cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

14 Jul 2015

KULIT BERSERI MENYAMBUT LEBARAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI YANG ADA DIRUMAH

Sepanjang ramadan, rutin hidup sebagai seorang sangat padat. Bukan sahaja mengambil peluang menunaikan solat sunat terawih, malah sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Seawal jam 4 pagi, ramai yang sudah bangun memasak hidangan sahur untuk seisi keluarga. Ini membuatkan wanita kurang rehat dan tidur. Akibatnya tubuh menjadi lesu , wajah kusam dan lingkaran gelap di bawah mata jelas kelihatan.

Beberapa tip yang boleh diamalkan untuk memberi kesegaran dan tenga selain manfaat kecantikan sekali gus menjadikan kulit nampak lebih berseri dalam menyambut lebaran.

Jus Kurma Bekal Tenaga


Kurma membekalkan tenaga kepada tubuh. Selain dinikmati begitu sahaja, anda juga boleh membuat jus istimewa. Buang biji kurma, kisar isiya bersama susu segar. Jadikan jus ini sebagai minuman harian semasa berbuka atau bersahur. Ia bukan sahaja enak malah membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Hasilnya tubuh cergas dan tidak lesu.

Minyak Zaiton Lembabkan Kulit

Ketika berpuasa, ramai yang mengalami dehidrasi. Kulit menjadi kering dan kusam. Bagi mengatasinya anda boleh mengamalkan minum lapan gelas air putih sehari. Bagi melembapkan kulit pula, oleskan minyak zaitun. Lakukan setiap hari, kulit akan halus dan lembap.

Madu Dan Telur Naikkan Seri

Bagi menaikkan seri wajah, amalkan petua ini. Campurkan sebiji telur ayam kampung bersama dua sudu madu. Ia membuatkan wajah menjadi kemerahan. Telur dan madu juga membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia juga sangat baik untuk kecantikan dalaman. Selain itu, petua ini juga dikatakan dapat menjadikan suara lebih lunak.

Skrub Hampas Kelapa Haluskan Kulit

Selepas memasak, hampas kelapa jangan dibuang. Gunakan ia sebagai skrub untuk menyental tubuh. Hampas kelapa dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Ia juga membuatkan kulit tubuh lembap dan dikatakan dapat menghilangkan kesan gelap di bahagian intim.

Khasiat Sayur-sayuran Dan Buah-buahan 

Pastikan anda memasak sayur-sayuran setiap hari sebagai salah satu juadah berbuka puasa atau bersahur. Sayuran-sayuran mempunya pelbagai khasiat yang dapat membekalkan nutrien yang mecukupi kepada tubuh. Jika anda tidak gemar makan sayur, gantikan dengan buah-buahan. manfaatkan kelebihan dua kumpulan makanan in.

Ais Segarkan Wajah

Sebelum bersolek, tekaplan wajah dengan ais. Petua ini membuatkan wajah yang lesu nampak segar. Ais juga membuatkan solekan lebih tahan lama di samping membantu mengurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata.

Memanjakan Diri Di Spa

Jika berkemampuan, luangkan diri di spa melakukan perawatan wajah dan tubuh. urutan dapat mengatasi keletihan dan membuatkan tubuh ringan serta bertenaga. Manakala perawatan wajah pula dapat mengatasi pelbagai jenis masalah kulit.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut lebaran. Ayuh amalkan petua untuk kecantikan secara semula jadi tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk kecantikan.

No comments: