cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

11 Oct 2012

CEPAT LAPAR? Pengoksida yang lembab(Slow Oxidisers)


 

Pengoksida lembab tidak dapat menggunakan karbohidrat dengan mudah. Ini disebabkan metabolisme karbohidratnya tergendala. Pengambilan  makanan yang berbentuk karbohidrat seperti  tepung putih, gula putih, nasi putih dan makanan berkanji yang lain menyebabkan kadar gula dalam darah naik dengan cepat.

Justeru akan menyebabkan hormone insulin tercetus untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan seterusnya gula ini bertukar menjadi lemak dengan tindakan satu lagi hormone glucagon. Tindakan insuli akan menyebabkan gula dalam darah menurun terlalu cepat dan individu ini akan terasa lapar semula dalam masa yang singkat.

Gula ini tidak bertukar menjadi tenaga, sebaliknya bertukar menjadi lemak dan individu ini akan terasa lemah dan tidak bermaya serta menggigil lapar dan ketagih kopi/teh atau gula serta coklat dan makanan manis yang lain. Cara mengatasi jadualsebegini adalah dengan mengatur makanan dan jadual supaya kadar gula dalam darah tidak naik dengan mendadak, memakan makanan dari sumber protein 10 % lebih dari biasa, pastikan pengambilan protein tiga kali sehari, iaitu pagi, tengah hari dan petang.

Kurang pengambilan lemak dan minyak dan makan makanan karbohidrat yang komplek yang mengandungi kadar serat yang tinggi seperti buah terserat, dan sayur.

Tidak perlu berlapar malahan anda digalakkan mengelak daripada lapar sebab lapar akan menyebabkan cara pemakanan ini gagal dan pusingan buntu mengambil alih semula.

Disamping mengurangkan berat badan atau  menghentikan berat badan dari terus naik anda akan memperoleh laba yang lain dari mengamalkan cara pemakanan sebegini, iaitu peningkatan tenaga anda serta ketenangan emosi akan terhasil.

PRINSIP ASAS PEMAKANAN PENGOKSIDA LEMBAB:

1.      Elak memakam karbohidrat yang diproses. Contoh gula, roti putih, tepung putih(roti canai), kuih muih dan coklat.

2.      Makan lebih kerap dengan menyelitkan makanan bersert tinggi siantara hidangan utama. Contoh lobak merah mentah, ubi sengkuang, timun, batang seleri, pear, buah lai, epal.

3.      Naikkan kadar protein yang dimakan, gunakan cara masakan yang tidak menggunakan banyak minyak dan gunakan minyak yang mengandungi EFA. (asid lemak yang diperlukan oleh badan) dan anti pengoksida yang tinggi. Contoh lemak sebegini yang paling baik adalah Carotino yang mengandungi beta carotene, tocotrienol, dan vitamin E. Minyak yang baik adalah  minyak zaitun  dan minyak kelapa sawit. Cara memasak ‘stir fry’ menggunakan minyak sedikit dan menambah air bila kering adalah sesuai. Selain itu kukus dan rebus serta bakar adalah juga baik.

4.      Elak kopi,teh, serta gula dan minuman’pop’. Apakah petanda bahawa anda mengalami masalah menghadam  karbohidrat dan sensitive terhadap karbohidrat jenis gula/refind(simple carbohudrate)? Ketagihan pada kopi,teh, coklat panas dan bahan makanan yang manis. Cepat menggigil bila lapar dan cepat lapar setengah hingga satu jam selepas makan terutama bila makan benda manis atau yang banyak kanji. Kurang bertenaga dan cepat terasa marah atau mengalami emosi yang lain seperti murung, kurang keyakinan diri. Kurang daya tahan dan cepat letih. Berat badan senang naik tetapi susah turun.

No comments: