cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Jul 2015

9 KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN

Kajian menunjukkan kira-kira 60 oeratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif ( pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan dan kehendak pasangan tersebut.

Pemilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

1 Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil yang berada di pasaran mengandungi hormon estrogen dan progestin atau hanya mengandungi hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pekvis dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung.

2 Suntikan Progentin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progesteron. Bgi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3 peratus (tiga dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun pertama.


3 Implan 'Norplant'

Implan Norplant adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1 peratus ( 1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

4 Alat Instrauterin (IUD)

alat berbentuk 'T' di masukkan ke dalam uterus oleh doktor. ia adalah alat yang fleksibel. Terdapat dua jenis IUD:

  • paragard Copper T 380A yang mengandungi tahap kehamilan selama 10 tahun.
  • progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
dianggarkan tiga hingga lima peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahu yang pertama.

5 Span ( Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida  dan bertindak menghalang dan membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan hubungan seks.

6 Diaphragm

saiz diaphragm boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. ia bertindak menghalang sperma daripada memasukit uterus. Spermisida digunakan bersama diaphragm untuk membunuh sperma enam jam. Dianggarkan sebanyak enam peratus kemilan aka berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7 Penghalang Serviks

Ia hampir serupa dengan diaphragm yang boleh diubah saiz mengikut individu. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Dianggarkan sebanyak sembilan peratus kehamilan akan berlaku jika digunakan dengan betul dan konsisten.

8 Spermisida Vagina

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencatkan pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain.

9 Keadah Semula Jadi

Pasangan yang memilih kaedah ini harus memastikan tempuh kesuburan wanita. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan hubungan seks pada hari-hari yang dikatakan subur. Kaedah ini mengganggarkan perubahan mukus mambran serviks dan suhu badan. 

No comments: