cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Mar 2015

CANTIK SEMUDAH A,B,C,D & E

Assalamualaikum semua..

Kulit yang cantik dan mulus memang menjadi dambaan wanita. Namun bukan mudah untuk mendapatkannya mahupun memeliharanya.

Selain perlu menitikberatkan rutin penjagaan kulit wajah secara sistematik, pengambilan vitamin juga di sarankan untuk kesihatan luaran dan dalaman kulit agar tidak kelihatan tua sebelum waktunya.

Vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit untuk kelihatan muda, sihat dan cantik adalah:

Vitamin A
Ia dikenali s3bagai antipenuaan. Vitamin A mampu menjaga keanjalan kulit, kedutan serta mencegah kekeringan. Ia juga memainkan peranan penting dalam membina tisu kulit selain meransang kolagen.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Dengan mengambil vitamin A secukupnya, mampu melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan pigmentasi.

Vitamin B
Vitamin B adalah vitamin larut dalam air. Ia setanding dengan vitamin yang lain untuk kecantikan serta kesihatan kulit. Antara fungsinya ialah dapat meningkatkan peredaran darah di dalam badan dan seterusnya menambah seri pada kulit.

Dengan pengambilan yang teratur juga dapat melembapkan kulit serta menyihatkan kulit. Vitamin B juga berfungsi mengurangkan tekanan emosi dan juga kelesuan. Untuk kekal cantik, kita perlu menjauhi tekanan.

Vitamin C
Antioksida yang terkandung dalam vitamin C melingdungi kulit daripada kesan radiasi ultraungu serta kesan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Ia juga berhasil mengurangkan sunburn yang boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masanpanjang. Vitamin C juga berfungsi memelihara kulit dari radikal bebas yang terhasil dari jemuran cahaya matahari, kesan merokok serta pencemaran.

Vitamin D
Vitamin D lebih dikenali dengan "sunshinevitamin" memainkan peranan penting dalam pemulihan dan pencegahan jerawat. Pengambilan vitamin D ysng secukupnya dapat mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit anda lebih lembut, anjal dan licin ( berseri ).

Sumber vitamin D yang paling baik tentulah dari sinaran matahari. Dengan mendedahkan diri selama 10-15 minit di bawah sinaran matahari (awal pagi ) boleh membantu kulit menghasilkan 10000iu vitamin D.

Vitamin E
Pengambilan Vitamin E secara konsisten amat digalakkan kerana cukup membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik dan bercahaya. Pengambilannya juga dapat menghilangkan parut, jeragat, serta tompok hitam dimuka. Ini kerana ia memperbaiki pembekalan oksigen serta asid nukleik.

Pengambilan vitamin E yang lengkap dengan Selenium pula menghasilkan kesan optimum kerana ia dapat melaksanakan fungsi dengan lebih baik di dalam tubuh.

ESP ( Enegizing Soy Protein )
Protein soya (NON-GMO)  dilengkapi dengan 9 jenis asid amino  penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein adalah bahan asas dalam pembinaan sel-sel tubuh manusia. Kuku, rambut, kulit adalah protein.

Bonus bagi anda yang mengambil ESP bersama vitamin lain. ESP berfungsi dalam membaiki sel. Sekiranya tubuh mempunyai sel yang sihat, sel tersebut dapat menyerap vitamin yang diambil dengan lebih baik lagi.

Untuk dapatkan sebarang produk shaklee anda boleh menghubungi saya di talian

Sms | WhatsApp 01131737525

No comments: