cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Mar 2016

DEHIDRASI ! APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Cuaca yang panas sekarang ini menyebabkan rasa haus dan kering tekak membuatkan diri kerap minum air yang banyak. Itu adalah perkara yang baik. Jangan bertahan jika berasa dahaga. Ini boleh menyebabkan badan kehilangan air, seterusnya boleh mengundang kepada bahaya.

DEHIDRASI ialah kehilangan air dan garam yang berlebihan dari badan. Kehilangan cecair badan dan bahan elektrolit yang terdiri dari garam akan mengganggu sistem tubuh manusia untuk berfungsi dengan sempurna menyebabkan gejala dehidrasi atau kekeringan dalam badan.

Antara tanda-tanda yang boleh anda ketahui bahawa anda mengalami dehidrasi ialah:
♡ Mulut dan lidah kering
♡ Dahaga
♡ Kurang pengeluaran air kencing dan berwarna kuning pekat
♡ Pengsan disebabkan tekanan darah yang rendah
♡ Kelesuan dan tidak bermaya
♡ Tidak berupaya untuk berpeluh
♡ Kekeliruan dan sawan
♡ Berat badan yang turun mendadak dan mata cengkung
♡ Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut
♡ Kekejangan di otot kaki dan lengan

Tanda-tanda dehidrasi yang serius adalah:
★ Denyutan jantung yang terlalu cepat
★ Nafas terlalu cepat
★ Tiada air mata keluar apabila menangis
★ Demam
★ Paling serius apabila seseorang tidak sedarkan diri

Seseorang itu boleh mengalami dehidrasi apabila:
☆ Demam tinggi dan berpanjangan
☆ Terdedah kepada keadaan persekitaran yang panas
☆ Muntah dan cirit birit
☆ Tidak berupaya untuk minum
☆ Luka terbakar yang besar di tubuh badan
☆ Melalui pernafasan yang cepat dan berterusan

Penyakit lain disebabkan dehidrasi:
★ Diabetis mellitus
★ Kegagalan buah pinggang
★ Pesakit jantung
★ Kegagalan kelenjar pituitary
★ Radang usus

JANGAN LUPA AIR
Pengambilan air yang banyak sangat membantu dalam mengawal dehidrasi. Malah untuk mengembalikan dan menambah cecair dan elektrolit ( garam dalam badan), anda perlu:
♥ Minuman sukan (isotonik)
♥ Mengambil larutan garam rehidrasi oral(ORS)
♥ Air nasi atau bubur sebagai rawatan rehidrasi awal

Makanan lain pulihkan dehidrasi
Selain air, terdapat juga makanan yang boleh membantu atau mungkin lebih baik daripada air kerana nilai gizinya yang tinggi. Beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil ketika dehidrasi adalah :

Tembikai
Ia mengandungi air sehingga 92%, kaya dengan vitamin C, beta karoten, likopen dan hanya mengandungi 8% gula.

Sup
Kadar airnya yang tinggi dan sup bening lebih baik berbanding jenis sup yang pekat.

Agar-agar
Mungkin anda menganggap pencuci mulut tetapi air adalah bahan utama agar-agar dan ia sumber yang baik kerana mengandungi kolagen.

Timun
Ia juga mengandungi banyak air untuk mengawal dehidrasi, kaya kalsium, magnasium, kalium dan natrium.

Saleri
Kadar airnya sangat tinggi berbanding dengan sayuran lain iaitu sehingga 96%.