cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

19 May 2015

ANEMIA BOLEH JEJASKAN FUNGSI JANTUNG YANG MENJADI PEMBUHUN UTAMA GOLONGAN LELAKI

Meski anemia sering dialami oleh wanita, golongan lelaki juga tidak terkecuali. Masalah kesihatan ini sekiranya dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan penyakit jantung yang menjadi pembunuh utama golongan lelaki.

Jika bacaan hemoglobin tidak mencapai paras normal iaitu 12.5 hingga 18.5g/DL, dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dengan segera.

Anemia ialah keadaan yang mana terdapat kekurangan sel darah merah dalam peredaran daran untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia biasanya bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi.

Penyebab Anemia

Kehilangan Darah (sama ada akut atau kronik).

  • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.
  • Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, jangkitan cacing dan lain-lain keadaan.
Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin b12, asid folik dan erythropoietin.
  • Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ia melebihi paras penyerapan zat besi.
  • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyait inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormon : paras hormon tiroid rendah.
  • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel daah merah : keadaan seperti talasemia.
Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi
  • Talasemia.
Simptom / Gejala
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizakal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
Komplikasi

Anemia yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung dengan funsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.

Rawatan

Pemeriksaan hemoglobin untuk menentukan sama ada anda menghidapi anemia atau tidak boleh dilakukan di klinik. Rawatan bergantung kepada jenis anemia  yang dihadapi:
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia atau leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan pleh kekuranga zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil suplemen zat besi.
TIPS KESIHATAN 

Pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.


No comments: