cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

20 Mar 2013

MANFAAT GARAM BUKIT UNTUK KECANTIKAN


Ia berasal daripada sumber alam semula jadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur Negara Pakistan.

Garam bukit wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran. Amat menakjubkan, garam bukit asli mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh manusia. Antaranya jidrogen, karbon, nitrogen , oksigen, sodium, magnesium, aluminium dan kalsium.

Menurut pengarang buku Water & Salt, The Essence Oh Life, Dr Barbara Hendel, cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulu kala yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu sehingga garam bukit terjadi.

Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi. Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya.  Mengikut maklumat yang diperoleh garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geomatrik pernah ditemui. Antara warna yang biasa didapati adalah putih, merah jambu dan oren kemerahan-merahan. Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian.

Antara khasiat garam bukit:

·       Meningkatkan aura dan potensi diri
·       Membantu masalah jerawat
·       Dikatakan mampu menghilangkan parut
·       Membuang toksin dalam badan
·       Menanggalkan sel kulit mati
·       Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan
·       Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi
·       Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit
·       Ia sesuai untuk semua lapisan umur dan tidak mempunyai kesan sampingan

Malah suatu ketika dahulu, garam bukit dikenali sebagai ‘raja garam’ atau ‘emas putih’ kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya. Begitulah tingginya nilai garam bukit dalam kehidupan manusia.

Garam bukit dijadikan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Kesemua produk ini digunakan secara meluas da spa untuk merawat tubuh dan wajah. Aantara yang popular:

·       Sabun – sabun garam bukit digunakan di spa untuk membersih dan membantu merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan alahan.
·       Skrub – dapat membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
·       Rendaman kaki – dapat melancarkan perjalanan darah dan membuang toksin dalam masa yang sama dapat meredakan tekanan.
·       Lampu garam – untuk member ketenangan dan sebagai terapi. Energy yang yang terdapat pada garam ini mewujudkan persekitaran yang positif.
·       Mandian – diapercayai dapat menaikkan seri wajah dan mebunuh bacteria.

Sumber MWmac2013

Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalau nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234

No comments: