cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 May 2015

Tip Kurangkan Garam Dalam Masakan

Garam yang mengandungi iodin sangat diperlukan oleh tubuh bagi mendapatkan kesihatan maksimum. Namun begitu, jika terlalu banyak mengambil garam, dikhuatiri membahayakan kesihatan sekaligus mengundang pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi, kegagalan ginjal, obesiti dan macam-macam lagi.

Oleh itu, pengambilan garam haruslah mengikuti sukatan yang betul setiap hari supaya tidak terlebih garam dan tidak terkurang garam dalam pengambilan makanan seharian.

Tip Kurangkan Garam Dalam Masakan

Bahan Segar

Apabila menggunakan bahan segar untuk memasak, ia secara tdak lansung mendidik kita untuk meletakkan sedikit sahaja garam (jumlah yang perlu ) ke dalam masakan berbanding makanan yang siap diproses. Oleh itu, elakkan dari mengambil makanan yang siap dimasak kerana didalamnya terkandung banyak garam dan gula.

Buat Pilihan Tepat

Pilih makanan segar berbanding makanan yang terdapat di dalam tin. Ini kerana makanan tersebut biasanya mengandungi banyak garam yang dijadikan bahan pengawet.

Elak Tambahn Garam

Sekiranya gemar memasukkan garam ketika memasak, anda sebenarnya terdorong untuk meletakkan garam pada jumlah yang banyak. Berbeza jika dimasukkan selepas makanan siap dimasak, garam yang ditambah lazimnya sudah cukup rasa. Secara tidak lansung ia merupakan satu kaedah yang boleh dpraktikkan bagi mengurangkan penggunaan garam setiap hari.

Gunakan Sukatan Garam Yang Betul

Kurangkan jumlah garam bergantung kepada kuantiti makanan yang disediakan. Apabila kuantiti garam dikurangkan setiap kali memasak, maka lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan yang berterusan.

Tambah Rasa

Salah satu alasan yang diberi untuk meetakkan garam yang lebih dalam makanan ialah mengelakkan rasa hambar. Jika ini sebabnya maka salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan memberi lebih rasa pada sayuran. Sama ada memanggang atau merebusnya bersama bahan semulajadi, rasanya pasti sedap untuk dinikmati.

Hargailah masa muda, masa sihat dengan pengambilan pemakanan yang betul dan penjagaan kesihatan yang berterusan agar dapat menikmati hari tua tanpa sebarang penyakit.

21 May 2015

PENGUMPULAN TOKSIN DALAM BADAN PUNCA PENYAKIT

Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor  utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia. Pendek kata, toksin atau racun menjadi faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit.

Apa itu Toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencamaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.


Manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, perasa tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadinya toksin dalam badan.

Tanda-Tanda Toksin Dalam Badan

  • sering keletihan, berasa lesu dan tidak bertenaga
  • daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  • emosi yang bercelaru, kemurungan
  • tidur tidak berkualiti, insomnia
  • sembelit, atau cirit-birit yang kerap
  • masalah kulit; jerawat, akne, ekzama, psoriasis
  • kulit yang pudar dan tidak bermaya
  • rasa gatal, alahan, ekzema
  • radang pada kulit
  • kuku dan rambut yang rapuh
  • badan dan nafas berbau
  • sakit kepala yang kerap dan berulang
  • sakit leher, bahu, sendi dan otot
  • peredaran darah yang lemah
Jom kita periksa diri kita sama ada kita mempunyai masalah kesihatan seperti diatas. Sekiranya ya, jom amalkan pemakanan yang sihat dan melakukan detoks untuk bersihkan dan singkirkan toksin dalam badan kita.

19 May 2015

ANEMIA BOLEH JEJASKAN FUNGSI JANTUNG YANG MENJADI PEMBUHUN UTAMA GOLONGAN LELAKI

Meski anemia sering dialami oleh wanita, golongan lelaki juga tidak terkecuali. Masalah kesihatan ini sekiranya dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan penyakit jantung yang menjadi pembunuh utama golongan lelaki.

Jika bacaan hemoglobin tidak mencapai paras normal iaitu 12.5 hingga 18.5g/DL, dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dengan segera.

Anemia ialah keadaan yang mana terdapat kekurangan sel darah merah dalam peredaran daran untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia biasanya bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi.

Penyebab Anemia

Kehilangan Darah (sama ada akut atau kronik).

  • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.
  • Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, jangkitan cacing dan lain-lain keadaan.
Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin b12, asid folik dan erythropoietin.
  • Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ia melebihi paras penyerapan zat besi.
  • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyait inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormon : paras hormon tiroid rendah.
  • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel daah merah : keadaan seperti talasemia.
Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi
  • Talasemia.
Simptom / Gejala
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizakal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
Komplikasi

Anemia yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung dengan funsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.

Rawatan

Pemeriksaan hemoglobin untuk menentukan sama ada anda menghidapi anemia atau tidak boleh dilakukan di klinik. Rawatan bergantung kepada jenis anemia  yang dihadapi:
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia atau leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan pleh kekuranga zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil suplemen zat besi.
TIPS KESIHATAN 

Pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.


17 May 2015

8 RESEPI MUDAH UNTUK AIR DETOKS

Detoks bukan sahaja baik untuk usus anda, malah memberi kebaikan kepada tahap kesihatan dengan mengurangkan risiko untuk mendapat sesuatu penyakit. Bonus kepada anda yang mula dan suka mengamalkan detoks adalah kecantikan dalaman secara semulajadi.


Hari ni saya akan bagi 8 resepi mudah untuk membuat air detok. Tidak lah bosan dengan satu menu jer. Jom kita cuba dan rasa kenikmatannya.

1. OREN , LEMON , HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan ( menyegarkan nafas ), dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN , RASBERI , ANGGUR
Timun adalah penghidratan yang menyingkirkan toksin. Rasberi pula mempunyai ciri-ciri antiradang dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompoun.

3. RHUBAB, EPAL, KULIT KAYU MANIS
Rhubab mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak meabolisma badan

4. STRAWBERI , LIMAU
Strawberi penuh dengan anti oksidan dan limau pula sangat baik  sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

5. NANAS , DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU , DAUN PUDINA , LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

7. STRAWBERI , KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula dalam darah.

8. TIMUN, LIMAU, LEMON
Sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.

Selamat mencuba...

13 May 2015

CARA MUDAH CUCI USUS DENGAN AIR DETOKS

Program detoks popular di kalangan wanita berbanding lelaki. Walaupun lelaki jarang mencuci usus dengan detoks tetapi sangat penting untuk menyingkirkan toksin yang tersimpan di dalam tubuh.

Detoks membantu anda lebih bertenaga dan menajamkan daya tumpu. Cara paling praktikal untuk menyingkirkan toksin dalam badan adalah dengan minum air buah-buahan yang kaya dengan antioksida serta keluar peluh ketika bersenam.


Jika anda mengamalkan diet detoks, anda masih boleh mengamalkan makanan seperti biasa iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Namun anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air per hari dan elakkan dari makan selepas jam 7 malam.

Selain itu, detoks juga membantu dalam proses penyembuhan secara semula jadi dengan regenerasi sel kulit dan mencegah anemia.

Sangat mudah untuk membuat air detoks sendiri di rumah. hanya memasukkan air kosong ke dalam botol 1 liter atau 1.5 liter kemudian potong buah-buahan sitrus kerana mempunyai khasiat serta  kandungan anti oksida dan simpam sejuk semalamam.

Antara khasiat buah-buahan yang boleh diamalkan untuk membuat air detoks adalah seperti:

KHASIAT LEMON

- Untuk detoks, lemon sangat membantu dalam memulihkan sistem penghadaman yang terluka.
- Selain itu, ia mengandungi banyak vitamin C dan anti oksida yang dapat menghilangkan radikal  
  bebas dan meningkatkan proses kolagen sehingga kulit anda kelihatan lebih cerah.

KHASIAT EPAL

- Ia adalah detoks semula jadi yang mampu mengumpulkan racun dan makanan yang dicerna.
- Epal mengandungi asid malic dan tartaric, garam dari pottassium, sodium, magnasium dan juga kandungan zat besi. Kandungan serat juga dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
- Bagi pesakit diabetes, pengambilan epal secara rutin dapat membantu memperlambatkan penyerapan zat dan menjaga kandungan gula alam darah.

KHASIAT SALERI

- Ia mengandungi antioksidan (jenis flavonoid dan luteloin) yang berguna untuk meningkatkan metabolisma badan.
- Kandungan vitamin A dan C juga dapat menjaga sistem ketahanan badan.
- Bagi anda yang memiliki rambut yang sihat, saleri dapat menyuburkan rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
- Ia turut membantu masalah insomnia kerana kandungan mineral dan larutan tertentu dapat membuatkan sistem saraf anda lebih rileks dan tenang.

Pentingnya dalam penjagaan usus kerana usus adalah organ penting dalam penyerapan nutrien dan zat daripada makanan untuk keperluan tubuh supaya sentiasa kekal sihat dan kurang berisiko untuk mendapat sesuatu penyakit.

8 May 2015

KACANG SOYA PROTEIN TAMBAHAN TERBAIK BAGI IBU DAN BAYI

Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine max merupakan salah satu daripada 7 "super food" di dunia. Keistimewaan kacang soya terletak pada khasiatnya kerana ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak. Jadi, nikmatilah minuman kacang soya kerana kacang soya selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umum.

KHASIAT KACANG SOYA

Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gamndum, lima atau enam kali roti dan 12 kali susu. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, diantaranya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisma badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan.


Ia juga dikatakan efektif meredakan gejala panas ( hot flashes ) akibat monopous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Kandungan kalsium dan mineral dalam kacang soya turut membantu memcahkan lemak, menyusutkan kadar lema jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.

Kacang soya berada dalam kelompok kekacang yang merupakan sumber makanan yang sangat baik untuk ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja kaya zat besi, kacang ini juga adalah sumber protein bukan daripada haiwan yang murah dan senang didapati.

Susu kacang soya juga adalah antara makanan yang dapat meningkatkan penghasilan susu bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif.

ESP SHAKLEE

ESP merupakan soya terbaik yang mudah diambil bukan sahaja untuk ibu-ibu menyusu, malahan ibu yang sedang hamil, yang ingin menjaga berat badan juga serta semua peringkat umur kecuali kanak-kanak.

ESP Shaklee adalah non-GMO, dilengkapi dengan beberapa jenis asid amino penting untuk keperluan tubuh manusia.

Penggunaan yang mudah sahaja. Bancuh sahaja dengan minuman kegemaran atau air suam kecuali air panas dan minuman berkafien. Ini kerana protein mudah termusnah dengan haba yang tinggi.

Ingin mendapatkan ESP SHAKLEE dari saya, anda boleh menghubungi saya
sms / call / WhatsApp  01131737525