cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

18 Oct 2012

MAKANAN MENGIKUT USIA


Apakah tabiat makan anda berubah seiring dengan perubahan usia? Atau apakah anda masih lagi mengambil makanan yang sama sejak bertahun-tahun ini ? mungkin anda tidak ketahui, ada beberapa jenis makanan yang perlu ambil apabila memasuki kumpulan usia tertentu.

USIA 20-AN
Merupakan antara saat-saat paling sibuk dalam hidup. Keletihan dan kelesuan sering hinggap lantaran banyak nya pengambilan makanan segera, makanan ringan  dan minuman berkafien. Juka mahukan jaminan kesihatan sehingga ke hari tua, ini lah masanya memberikan  lebih perhatian pada pemakanan. Sarapan adalah penting kerana ia meningkatkan daya tumpuan, mengenyangkan dan mengelakkan anda mengambil makanan yang tinggi lemak dan bergula antara waktu makan.

Sayangi hati
Pengambilan diet yang mengandungi garam berlebihan dan lemak tepu(yang banyak terkandung dalam makanan segera) akan memberikan lebih tekanan pada hati. Pengarah eksklusif  institute meof optimim Nutrition, david Nicolson menyarankan pengambilan ubi bit beberapa kali seminggu bagi menjaga kesihatan hati.

Uni bit kaya dengan pelbagai nutrient yang diperlukan hati dan bertindak sebagai agen pembersihan hati yang berkesan.
Memerangi mood kurang baik

Andainya anda sering diganggu oleh tekanan sebelum haid (pre-menstrual tension –PMT ) langkah terbaik untuk mengatasinya ialah dengan selalu memakan (tetapi dalam kuantiti yang kecil) makanan yang kaya dengan potassium seperti pisang ataupun makanan yang kaya dengan vitamin E seperti kekacang dan avocado. Dadih juga adalah baik untuk mengatasi masalah PMT ini.
Ada juga yang mengalami masalah sembab ketika dating haid yang mana disebabkan oleh pengumpulan air, masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih banyak air. Air yang banyak ini membantu mengurangkan paras garam dalam tisu  badan ini membolehkan lebihan air dikeluarkan.

Nota: jangan minum lebih dari 3 cawan kopi sehari. Kafien berlebihan akan menyerap vitamin dan mineral yang terkandung dalam tubuh.
Usia 30-an

Merupakan usia ‘melahir’. Ketika ini anda perlukan kalsium yang tinggi terutama bagi yang mahukan bayi mereka mempunyai gigi, rambut dan kuku yang cantik. Susu, keju dan dadih adalah sumber kalsium terbaik, namun elok juga jika anda turut mengambil produk daripada soya, kekacang, sayuran berdaun hijau, ikan dan bijirin.
Makanan untuk otak

Ketika mengandung, asid lemak omega-3 dalam tubuh ibu akan diberikan kepada janin untuk ertumbuhan otak dan system saraf. Sebab itu jika si ibu mempunyai asid lemak omega-3 yang rendah, ia akan mempengaruhi mood dan system sarafnya.

Minyak ikan adalah sumber omega terbaik.  Namun FSA (food standarts agency ) menyarankan agar ibu mengandung atau cuba mengandung mengambilnya  tidak lebih daripada dua hidangan dalam seminggu. Ini adalah untuk mengelakkan risiko pencemaran alam sekitar yang terdapat pada ikan.
Kepentingan folik

Wanita mengandung disarankan mengambil kira-kira 400ug suplemen asid folik dn juga makanan yang kaya dengan folik seperti sayuran berdaun hijau, ragi dan kekacang. Pengambilan makanan yang kaya dengan asid folik sebelum mengandung dan 12 minggu pertama kandungan akan mengurangkan risiko kelahiran bayi yang mengalami masalah spina bifida.
Kelebihan sayur dan buah buahan

Pengambilan sayuran dan buah-buahan adalah penting untuk membekalkan antioksidan kepada tubuh. Antioksidan adalah penting bagi memerangi radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum masa dan perubahan sel luar biasa yang menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Nota: usia 30-35 tahun merupakan saat tulang mencapai jisim tertinggi. Selepas usia ini kepadatan tulang akan mula menurun secara perlahan-lahan.

Usia 40-an
Saat penting untuk memberikan perhatian kepada perubahan dan kesihatan. Ketika ini diet seimbang adalah perlu. Tubuh akan menjadi lebih cepat letih dan keletihan tersebut terasa lebih lambat pergi berbanding di usia sebelum ini. Lebih menjengkelkan, usaha untuk mengurangkan berat badan adalah lebih sukar dan mengambil masa lebih lama.

Makan secara sihat
Di usia 40-an adalah penting bagi wanita untuk terus aktif dan makan secara sihat. Disebabkan sibuk anda mungkin makan diluar, tetapi adalah penting untuk anda memberikan perhatian terhadap apa yang terkandung dalam makanan yang dimakan. Seboleh mungkin elakkan makanan yang sedia dimasak kerana ia selalunya mengandungi banyak lemak, garam dan gula.

Oren dan lemon
Anda memerlukan vitamin C untuk membina kolagen protein yang diperlukan bagi pertumbuhan tisu dan tulang yang sihat. Selain itu vitamin C juga membekalkan antioksidan dan membolehkan tubuh menyerap lebih zat besi dan membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Kumpulan buah-buahan jenis sitrus seperti lemon dan oren, anggur hitam, buah-buahan tropika dan kentang adalah perlu bagi diet anda untuk memastikan bekalan vitamin C yang tinggi.

System imun
Mengambil makanan yang kaya dengan zink adalah penting untuk kebaikan system imun. Kekurangan zink akan menyebabkan ransangan seks yang rendah, masalah kulit dan kurang nafsu makan. Jadi untuk mengekalkan kehebatan seksual serta kulit yang cantik berseri, digalakkan anda memakan lebih makanan laut, bijirin penuh, daging tanpa lemak dan keju yang mana semua ini merupakan sumber zink yang terbaik.

Usia 50-an
Banyak wanita mengalami monopous ketika ini. Saat tubuh melalui banyak perubahan hormone, sama seperti ketika menginjak usia remaja dahulu...

Kebaikan soya
Diusia produktif, wanita mengeluarkan hormone estrogen yang melindungi mereka daripada penyakit jantung dan osteoporosis. Tetapi apabila mencapai usia monopous ‘perlindungan’ ini  hilang dan gejala dilihat seperti kulit kering, depresi, hot flushes dan insomnia.

Bagaimanapun pengambilan produk berasaskan soya dapat mengurangkan geja-gejala ini. Selain itu digalakkan juga memakan linseeds, kacang kuda, gandum penuh, kekacang dan oat.
Tulang kuat

Kehilangan ketumpatan tulang meningkat usia ini. Oleh itu wanita 50-an bukan sahaja patut mengambil lebih makanan berkalsium tinggi, tetapi juga vitamin D yang bertindak membantu penyerapan kalsium.
Stress?

 Orang berusia lebih sukar menyerap vitamin B. Sebab itu mereka lebih mudah stress. Oleh itu disarankan mengambil vitamin B yang boleh didapati daripada sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan juga daging.

 

 

No comments: