cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

27 Jul 2015

JERAWAT BELAKANG BADAN BUATKAN KULIT NAMPAK HODOH

Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel-sel kulit yang telah mati menyumbat liang-liang kulit. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih atau bintik hitam (jerawat ringan ), jerawat dengan bintik putih atau bintik hitam (jerawat sederhana ) dan bengkak yang dalam menyekitkan di bahagian bawah kulit , sama ada bernanah atau tidak ( jerawat yang teruk).


Kebiasaannya jerawat terjadi apabila minyak dan sel-sel yang mati tersumbat di liang kulit. Keadaan akan menjadi teruk apabila kuman dan bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini. Ia akan menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakan orang yang mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh kerana perubahan hormon.

Biasanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Kulit mereka akan menjadi lebih berminyak. Disamping itu, terdapat beberapa kajian perubatan, keadaan jerawat juga boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah seorang ibu bapa mempunyai jerawat, kebarangkalian untuk anda mempunyai jerawat juga lebih tinggi.

Ada juga jerawat tumbuh kerana penggunaan bahan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit. Pencuci muka yang berasaskan minyak juga akan menyebabkan jerawat ini terjadi.

Jerawat di belakang badan turut terjadi kerana faktor yang sama iaitu kelenjar minyak yang aktif di belakang badan menimbulkan kesan jerawat ini.

JENIS JERAWAT

Jenis-jenis jerawat terdapat dalam pelbagai jenis dan mengikut  peringkat, antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.

Whitehead adalah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit. Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasukkan kuman atau bakteria. Ia kelihatan seakan-akan warna kulit. Kita melihatnya sebagai bonjolan sedikit. Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.

Manakala jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka. Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan jerawat jenis ini berwarna kehitaman.

Jerawat jenis papules pula ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan atau kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah. Ia berwarna merah agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.

Pustules pula jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah. Pustules terjadi akibat daripada jangkitan bakteria.

Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. Oleh itu aspek penjagaan dan pembersihan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat.


Rimas dengan jerawat yang ada? Jom amalkan set jerawat / set kecantikan kulit shaklee.


Sekiranya anda perasan dalam setiap bahan kecantikan yang ada dipasaran pasti ada tambahan tiga jenis vitamin ini iaitu vitamin B, vitamin C dan vitamin E.

Penggunaan bahan kosmetik hanya luaran sahaja..Bagaimana dengan dalaman? Kombinasi Vitamin B dan vitamin C adalah untuk pembinaan kolagen dan mencerahkan kulit. Tambahan dengan vitamin E yang kaya dengan antioksida membantu meremajakan kulit dan mengelakkan kedut.



No comments: