cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Oct 2012

ANTIOKSIDA DAN MANFAATNYA



ANTIOKSIDA merupakan diantara istilah kesihatan yang semakin meluas diperkatakan. Ada juga diantara kita yang keliru apabila mendengar celoteh promoter tentang suplemen antioksida yang dikatakan banyak manfaatnya untuk tubuh badan. Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan produk kesihatan, tentunya tahu serba sedikit apa yang dikatakan antioksida.namun begitu sejauh manakah kita tahu akan kepentingan antioksida kepada kita?

Antioksida merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga secara semula jadinya, terdapat  dalam kebanyakan makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato,bayam, brokoli, kentang dan sayuran hijau adalah sumber yang kaya dengan antioksida.
Antioksida sama pentingnya dengan vitamin dan mineral. Beta karotina, vitamin A, C, E, koenzim Q10,asid lipoik dan selenium adalam]h contoh antioksida. Bahkan  vitamin, mineral, koenzim dan molekul-molekul kecil  seperti glutation, koenzimQ10, dan asid lipoik dihasilkan oleh badan.

Antioksida merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk menghalang dan melindungi sel-sel badan daripada oksida oleh radikal bebas yang lama-kelamaan akan mengakibatkan masalah penuan seperti katarak, arthritis dan penyakit Alzheimer. Juga pelbagai penyakit lain seperti kanser dan alahan.
Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom yang mengandungi sekurang-kurangnya satu elektron. Lazimnya, ia terhasil  daripada pencemaran. Alcohol dan dadah juga  merupakan penyumbag radikal bebas pada badan. Dan adakah anda tahu radikal bebas juga terdapat pada bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan seperti bahan pengawet, pewarna tambahan dan sisa racun serangga.

SEDARI KEPENTINGAN NYA.

Beta-kerotin merupakan molekul yang berubah menjadi vitamin A apabila diproses dalam badan dan ia juga adalah antioksida yang bermanfaat untuk penglihatan dan menangani kanser pada sel.
Vitamin A dan E adalah vitamin larut lemak dan penting untuk mata dan kulit yang sihat. Simptom-simptom seperti rabun malam, kulit kering dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan. Vitamin E atautokoferol penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia, iaitu penyakit pemusnahan sel darah merah yang banyak. Ia juga berupaya menghalang kanser dan mengatasi masalah artriosklerosis.

Vitamin C, vitamin larut air yang berupaya meningkatkan system pertahanan badan. Vitamin C atau nama lain nya, asid askorbik adalah antara vitamin yang diperlukan untuk perkembangan sel badan dan membantu penyerapan zat besi dalam badan. Kulit mudah lebam, gusi yang sering berdarah, luka yang lambat sembuh dan mudah terkena jangkitan adalah antara tanda kekurangan vitamin C dalam badan.

Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan molekul larut lemak yang bertindak  secara sinergi dengan vitamin E sebagai kumpulan antioksida yang menghalang radikal bebas terhadap sel-sel dalam badan.

Asid lipoik, juga dikenali asid lipoik alfa, adalah antioksida universal kerana larut lemak dan larut air disamping berupaya mengitar semula antioksida lain seperti vitamin C, glutation dan CoQ10. Ia bermanfaat  dalam menangani komplikasi akibat diabetes seperti retina diabetes. Beberapa ujian klinikal yang telah dijalankan, menunjukkan asid lipoik  berupaya meransang fungsi insulin serta merendahkan paras gula dalam darah.
Sumber : Dato’ Dr Harman Singh, Presiden  Sociaty for Anti-Aging & Aesthetic Malaysia     
                majalah MIDI Mac 2008

No comments: