cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Jul 2015

KURMA MAKANAN PALING SEMPURNA TERUTAMA KETIKA BERPUASA

Mengapa kurma sangat penting ketika bulan puasa berbanding buah-buahan lain? ini kerana khasiat dan kelebihan yang dimiliki. Malah sari sudut sains juga sudah diakui terutamanya daripada aspek kandungan gulanya sangat tinggi iaitu sehingga 63 peratus, majoritinya glukosa.

kesannya, kurma mudah dihadamkan dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu perut bersedia untuk menerima makanan selepas seharian berpuasa yang mana sekaligus membantu ketidakhadaman.

Kurma juga mengandungi protein sekitar 2.5 peratus, serat 8 peratus, lemak 0.4 peratus dan mineral lain seperti zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, C dan niasin.

FAKTA MENGENAI KURMA

  • Perkataan date berasal daripada istilah Greek - daktylos, bermakna jari. 
  • Satu cawan kurma mengandungi 400 kalori, 27 peratus daripada keperluan kalium dan 48 peratus keperluan serat yang dicadangkan dalam sehari.
  • Turut mengandungi kalsium, zink, zat besi, kuprum, magnasium dan lain-lain mineral yang membantu menurunkan tekanan darah, strok dan komplikasi sewaktu melahirkan.
  • Kaya dengan antioksidan dikenali sebagai polifenol yang menentang radikal bebas.
  • Di Timur Tengah, pokok kurma disebut juga sebagai 'pohon kehidupan' kerana pelbagai kegunaan.
  • Dianggarkan ditanam lebih 8000 tahun dahulu di Iraq sekarang.
  • Sekitar tiga peratus permukaan bumi ditanam dengan pokok kurma, menghasilkan empat juta tan kurma setahun.
  • Medjool merupakan varieti kurma yang paling mahal disebabkan sukar ditanam, bersaiz besar dan memiliki isi seperti karamel.
  • Biarpun tinggi gula (93 gram percawan), kebanyakan varieti kurma mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
MANFAAT LAIN PENGAMBILAN KURMA DALAM DIET HARIAN

Kaya Dengan Serat Dan Kalium
Kurma sebaiknya dimakan tanpa membuang kulitnya kerana di bahagian kulitnya terdapat banyak serat sama ada serat terlarut dan tidak larut. Dalam 100 g kurma terdapat 8 g serat sedangkan dalam 100 g pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja. Ia juga kaya dengan kalium dan beberapa zat galian yang lain.

Kalium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam.

Kalium juga membantu dalam mencegah cirit birit, membantu sistem saraf dan meransang kecergasan otak serta melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan serangan strok.

Memberi Kesihatan Dan Kekuatan Tulang
Kandungan mineral yang terdapat dalam kurma menjadikan buah ini salah satu super food dalam menguatkan tulang dan menentang penyakit osteoporosis. Kandungan selenium, magan, kuprum dan magnasium yang terdapat dalam kurma membantu pertumbuhan tulang agar kuat.

Mencegah Sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Jadi untuk mengelakkan daripada ia berlaku eloklah mengambil kurma. Malah ia dianggap sebagai pengganti julap dan sering diambil oleh mereka yang menghidap sembelit
Untuk mendapatkan hasil yang maksimum anda boleh rendam beberapai biji kurma di dalam air semalamam dan makan keesokan harinya. Kandungan serat yang tinggi mambantu memudahkan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit.

Mencegah Anemia
Kandungan zat besi di dalam kurma menjadikan ia suplemen terbaik bagi mereka yang mengidap anemia. Ia membantu memberi keseimbangan kadar zat besi buat pesakit sekaligus meningkatkan kadar tenaga.

Meningkatkan Tenaga Batin
Kajian telah menunjukkan kurma sangat bermanfaat untuk menigkatkan kadar stamina. Hanya dengan rendam segenggam kurma bersama susu kambing segar semalaman dan kisar bersama serbuk pelaga dan madu ia berupaya menjadi tonik yang berkuasa menigkatkan kadar stamina dan daya tahan seksual.

Sekarang tidak susah untuk mendapatkan Kurma. Jom kita jadikan kurma sebagai satu amalan pemakanan sunnah yang sihat dalam diet seharian.

No comments: