cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Mar 2013

RECOMMENDED DAILY ALLOWANCE ( RDA )


Pada tahun 1943, di Amarika Syarikat diterbitkan RDA edisi pertama. RDA digunakan sebagai garis panduan bagi merancang dan menilai diet serta bekalan makanan bagi kumpulan populasi dan setiap individu di Amerika Syarikat.

RDA di Malaysia diubah suai berpandukan RDA Food and Agriculture Organisation (FAO) dan World Health Organisation (WHO). Namun begitu, peruntukan  diet yang disarankan adalah lebih rendah kerana saiz badan penduduk Malaysia secara puratanya lebih kecil berbandin dengan penduduk negara  Barat.

Pengetahuan ini membolehkan individu merancang keperluan diet, seterusnya  mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Di Malaysia, panduan bagi merancang dan menilai diet dikenali sebagai RNI ( Recommended Nutrient Intakes ).

Takrifan RDA

RDA ialah tahap pengambilan nutrient harian yang mencukupi bagi menampung keperluan sekumpulan individu yang sihat atau ibu mengandung serta ibu yang menyusukan anak dalam jangka masa yang ditetapkan berdasarkan umur, jantina, dan berat badan.
RDA berfungsi sebagai :
·        Alat pengukur bagi menilai kualiti sesuatu bahan makanan berdasarkan ketumpatan nutrien dalam makanan itu dan kaitannya dengan kesihatan.
·        Bahan rujukan bagi individu dan pakar pemakanan semasa merancang menu harian.
·        Panduan kepada penggubal polisi dalam bidang pemakanan dan pertanian bagi menjamin bekalan makanan penduduk Negara mencukupi.
·        Panduan kepada industry makanan membuat label, iaitu memberikan maklumat makanan pada bungkusan makanan produk mereka.

 

 

 

No comments: