

Ketawa
Sering ketawa cara paling mudah untuk kekal sihat dan bertenaga. Dipercayai ia berupaya memperkuatkan sistem kekebalan tubuh sekali gus meningkatkan tahap antibodi dalam darah. Ssecara tidak lansung bakteria dan virus dapat dibunuh kerana ketawa juga mampu mempengaruhi minda agar anda kekal positf.

Menyanyi
Terdapat satu kajian di Jerman menunjukkan bahawa menyanyi boleh mengaktifkn limpa yang akan membantu meningkatkan perjalanan darah yang konsisten daripada sistem antibodi. Lagi pun menyanyi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan mudah dilakukan.

Pilih Lemak Sihat
Lemak amat diperlukan bagi membangunkan sel dan menghasilkan prostaglandin, iaitu sejenis hormon yang membantu mengatur tindak balas tubuh terhadap jangkitan. Cara mudah yang dilakukan adalah dengan menghasilkan sel-sel darah putih yang mampu menentang virus. Sebab itu kita disarankan agar mengambil lemak yang sihat bagi mengeakkan diri daripada terkena penyakit.

Hadkan Pengambilan Gula
Umum mengetahui bahawa gula mampu memudaratkan kesihatan sekiranya siambil secara berlebihan. Dipercayai ia menggangu kemampuan sel darah putih untuk membunuh bakteria seterusnya mencetuskan penyakit kepada tubuh.

Makan Ikan
Ikan mengandungi sumber protein yang penting untuk membangukan sel-sel yang mampu melawan virus dan asid lemak(disebut omega-3) yang berupaya mengatur fungsi kekebalan tubuh. Omega-3 juga membantu menurunkan penghasilan senyawa inflamasi seterusnya meningkatkan penghasilan anti-inflamasi sehingga mampu memulihkan bahkan menghalang pertumbuhan sel kanser.

Kebaikan Buah Sitrus
Vitamin C banyak diperoleh dari buah limau, limau nipis dan lemon. Vitamin ini juga dikatakan berupaya mningkatkan aktiviti fagosit di mana ada sel yang menelan dan mencerna bakteria di dalam darah.

Mudahkan untuk hidup sihat bebas dari sebarang penyakit yang boleh mengganggu aktiviti seharian kita. Amalkan pemakanan sihat, jalani aktiviti sihat badan pun akan sihat.

No comments: