cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Mar 2015

KENAPA RAHIM BENGKAK?

Rahim = Uterus ( terdiri dari pangkal rahim, badan rahim, dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari

Uterine fibroid atau Ovarian Cyst adalah antara salah satu masalah yng selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosisoleh mana-mana doktor ataupun secara tidak sengaja dikesan semasa melakukan scan. ( Rujukan : Life extension book : Disease prevention and treatment ; 2003 : Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid , ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cyst ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet , produk atau apa-apa suplemen.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, diantaranya adalah;

1. Hormon Estrogen yang berlebihan
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dN progestrogen dalam badan tidak seimbang, pasti berisiko unk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan

- Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran  ( makanan, air, kimiadari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan, ia boleh meransang atau mengganngu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

-phthalates ( bahan dalam plastik atau getah )
-racun seranggan ( pesticides)
-tobacco by products

3. Obesiti

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaltifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system' . Sistem ini akan menggangu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

-Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama , anda juga boleh mempunyaimrisiko yang sama.

Apa Tanda-tanda Fibroid Atau Cyst

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara Simptoms-simptoms Fibroid /Cyst adalah

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut buncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi, jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

Macam mana nak elakkan memandangkan wanita kebanyakan berisiko?

Cadangan diet yang sesuai

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, garam, kafien dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan.

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Saya juga mempunyai cyst 5cm × 3cm dan aktif. Itu pun saya tahu semasa membuat scan untuk tumbesaran bayi semasa mengandung anak ke dua. Semasa mengandung anak pertama lagi saya dah tau saya memang ada cyst.

Dan akhirnya  cyst saya hilang bila dah hampir masa bersalin. Sebelum hamil saya hanya mengamalkan GLA Shaklee untuk kesuburan dah ESP serta vitamin lain semasa hamil..


No comments: