cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

5 Mar 2013

KENAPA TUBUH MEMERLUKAN KALSIUM?


Kalsium adalah mineral yang penting di dalam badan dan hampir semua (99 %) kalsium badan terdapat dalam tulang. Bahagian lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular, dan tisu lembut turut mengandungi kalsium. Semakin remaja itu akhir baligh keperluan kalsium juga meningkat. 

Kalsium amat penting dan dan keperluannya semasa pertumbuhan pesa pembesaran, malah kalsium diperlukan dalam pembesaran bagi mencapai jisim tulang yang baik.

Kalsium dapat diperoleh daripada sumber seperti susu dan prosuk tenusu, dadih, keju, sayur-sayuran, brokoli, bayam daun lobak putih, kuning telur, bijirin, ikan sardin, ikan bilis dan ikan salmon.

Kalsium diperlukan bagi membina struktur tulang dan gigi serta fungsi saraf dan otot. Kalsium juga perlu bagi pembekuan darah. Kalsium diperlukan dalam pengecutan otot dan koordinasi sistem saraf. Kalsium  juga berperanan menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh bagi menukarkan makanan kepada tenaga.


Pengambilan yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah, serta kehilangan kalsium dapat mengurangkan pemendapan mineral pada tulang. Kekurangan kalsium yang teruk akibat pengambilannya yang tidak mencukupi serta penyerapannya yang tidak baik adalah punca berlakunya kekurangan jisim tulang dan osteoporosis. Penyakit lain disebabkan kekurangan kalsium adalah riket ( sejenis penakit tulang ) pada kanak-kanak dan osteomalasia (tulang lembut ).

Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234

No comments: