cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

20 Mar 2015

VITAMIN BANTU TINGKATKAN SISTEM IMUNITI SI MANJA DAN MEMBESAR DENGAN SIHAT

Assalamualaikum...

Bila berlakunya perubahan cuaca  mulalah anak-anak terkena selsema, demam, batuk, muntah-muntah sehinggalah cirit birit. Apakah ini disebabkan antibodi anak lemah?

Kanak-kanak pada usia tiga hingga empat tahun sedang membina sistem kekebalan tubuh. Oleh sebab itu, pada usia ini antibodi anak-anak tidak sekuat orang dewasa. ia berkembang  dan perlu menentang banyak penyakit untuk menjadikan antibodi tersebut kuat.

Apakah Antibodi?

Antibodi melawan penyakit. Antibodi ialah berasal daripada bahasa latin “Anti” yang bererti “melawan” dan “Bodiq” yang bererti “Tubuh”. Pengertian antibodi adalah suatu zat yang dibentuk oleh tubuh yang berasal daripada protein darah jenis gama-globulin yang diubahnya untuk melawan zat antigen (zat asing) yang masuk ke dalam tubuh.

Di dalam tubuh terdapat beberapa jenis antibody seperti:
·        Opsonin iaitu antibodi yang bersifat meransang serangan leukosit terjadan antigen atau kuman.
·        Lisin adalah antibodi yang bersifat menghancurkan antigen atau kuman.
·        Presipirin adalah antibodi yang bersifat mengendapkan antigen dan kuman.
·        Agglutinin pula ialah antibodi yang bersifat menggumpalkan antigen, aglutinogen atau kuman.
Sistem imuniti si manja terdiri daripada protein, organ dan sel darah putih yang dipanggil leukosit yang saling bekerja memerangi penyakit dan jangkitan pada si manja. Menurut AskDrSears.com, kebanyakan si kecil mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah kerana diet yang tidak seimbang. Diet yang kaya dengan gula akan menngurangkan keberkesanan sel darah putih dalam sebanyak 40%. Selain itu, amalan pemakanan yang tinggi lemak mengurangkan penghasilan sel darah putih dan antibody.

Vitamin yang diperlukan untuk tingkatkan sistem imuniti kanak-kanak

Vitamin C
Makanan yang kaya vitamin C mampu menguatkan keimunan tubuh dengan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi untuk memerangi kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit.

Kuatkan antibodi si kecil dengan pengambilan sekurang-kurangnya enam hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah sitrus, betik, mangga, kiwi, brokoli, lada benggala, tomato dan ubi kentang.

Vitamin E
Vitamin E berupaya meransang sel untuk menghapuskan kuman seperti sel-B yang menghasilkan antibodi melawan bakteria. Antara makanan kaya vitamin E ialah kekacang, biji bunga matahari, minyak sayuran, bijirin penuh, zaitun, legume, asparagus, bayam, beras perang, telur, minyak dan daging.

Zat besi
Makanan kaya zat besi meningkatkan penghasilan sel darah putih. Ia juga meningkatkan produksi sel-T yang membantu sel darah putih mengeluarkan lebih banyak antibodi. Zat besi diperlukan untuk melawan infeksi dan menyembuhkan luka. Bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi adalah sumber yang sesuai dengan si kecil. Selain itu, antara makanan lain ialah ketam, daging lembu, kuning telur, badan, susu, tairu dan coklat gelap.

Omega-3
Melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh reaksi berlebihan. Omega-3 meningkatkan aktiviti sel darah putih yang menghapuskan bakteria. Omega-3 boleh didapati dalam ikan yang berlemak seperti salmon, tuna dan ikan kembung.

Kita sebagi ibu bapa harus mengambil berat terhadap pemakanan dan makanan yang diambil oleh anak setiap hari supaya si manja membesar dengan sihat dan kurang berisiko untuk mendapat sesuatu penyakit.




1 comment:

Mama sara said...

terima kasih Dila Gebu