cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

2 Sept 2014

Resepi : Ikan Bakar Balut Daun Kunyit

Assalamualaikum...

Setiap hari dok tengok menu masakan. Apa lagi yang belum cuba belum masak. Dah tak tau nak masak apa.

Bila tanya en. Suami ikan ni nak masak apa? Dia cakap masak jer la apa apa pun. Janji masak. Maka dengan itu saya buat jer ikan bakar. Malam hari makan ikan bakar. Janji sedap.

Senang jer buat nya. Ini lah menu semasa saya berpantang.


Ikan Bakar Balut Daun Kunyit

Bahan-bahan:

ikan - siap dibersihkan
2 ulas bawang merah
2 inci halia
Garam
Kunyit
Daun kunyit
(Bahan-bahan bergantung kepada kuantiti ikan yang digunakan)

Caranya:

Tumbuk bawang merah bersama halia, kemudian campurkan garam kunyit. Gaul rata pada ikan. Kemudian balut dengan daun kunyit.

Bila dah siap letakkan dalam kuali dengan api perlahan supaya ikan masak dengan elok.

Mudah dan senang untuk nikmati ikan bakar untuk hidangan makan malam dan menyelerakan.

No comments: