cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

27 Mar 2015

CARA MERAWAT SELSEMA TANPA SEBARANG UBAT

Assalamualaikum..

Selsema merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh semua orang. Ia adalah satu jangkitan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk, bersin atau dengan sentuhan lansung.

GEJALA DAN TANDA JANGKITAN
  • kerongkong kering dan sakit.
  • hidung berair.
  • batuk.
  • bersin.
  • hidung tersumbat.
  • sakit kepala.
  • demam yang ringan.
  • sakit badan.
  • mata berair.
LANGKAH PENCEGAHAN
  • makan makanan yang seimbang.
  • bersenam
  • jauhi tempat yang sesak.
  • jauhi individu yang menghidap selsema.
  • berpakaian bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
  • tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila sedang bersin.
  • basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan makanan.
  • rawatan untuk selsema.
  • tidur secukupnya.
  • ambil buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah oren.
  • minum lebih banyak air suam.
PETUA TRADISIONAL RAWAT SELSEMA


  • Ambil beberapa helai daun sirih dan cuci bersih. Tumbuk atau hancurkan daun sirih untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya. Ramuan tersebut dapat melegakan selsema dan melancarkan pernafasan.


  • Perah sebiji limau nipis ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula. Kacau dan minum campuran tersebut.


  • Calitkan sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.


  • Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.


  • Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam.

MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU MELAWAN SELSEMA

KUNYIT - Kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda ia dapat membantu melegakan selsema.

IKAN - Ikan seperti tuna,salmon dan ikan kembung amat kaya dengan asid lemak Omega-3, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selsema jika anda mempunyai keradangan kronik.

TIRAM - Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selsema biasa.

BERI BIRU - Beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam buah yang segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selsema.

Selain itu, pengambilan suplemen juga dapat membantu mengurangkan simptom-simptom dan masalah selsema.

NUTRIFERON

  • melindungi dari influenza, selsema
  • membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara.
  • berkesan melindungi virus mikrob seperti selsema, alergi, inflamasi dan influenza
  • bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya.
  • mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells dan Makrofag.
  • sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu.

Vitamin C
  • Dapat membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi lebih baik, 
  • membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, 
  • mampu menyingkatkan serta mengurangkan simptom selsema 
  • menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel badan.
  • amalkan setiap hari untuk menguatkan sistem imun.


Bawang Putih
  • tambah dalam masakan kerana ia berfungsi sebagai antibiotik. Suplemen Garlic  berguna sebagai antibiotik semulajadi.


untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk boleh menghubungi Pn Sara ditalian 
sms / call / WhatsApp 01131737525




24 Mar 2015

KEKURANGAN THIAMINE (VITAMIN B1) BOLEH MENYEBABKAN SAKIT OTOT SELEPAS BERSUKAN

Assalamualaikum..

Thiamine adalah sejenis vitamin B yang penting kepada tubuh manusia. kekurangan Thiamin ( Vitamin B1) boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah terutama ketika selepas bersukan. Tabiat dan pemakanan yang tidak sesuai dan seimbang boleh menyebabkan berlaku kepada kekurangan Vitamin B1.

Fungsi  vitamin B1

  • Membolehkan tubuh memproses dan menggunakan karbohidrat, lemak danprotein.
  • Membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat
  • Memelihara fungsi jantung yang normal dan sihat.
  • Membolehkan setiap sel-sel dalam tubuh membentuk ATP (tenaga).
  • Membantu pertumbuhan sel dalam otak.
  • Meningkatkan pergerakan usus dan membantu menghasilkan air kencing.
  • Memastikan sel darah merah yang mencukupi untuk mencegah anemia.
  • Meningkatkan stamina dan menghalang kelesuan otak.
  • Mampu mengawal tahap kerosakan sel yang disebabkan oleh logam berat.
  • Menjadi sokongan dan meningkatkan kadar metabolisma ( untuk mencegah obesiti ).
  • Membantu mengekalkan kulit dan rambut yang sihat.
  • meningkatkan fungsi imunisasi tubuh.
  • Membantu mengurangkan risiko kanser pankreas.
Kekurangan Vitamin B1

Kekurangan vitamin B1 boleh diakibatkan oleh kekurangan nutrisi, kurang pengambilan diet kaya vitamin B1 dan / atau terlalu banyak mengambil makanan berfaktor anti-thiamine (seperti teh, kopi,dan buah pinang),

Kekurangan vitamin B1 juga boleh dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti ketagihan alkohol, pemyakit gastrousus, AIDS, dan muntah-muntah yang berterusan. individu yang menghidap diabetes juga dikatakan mengalami kekurangan vitamin B1 dan akan menyebabkan komplikasi lain.

Sindrom lain yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 termasuklah penyakit Beri-beri, Sindrom Wernicke Korsakoff dan neiropati optik. 

Tanda lain yang menunjukkan kekurangan Vitamin B1
  • Kurang selera makan
  • Rasa kebas, terutamanya pada bahagian kai.
  • Otot lembut, terutamanya pada otot betis.
Siapa Perlukan Vitamin B1?

Vitamin B1 diambil oleh individu yang menghidap penyakit beri-beri dan radang saraf di luar otak (peripheral neuritis) yang berkaitan dengan kehamilan atau penyakit kekurangan vitamin yang dipanggil pellagra.

Vitamin B1 juga digunakan untuk merawat kencing manis, penyakit jantung, ketagihan alkohol, penuaan, sejenis kerosakan otak yang dipanggil cerebellar syndrom, canker sores (sejenis penyakit kulat), masalah penglihatan seperti katarak dan glaucoma, mabuk (motion sickness) dan memperbaiki prestasi atlet.

Kebaikan Vitamin B1
  • mencegah kanser serviks
  • membantu mencegah penyakit buah pinggang bagi pesakit kencing manis tahap dua.
  • mengawal tekanan mental
  • meningkatkan kemahiran belajar
  • meningkatkan tenaga
  • melawan stress
  • mencegah kehilangan memori termasuk alzheimer.
Sumber Vitamin B1

Vitamin B1 banyak ditemui dalam pelbagai jenis makanan dalam konsentrasi yang rendah. sumber kaya vitamin B1 ialah yis dan ekstrak yis. Bijirin adalah sumber vitamin B1 yang paling penting. Vitamin B1 banyak terdapat dalam lapisan luar bijirin berbanding bahagian dalam.

Makanan lain yang kaya dengan  vitamin B1 adalah oat, biji bunga matahari dan biji flax, beras perang, whole grain rye, asparagus, kale, bunga kobis, ubi kentang, oren, hati (lembu dan ayam) serta telur.

Shaklee B Complex

Pengambilan vitamin B setiap hari adalah perlu kerana vitamin B bersifat larut air dan tidak kekal di dalam badan. Lebihan vitamin B yang tidak diperlukan oleh badan akan dikeluarkan melaui urin ( air kencing ).

Shaklee B Complex  mengandungi 8 jenis vitamin B dalam satu tablet kecil. Satu tablet vitamin B Complex telah siap sedia dengan jumlah peratusan  vitamin b yang perlu diambil setiap hari.

Satu botol mengandungi 120 biji vitamin B Complex dengan harga RM 53.75 sebotol. Ambil setiap hari selama 4 bulan bagi setiap botol.

untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk anda boleh menghubungi saya PN. SARA

sms / call / WhatsApp 01131737525

23 Mar 2015

AMALAN PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG PULIHKAN BADAN DENGAN CEPAT

Assalamualaikum..

Berpantang adalah tempoh pemulihan dengan pelbagai rawatan yang perlu dilakukan supaya badan kembali segar. Keperluan ini penting kerana semasa hamil keseimbangan hormon badan telah terganggu. Antara aspek rawatan dalam tempoh berpantang  ialah amalan pemakanan berpantang.

Waktu Makan
Pada minggu pertama, digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Makan tepat pada waktunya bagi mengelakkan perut masuk angin. Makan nasi ketika masih panas dalam kadar sederhana. makan sedikit-sedikit tetapi kerap.

Pada minggu ke dua dan seterusnya sudah boleh makan makanan yang berkuah seperti sup sayur dan sup ikan dan juga buah-buahan supaya mendapat makanan berkhasiat.

Makanan yang dilarang adalah bersifat sejuk, berangin,gatal dan berbisa, berlemak dan berminyak. Minuman berais juga tidak dibenarkan.

Elakkan Makanan Berlemak
Apa yang di makan akan memberi impak kepada tubuh. Pastikan jumlah makanan yang diambil terkawal supaya tidak menjejaskan berat badan. Anda digalakkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman dan menggunakan pelbagai jenis rempah  satus.

Minum Air
Pengambilan air semasa pantang tidak dibenarkan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Keadaan ini akan membuatkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan proses pengecutan rahim dan faraj longgar.

Air mestilah diambil tetap dan kerap dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air amat penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan.

membuang angin
Lazimnya selepas bersalin, badan akan berangin dan perlu diurut. Selain halia, sayuran sawi dikatakan dapat membuang angin. Seelok-eloknya sayur-sayuran ini dimasak terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.

Anti Oksida
Semasa dalam pantang, toksin dalam badan juga perlu dibuang supaya badan kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah cekur, pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia.

Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida dengan mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A,C, dan E.

Proses Penghadaman
Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia adalah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai 'panas' dan 'kering'. Pengambilan halia semasa berpantang adalah digalakkan untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.

Masalah Keletihan Dan Kemurungan
Keletihan, tidak cukup tidur, kemurungan akibat masalah fizikal adalah perkara yang mungkin dialami selepas bersalin.

Pengambilan daun pegaga adalah antara ulam-ulaman yang dimakan semasa berpantang. Daunnya disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan  dan menambahkan ningatan.

Sumber Tenaga
Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan, amalan meminum air rebusan seperti serai(dititik), halia, kulit  kayu manis dan lada hitam dapat mengembalikan tenaga tubuh. Pengambilan air rebusan ini setiap pagi dan malam adalah untuk memastikan badan kembali bertenaga.

Kecutkan Rahim
Amalan memakan kunyit hidup bersama nasi panas selama 40 hari mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Penyembuhan 
Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat dan banyak mengandungi vitamin C untuk penyembuhan luka-luka dan juga kepada kesihatan.

Elakkan makan makanan yang menjalar, sejuk, angin seperti kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung.  Tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak merupakan antara makanan yang sejuk dan tajam. Dilarang makan makan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.

Ikan Segar
Selain pemakanan ulaman, dan herba, pemilihan ikan segar juga perlu betul. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untk dimakan semasa berpantang. Ikan segar dan tidak gatal antaranya ikan haruan, sardin dan selar.

Ikan haruan amat digalakkan terutama bersalin secara pembedahan. Elakkan mengambil ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya, kebarangkalian anda akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.

Jika kita mengamalkan pemakanan  yang betul semasa dan selepas berpantang beserta pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, pasti badan kita akan berasa segar, sihat, bertenaga dan yang penting sekali kulit menjadi cantik.


21 Mar 2015

URUTAN SEMASA BERPANTANG KEMBALIKAN TENAGA DAN SERI KEPADA TUBUH

Assalamualaikum...

Lazimnya selepas melahirkan anak, badan akan lemah dan lesu. Ketika ini lah masanya untuk memulihkan kembali tenaga. Tempoh ini dikenali sebagai waktu untuk memulihkan diri atau waktu berpantang.

Namun bagi yang baru pertama kali bergelar ibu sudah tentu berdebar untuk melalui pe;bagai amalan semasa berpantang. Yang pasti ikuti amalan berpantang dengan cara yang betul supaya kembali bertenaga dan berseri.

Kesan urutan

Pada hari pertama,badan akan berasa sedikit sakit setelah urutan dilakukan. Rasa sakit disebabkan urat masih tegang. Anda atau tukang urut pasti akan sendawa ( tanda angin keluar daripada badan).

Hari kedua, rasa sakit semakin kurang selepas urutan tetapi anda akan lega dan angin dalam badan semakin kurang.

Hari ketiga, urutan tidak lagi sakit dan anda tidak sendawa ;agi. badan berasa 'ringan' dan selesa.

Kenapa Perlu Urutan?

terdapat banyak faedah urutan selepas bersalin, namun yang penting anda perlu tahu ialah

  • untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh
  • mengeluarkan darah kotor
  • keluarkan angin dalam badan
  • mengecutkan rahim
  • segarkan badan. 
Apa Perlu Dilakukan Sebelum Diurut?

  • pastikan sebelum tukang urut datang mengikut masa yang ditetapkan anda telah menyusukan bayi sehingga kenyang.
  • anda sudah mandi terlebih dahulu. jika belum setengah jam atau satu jam selepas urutan baru boleh mandi.
  • makan awal 1 jam sebelum urutan.

Urut Untuk Banyakkan Susu Ibu?

Semasa urutan pantang dilakukan pastikan juga bahagian payu dara anda diurut. Namun itu bukan menjamin susu anda banyak. Hakikatnya urutan dilakukan hanya untuk meransang sel-sel susu. Apa yang penting dalam tempoh berpantang anda perlu makan mkanaan penambah susu ibu serta kerap menyusu bayi bagi meransang susu ibu semakin banyak.

Tungku 44 Hari?

Bagi mereka yang bersalin secara normal boleh melakukan tungku selama 44 hari sama ada dilakukan sendiri atau mengurah tukang urut untuk melakukannya. Boleh dilakukan waktu pagi dan petang selama 15 minit setiap waktu.

Tujuan untuk mengempiskan perut kembali. Ini kerana selama sembilan bulan perut kembang, jadi perlu kecutkan rahim dan keluarkan darah ditepi-tepi dinding rahim untuk perut kembali kempis. Pada masa yang sama, jangan lupa pakai sapu param (atau limau nipis serta kapur makan) pada bahagian perut semasa memakai benkung.

20 Mar 2015

VITAMIN BANTU TINGKATKAN SISTEM IMUNITI SI MANJA DAN MEMBESAR DENGAN SIHAT

Assalamualaikum...

Bila berlakunya perubahan cuaca  mulalah anak-anak terkena selsema, demam, batuk, muntah-muntah sehinggalah cirit birit. Apakah ini disebabkan antibodi anak lemah?

Kanak-kanak pada usia tiga hingga empat tahun sedang membina sistem kekebalan tubuh. Oleh sebab itu, pada usia ini antibodi anak-anak tidak sekuat orang dewasa. ia berkembang  dan perlu menentang banyak penyakit untuk menjadikan antibodi tersebut kuat.

Apakah Antibodi?

Antibodi melawan penyakit. Antibodi ialah berasal daripada bahasa latin “Anti” yang bererti “melawan” dan “Bodiq” yang bererti “Tubuh”. Pengertian antibodi adalah suatu zat yang dibentuk oleh tubuh yang berasal daripada protein darah jenis gama-globulin yang diubahnya untuk melawan zat antigen (zat asing) yang masuk ke dalam tubuh.

Di dalam tubuh terdapat beberapa jenis antibody seperti:
·        Opsonin iaitu antibodi yang bersifat meransang serangan leukosit terjadan antigen atau kuman.
·        Lisin adalah antibodi yang bersifat menghancurkan antigen atau kuman.
·        Presipirin adalah antibodi yang bersifat mengendapkan antigen dan kuman.
·        Agglutinin pula ialah antibodi yang bersifat menggumpalkan antigen, aglutinogen atau kuman.
Sistem imuniti si manja terdiri daripada protein, organ dan sel darah putih yang dipanggil leukosit yang saling bekerja memerangi penyakit dan jangkitan pada si manja. Menurut AskDrSears.com, kebanyakan si kecil mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah kerana diet yang tidak seimbang. Diet yang kaya dengan gula akan menngurangkan keberkesanan sel darah putih dalam sebanyak 40%. Selain itu, amalan pemakanan yang tinggi lemak mengurangkan penghasilan sel darah putih dan antibody.

Vitamin yang diperlukan untuk tingkatkan sistem imuniti kanak-kanak

Vitamin C
Makanan yang kaya vitamin C mampu menguatkan keimunan tubuh dengan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi untuk memerangi kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit.

Kuatkan antibodi si kecil dengan pengambilan sekurang-kurangnya enam hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah sitrus, betik, mangga, kiwi, brokoli, lada benggala, tomato dan ubi kentang.

Vitamin E
Vitamin E berupaya meransang sel untuk menghapuskan kuman seperti sel-B yang menghasilkan antibodi melawan bakteria. Antara makanan kaya vitamin E ialah kekacang, biji bunga matahari, minyak sayuran, bijirin penuh, zaitun, legume, asparagus, bayam, beras perang, telur, minyak dan daging.

Zat besi
Makanan kaya zat besi meningkatkan penghasilan sel darah putih. Ia juga meningkatkan produksi sel-T yang membantu sel darah putih mengeluarkan lebih banyak antibodi. Zat besi diperlukan untuk melawan infeksi dan menyembuhkan luka. Bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi adalah sumber yang sesuai dengan si kecil. Selain itu, antara makanan lain ialah ketam, daging lembu, kuning telur, badan, susu, tairu dan coklat gelap.

Omega-3
Melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh reaksi berlebihan. Omega-3 meningkatkan aktiviti sel darah putih yang menghapuskan bakteria. Omega-3 boleh didapati dalam ikan yang berlemak seperti salmon, tuna dan ikan kembung.

Kita sebagi ibu bapa harus mengambil berat terhadap pemakanan dan makanan yang diambil oleh anak setiap hari supaya si manja membesar dengan sihat dan kurang berisiko untuk mendapat sesuatu penyakit.




19 Mar 2015

KURUS LANSING LEPAS BERSALIN TANPA MENYUSUTKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum semua..

Bila mengandung banyak perubahan berlaku terutama badan si ibu. Harus diingat bahawa semasa hamil ia merupakan satu-satunya masa akan berlaku pertambahan berat badan.

Secara kasar pertambahan berat badan keseluruhan bagi seorang ibu yang mempunyai berat badan ideal atau normal semasa hamil dijangka naik 28 paun atau 12 ke 13 kg.

Pertambahan sebanyak 20 peratus daripada berat badan yang ideal. Pertambahan berat ini dikira berdasarkan anggaran berat bayi, uri, air ketuban dan rahim yang membesar.

Selain itu, ia juga merangkumi pembesaran buah dada, peryambahan cairan dalam badan, darah serta lemak semasa hamil.

Orang kata lepas bersalin boleh kurus balik. Namun, ada ibu-ibu yang lepas bersalin badan maintain macam hamil lagi. Dengan lemak yang banya di bahagian perut dan paha.

Jika mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan semua nutrien yang ada untuk digunakan oleh bayi untuk membesar dan berkembang.

Tetapi jika tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan seimbang sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama.

Itu dulu, sekarang tidak lagi. Pelbagai jenis produk dipasaran untuk ibu berpantang kurus dengan cepat. Pilihan saya tentulah dengan Shaklee.

Kenapa Shaklee?

Shaklee menyediakan vitamin penting membantu ibu-ibu baru bersalin kekal CERGAS + BERTENAGA + SUSU BADAN MERIAH + LUKA CEPAT SEMBUH + CEPAT LANSING sepanjang tempoh berpantang.

Set Berpantang Shaklee
Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 vitamin utama iaitu Vitamin B complex, Vitamin C, Multivitamin ( Vitalea ) dan Zinc complex.

Kepentingan pengambilan Vitamin ini sewaktu berpantang.

1. B Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

2. Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu, sel yang rosak akibat bersalin.

3. Multivitamin with Iron ( Vitalea ) : multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperoleh sewaktu dalam pantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan. Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

4. Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur.  Zinc Complex adalah yang terbaik terutama bagi mereka yang tidak makan ikan haruan.

Set penyusuan asas
Set penyusuan paling asas adalah ESP ( Enegizing Soy Protein ) dan Alfalfa.  Kedua-dua nya adalah milkbooster yang membantu memperbanyakkan susu.

Antara kebaikan esp adalah

1. ESP memberi tenaga segera dan meningkatkan sistem imun tubuh, badan semakin sihat dan kurang berasa letih
2. ESP memberi rasa kenyang dan membantu penurunan berat badan
3. Mengembalikan keanjalan kulit wajah, tubuh dan juga tidak ketinggalan payudara semakin mantap
4. Menjadikan kulit halus dan cantik serta memudarkan parut jerawat. Protein membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
5. ESP milkbooster terbaik membantu penghasilan susu badan dengan cepat
6. ESP memberi rasa susu badan yang lebih pekat dan berkrim. Kesannya bayi cepat kenyang dan tidur lebih lana.

Selain milkbooster Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas dan detoks yang membantu melawaskan sistem pencernaan dan membuang toksin dalam badan. Alfalfa turut membatu masalah keputihan serta bertindak sebagai perapat dalam hubungan suami isteri.

set kurus

terdiri daripada ESP , Alfalfa dan Lecithin

1. ESP : memberi rasa kenyang dan bertenaga serta mampu membakar 35% kalori.

2. Alfalfa : bertindak sebagai detoks dan pelawas.

3. Lechitin : membakar lemak berlebihan di dalam tubuh.

secara ringkasnya set berpantang + set menyusu + set kurus mengandungi suplemen berikut

1. Vitalea( multivitamin )
2. Vitamin B Complex
3. Vitamin C
4. Zinc Complex
5. ESP
6. Alfalfa
7. Lecithin

jom tengok satu video ini bagai mana menjadi kurus lansing selepas bersalin dan susu badan makin meriah.




Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian vitamin Shaklee dari saya anda boleh menghubungi

Sms/ call / WhatsApp 01131737525

16 Mar 2015

PENTINGNYA HORMON UNTUK KESIHATAN DAN JADIKAN KULIT LEBIH AWET MUDA

Assalamualaikum semua...

Masuk tahun 2015 usia dah jadi 30an. Masalah penuaan pun mula menghampiri. Disebabkan itu lah kena jaga kesihatan dan pemakanan supaya sentiasa kekal dan awet muda biarpun usia sudah meningkat.

Apabila usia meningkat, sistem imuniti juga turut merosot. Ini membuatkan orang tua mudah mendapat pelbagai penyakit dan mengalami kemerosotan sistem tubuh.

Kehilangan hormon biasanya membawa gangguan tenaga kepada manusia. Bayangkan dalam tubuh terdapat dua mesin. Satu mesin menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam kehidupan. Tenaga yang dihasilkan oleh mesin ini berasal daripada makanan yang dimakan. Jika anda berpuasa ia akan menghasilkan tenaga daripada simpanan lemak.

Sebuah mesin lagi menghasilkan lemak. Lemak juga dihasilkan daripada makananyang dimakan. Mesin menghasilkan lemak ini boleh menjadi terlalu laju dan kuat. Apa sahaja makanan yang ada akan diproses menjadi lemak. Mesin ini juga membuatkan lemak menjadi keras, kental dan tidak pecah.

Apabila mesin tenaga mengalami kerosakan, ia tidak mampu memproses tenaga. Segala makanan yang masuk diserahkan kepada mesin membuat lemak. Bayangkanlah fenomena begini berlaku dalam badan. Akibatnya tubuh akan menjadi gemuk dan keletihan.

Apa yang dimaksudkan dengan mesin tenaga adalah kelenjar hormon. Salah satu hormon yang bertanggungnjawab dalam proses ini adalah DHEA. Apa yang menariknya DHEA meningkatkan kadar metabolik dan ia boleh menjadi penyelesaian yang berpotensi untuk masalah lemak. Kesan tambahan DHEA pada seluruh badan dan proses menggunakan lemak dsn pengedaran lemak.

DHEA

Dehydroepiandrosterone (DHEA) adalah sejenis hormon steroid  yang dibuat oleh kelenjar adrenal pada lelaki dan perempuan. DHEA dapat diubah bentuknya dalam tubuh menjadi testosteron ( hormon seks lelaki yang premier ), estrogen ( hormon seks perempuan yang penting ) , atau steroid lain mengikut keperluannya.

Pada individu dewasa yang sihat, tahap DHEA menjadi paling tinggi pada usia kurang lebih 20 tahun, dan kemudian semakin menurun.

Fungsi DHEA

♥ Pembangunan imuniti tubuh yang kuat.
♥ Memperkuatkan otot
♥ Berperanan dalam pertumbuhan rambut dan bulu pada
     tubuh.
♥ Menambah tenaga
♥ Mengurangkan stress
♥ Memperkuatkan memori
♥ Membangkitkan linido (pada waniya ).
♥ Mengurangkan radang sendi.
♥ Mencegah kanser, kencing manis dan penyakit janting.

Gejala bila tubuh kekurangan DHEA

★ Kelihatan letih
★ Rambut kusam dan tidak bercahaya
★ Kulit menjadi kering
★ Timbunan lemak bertambah, terutama di pinggang dan paha
★ Pada wanita nafsu seks semakin menurun.

Pengambilan suplemen bantu mengatasi masalah berkitan hormon adalah Gamma Linolenik Acid (GLA ) Shaklee. GLA Shaklee juga membantu menstabilkan hormon estrogen dan juga vitamin kesuburan yang membantu wanita yang dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.


GLA Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA Shaklee ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing

Kebaikan GLA Shaklee

♡ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
♡ Meningkatkan kesuburan
♡ Melegakan PMS ( pre-menstuatation syndrome)
♡ Membantu dalam menangani monopous
♡ Menguatkan kuku dan rambut
♡ Menjadi kulit lebih sihat dan berseri-seri
♡ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
♡ Menguatkan imuniti badan
♡ Memperlahankan proses penuaan
♡ Mengurangkan "blood clot" yang menyebabkan serangan
     jantung
♡ Mengawal kencing manis
♡ Mengawal kolestrol
♡ Bagus untuk saraf

jom kita tengok satu video ni kisah seorang isteri yang kembali buat suaminya tersenyum lebar..


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.


Untuk mendapatkan GLA Shaklee dan produk shaklee sila hubungi saya maisarah sapian

Sms / call /  WhatsApp 01131737525


12 Mar 2015

SEMBELIT SEMASA BERPANTANG BUATKAN WANITA TAKUT NAK HAMIL LAGI

Sembelit merupakan antara masalah yang sering dialami oleh banyak orang terutama setelah usia meningkat. Ia terjadi apabila kekerapan membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan bentuknya tidak normal.

Namun sembelit sebenarnya dapat dicegah dengan mengamalkan 3d
-Diet, Drink, Do exercise

Atau dengan kata lain, diet tinggi serat, cairan dan aktiviti fizikal amat diperlukan agar najis boleh bergerak lancar.

Namun apabila gaya hidup sudah menjadi lebih baik dan berat badan stabil tetapi masalah sembelit masih lagi menghantui anda, ada baiknya jika anda cuba mengatasinya dengan pengambilan ubat-ubatan.

Tetapi jika masalah sembelit agak kronik( antara cirinya ialah najis mengandungi darah), anada dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana sembelit boleh juga menjadi petanda awal kanser usus.

Cerita pasal sembelit ini memang amat mengerikan apatah lagi bagi ibu yang baru lepas bersalin. Bagaikan satu mimpi ngeri bila sakit perut semasa berpantang.

Jom dengar apa kata Puan Khadeejah Hasmad berkaitan sembelit semasa berpantang.

 
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil suplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. Suplemen yang disarankan adalah suplemen yang mengandungi magnasium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.

Magnasium mengekalkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu sayu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus menolak makanan ke perut. Pengambilan suplemen ini perlu diserta dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk

1. Tidur malam lebih lama
2. Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan
3. Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas
4. Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda membuang pada keesokan harinya.


Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dari saya
Call / sms / WhatsApp 01131737525




10 Mar 2015

Kurang Vitamin A Punca Masalah Penglihatan

Assalamualaikum semua..

Vitamin A adalah satu kumpulan sebatian nutrisi organik yang tidak tepu, termasuklah retinol, retinal, retinoic acid dan beberapa provitamin A carotenoids, dimana beta-karoten adalah yang paling penting.

Vitamin A mempunyai pelbagaai fungsi dan ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan,  menjaga sistem iminusasi dan penglihatan yang baik.

Vitamin A boleh ditemui dalam dua bentuk asas dalam makanan iaitu preformed (retino) dan pro-vitamin (carotenes ).

FUNGSI

Vitamin A memainkan peranan dalam pelbagai fungsi dalam keseluruhan badan seperti:

☆ Penglihatan
☆ Transkripsi gen
☆ Fungsi imunisasi
☆ Perkembangan embrio dan reproduksi
☆ Metabolisma tulang
☆ Haematopoiesis
☆ Kesihatan kulit dan sel
☆ Aktiviti antioksidan

Peranan Vitamin A dalam penglihatan berkait dengan pembentukan retinol. Retinol menghasilkan pigmen dalam retina mata.

Kumpulan retinol, apabila bergabung dengan protein khusus, ia akan menjadi satu-satunya penyerap cahaya utama dalam daya penglihatan retina pada mata. Ia menggalakkan penglihatan yang baik terutamanya dalam cahaya yang malap ( low light ).

Kekurangan Vitamin A boleh berlaku sama ada dalam bentuk utama atau sekunder. Kekurangan Vitamin A berlaku kepada kanak-kanak dan individu dewasa yang tidak mengambil peduli jumlah provitamin A caratenoid yang diperlukan daripada sumbe4 makanan. Berhenti minum susu ibu terlalu awal juga menyumbang kepada berlaku nya kekurangan vitamin A.

Kekurangan Vitamin A sekunder berkait rapat dengan kurangnya penyerapan lipid( lemak ) yang kronik, produksi hempedu yang terjejas dan pendedahan terhadap oksidan kronik seperti asap rokok dan ketagihan arak yang kronik.

Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan masalah -masalah seperti berikut:

□ Kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit kerana kurang
    imunisasi tubuh.

□ Kanak-kanak yang menderita kekurangan Vitamin A apabila        diserang penyakit-penyakit lain akan meningkatkan risiko
   kematian.

□ Kekurangan Vitamin A dalam jangka masa yang lama akan
   mengakibatkan gangguan pada mata dan menyebabkan buta.

Sumber makanan kaya Vitamin A

Vitamin A datang daripada sumber haiwan seperti telur, daging,, susu, yang diperkuat (fortified milk), keju, krim, hati, minyak ikan kod, dan halibut. Sumber beta karoten termasuklah:

Buah-buahan yang berwarna kuning terang dan oren seoerti cantaloupe, limau gedang ( pink grapefruit ) dan aprikot.

Sayur-sayuran seperti lobak merah, labu, ubi keledek, dan winter squash. Juga terdapat dalam brokoli, bayam dan kebanyakan sayuran berdaun hujau gelap.

Cara terbaik untuk mendapatkan keperluan vitamin penting adalah dengan memakan pelbagai jebis buah-buahan, sayur-sayuran,  barangan tenusu yang diperkuat, lagume ( kekacang yang dikeringkan ), lentil dan gandum penuh.


9 Mar 2015

CANTIK SEMUDAH A,B,C,D & E

Assalamualaikum semua..

Kulit yang cantik dan mulus memang menjadi dambaan wanita. Namun bukan mudah untuk mendapatkannya mahupun memeliharanya.

Selain perlu menitikberatkan rutin penjagaan kulit wajah secara sistematik, pengambilan vitamin juga di sarankan untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit agar tidak kelihatan tua sebelum waktunya.

Vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit untuk kelihatan muda, sihat dan cantik adalah:

Vitamin A
Ia dikenali s3bagai antipenuaan. Vitamin A mampu menjaga keanjalan kulit, kedutan serta mencegah kekeringan. Ia juga memainkan peranan penting dalam membina tisu kulit selain meransang kolagen.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Dengan mengambil vitamin A secukupnya, mampu melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan pigmentasi.

Vitamin B
Vitamin B adalah vitamin larut dalam air. Ia setanding dengan vitamin yang lain untuk kecantikan serta kesihatan kulit. Antara fungsinya ialah dapat meningkatkan peredaran darah di dalam badan dan seterusnya menambah seri pada kulit.

Dengan pengambilan yang teratur juga dapat melembapkan kulit serta menyihatkan kulit. Vitamin B juga berfungsi mengurangkan tekanan emosi dan juga kelesuan. Untuk kekal cantik, kita perlu menjauhi tekanan.

Vitamin C
Antioksida yang terkandung dalam vitamin C melingdungi kulit daripada kesan radiasi ultraungu serta kesan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Ia juga berhasil mengurangkan sunburn yang boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masanpanjang. Vitamin C juga berfungsi memelihara kulit dari radikal bebas yang terhasil dari jemuran cahaya matahari, kesan merokok serta pencemaran.

Vitamin D
Vitamin D lebih dikenali dengan "sunshinevitamin" memainkan peranan penting dalam pemulihan dan pencegahan jerawat. Pengambilan vitamin D ysng secukupnya dapat mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit anda lebih lembut, anjal dan licin ( berseri ).

Sumber vitamin D yang paling baik tentulah dari sinaran matahari. Dengan mendedahkan diri selama 10-15 minit di bawah sinaran matahari (awal pagi ) boleh membantu kulit menghasilkan 10000iu vitamin D.

Vitamin E
Pengambilan Vitamin E secara konsisten amat digalakkan kerana cukup membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik dan bercahaya. Pengambilannya juga dapat menghilangkan parut, jeragat, serta tompok hitam dimuka. Ini kerana ia memperbaiki pembekalan oksigen serta asid nukleik.

Pengambilan vitamin E yang lengkap dengan Selenium pula menghasilkan kesan optimum kerana ia dapat melaksanakan fungsi dengan lebih baik di dalam tubuh.

ESP ( Enegizing Soy Protein )
Protein soya (NON-GMO)  dilengkapi dengan 9 jenis asid amino  penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein adalah bahan asas dalam pembinaan sel-sel tubuh manusia. Kuku, rambut, kulit adalah protein.

Bonus bagi anda yang mengambil ESP bersama vitamin lain. ESP berfungsi dalam membaiki sel. Sekiranya tubuh mempunyai sel yang sihat, sel tersebut dapat menyerap vitamin yang diambil dengan lebih baik lagi.

Untuk dapatkan sebarang produk shaklee anda boleh menghubungi saya di talian

Sms | WhatsApp 01131737525

5 Mar 2015

Bantal Kusyen Bunga Timbul Sedap Mata Memandang

Assalamualaikum semua..

Hari ini nak tunjukkan hasil seni jahitan yang saya jahit... saya buat bantal kusyen yang nampak segar mata memandang. Boleh diletakkan di kerusi, dalam kereta kat mana-mana pun boleh la.


Saya buat bantal ni pun sebab mak saya suruh buatkan untuk letak dalam kereta...

Cara buat bantal ni mudah saja. Ada sesiapa yang ingin belajar mari saya kongsikan cara untuk membuat bantal ni.

Mula-mula lukiskan bentuk bunga diatas kertas gam. Buat dalam tiga saiz. Kemudian seterika kertas gam diatas kain warna pink dan seterusnya jahit ikut acuan lukisan.

Kemudian gunting halus basi kain yang dijahit. Tujuan untuk membentuk bulatan dan nampak kemas dan cantik.

Gunting bahagian tengah bunga / buat lubang. Tujuannya adalah untuk menarik dan mengeluarkan kelopak bunga. Dengan kata lain nak terbalikkan kain, simpan jahitan didalam.

Bila dah di terbalikkan kain, kemaskan kelopak bunga.

Bila dah siap, lapis kan bunga dalam tiga saiz ( besar, sederhana dan kecilm) kemudian jahit kain warja kuning bentuk bulat di tengah bunga. Kain kuning tu juga di lapik guna kertas gam. Seterusnya jahit di atas kain warna hijau untuk bantal.

Bantal kusyen ini saya isikan dengan kekabu asli. Sedap untuk di peluk..

Selamat mencuba..


4 Mar 2015

ESP SHAKLEE Protein Berkualiti Penting Untuk Tubuh Sihat

Assalamualaikum semua...

Promosi ESP datang lagi...memang best.. saya suka..

ESP (Energizing Soy Protein )

Apakah ESP Shaklee ni yea?

ESP adalah PROTEIN daripada SOYA ( NON-GMO) yang  POPULAR PRODUCT/ BEST SELLER / HOT SELLING dalam banyak-banyak produk yang dikeluarkan oleh SHAKLEE.


ESP adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Di datangkan dalam bentuk serbuk yang senang dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu mahupun jus buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.

Apakah GMO ?

GMO bermaksud  organisma diubah suai secara genetik dengan cara mengambil gen dari satu spesis yang lain dan dimasukkan ke spesis lain untuk mendapatkan sifat atau ciri-ciri yang dikehendaki.

Apakah NON-GMO ?

Non-GMO pula ialah bahan yang TIDAK DIUBAH SUAI  secara genetik. Bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kimia. Makan makanan yang NON-GMO ini tidak memudaratkan kesihatan.

Kenapa Protein Penting untuk Badan Manusia?

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Protein merupakan makanan yang penting untuk tubuh badan manusia.

Contohnya seperti kuku, kulit, rambut, otot-otot,  plasma, sel-sel sebenarnya berasal daripada PROTEIN

Sel-sel di dalam tubuh manusia ini bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya.

Fungsi protein adalah membina sel-sel baru menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau yang sudah tua kepada tisu-tisu yang baru.

Senang nak cerita, struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu.  Seterusnya tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita sangat memerlukan PROTEIN.

Apakah Kelebihan dan Kebaikan ESP Shaklee?

♡ Membantu pembentukan sel-sel baru.

♡ Menyokong kesihatan imunisasi badan

♡ Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas
     pembedahan.

♡ Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan rambut, kulit
      bertambah halus, cantik dan gebu.

♡ Dapat mengurangkan parut jerawat

♡ Memberi tenaga yang berpanjangan.

♡ Menganjalkan kulit

♡ Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses
     mengurangkan berat badan.

♡ Tiada kolestrol

♡ Rendah kadar indeks glisemiknya (GI)

Bagaimana nak oder ESP?

Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

Call /sms / WhatsApp 01131737525


3 Mar 2015

KENAPA RAHIM BENGKAK?

Rahim = Uterus ( terdiri dari pangkal rahim, badan rahim, dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari

Uterine fibroid atau Ovarian Cyst adalah antara salah satu masalah yng selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosisoleh mana-mana doktor ataupun secara tidak sengaja dikesan semasa melakukan scan. ( Rujukan : Life extension book : Disease prevention and treatment ; 2003 : Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid , ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cyst ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet , produk atau apa-apa suplemen.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, diantaranya adalah;

1. Hormon Estrogen yang berlebihan
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dN progestrogen dalam badan tidak seimbang, pasti berisiko unk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan

- Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran  ( makanan, air, kimiadari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan, ia boleh meransang atau mengganngu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

-phthalates ( bahan dalam plastik atau getah )
-racun seranggan ( pesticides)
-tobacco by products

3. Obesiti

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaltifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system' . Sistem ini akan menggangu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

-Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama , anda juga boleh mempunyaimrisiko yang sama.

Apa Tanda-tanda Fibroid Atau Cyst

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara Simptoms-simptoms Fibroid /Cyst adalah

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut buncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi, jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

Macam mana nak elakkan memandangkan wanita kebanyakan berisiko?

Cadangan diet yang sesuai

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, garam, kafien dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan.

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Saya juga mempunyai cyst 5cm × 3cm dan aktif. Itu pun saya tahu semasa membuat scan untuk tumbesaran bayi semasa mengandung anak ke dua. Semasa mengandung anak pertama lagi saya dah tau saya memang ada cyst.

Dan akhirnya  cyst saya hilang bila dah hampir masa bersalin. Sebelum hamil saya hanya mengamalkan GLA Shaklee untuk kesuburan dah ESP serta vitamin lain semasa hamil..


2 Mar 2015

Soya Bukan Penyebab Fibroid Ataupun Cyst

Assalamualaikum semua..

Banyak pandangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid adalah tidak tepat. Ini kerana insoflavoid dalam soya mempunyai kesan astrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza.




Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi mempunyai kesan 'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi pastikan sumber soya adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasikan secara genetiknya (non-GMO)

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid ataupun cyst adalah

1. Lipotrophic factor seperti innositol dan choline. Membantu detoxification estrogen, melancarkan pemecahan lemak di bahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coq10, Vitamin C, Vitamin E, Selenium dan Zink

3. Omega 3 (EPA + DHA ) - antiinflammasi

4. Liver enchanced detox supplement - milk thislte, dandelion adan artichoke

5. Vitamin b - membantu proses detoksifikasi ( methylation) dalam sel hati.

Grape seed extract - strong antioxidant yang kuat dengan ORAC yang tinggi

7 Green Tea - powerful antioxidant



Boleh ke mengambil GLA?

GLA adalah omega 6 terbaik membantu mengurangkan keradangan dan membantu kestabilan hormon.

GLA dari minyak borage adalah yang terbaik dari EPO.

Minyak masak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, minyak bunga matahari juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yang kita gunakan untuk menggoreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Sumber ; Dr Malinda Health & Beauty Clinic