cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

21 May 2015

PENGUMPULAN TOKSIN DALAM BADAN PUNCA PENYAKIT

Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor  utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia. Pendek kata, toksin atau racun menjadi faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit.

Apa itu Toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencamaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.


Manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, perasa tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadinya toksin dalam badan.

Tanda-Tanda Toksin Dalam Badan

  • sering keletihan, berasa lesu dan tidak bertenaga
  • daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  • emosi yang bercelaru, kemurungan
  • tidur tidak berkualiti, insomnia
  • sembelit, atau cirit-birit yang kerap
  • masalah kulit; jerawat, akne, ekzama, psoriasis
  • kulit yang pudar dan tidak bermaya
  • rasa gatal, alahan, ekzema
  • radang pada kulit
  • kuku dan rambut yang rapuh
  • badan dan nafas berbau
  • sakit kepala yang kerap dan berulang
  • sakit leher, bahu, sendi dan otot
  • peredaran darah yang lemah
Jom kita periksa diri kita sama ada kita mempunyai masalah kesihatan seperti diatas. Sekiranya ya, jom amalkan pemakanan yang sihat dan melakukan detoks untuk bersihkan dan singkirkan toksin dalam badan kita.

No comments: