cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

24 Mar 2015

KEKURANGAN THIAMINE (VITAMIN B1) BOLEH MENYEBABKAN SAKIT OTOT SELEPAS BERSUKAN

Assalamualaikum..

Thiamine adalah sejenis vitamin B yang penting kepada tubuh manusia. kekurangan Thiamin ( Vitamin B1) boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah terutama ketika selepas bersukan. Tabiat dan pemakanan yang tidak sesuai dan seimbang boleh menyebabkan berlaku kepada kekurangan Vitamin B1.

Fungsi  vitamin B1

  • Membolehkan tubuh memproses dan menggunakan karbohidrat, lemak danprotein.
  • Membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat
  • Memelihara fungsi jantung yang normal dan sihat.
  • Membolehkan setiap sel-sel dalam tubuh membentuk ATP (tenaga).
  • Membantu pertumbuhan sel dalam otak.
  • Meningkatkan pergerakan usus dan membantu menghasilkan air kencing.
  • Memastikan sel darah merah yang mencukupi untuk mencegah anemia.
  • Meningkatkan stamina dan menghalang kelesuan otak.
  • Mampu mengawal tahap kerosakan sel yang disebabkan oleh logam berat.
  • Menjadi sokongan dan meningkatkan kadar metabolisma ( untuk mencegah obesiti ).
  • Membantu mengekalkan kulit dan rambut yang sihat.
  • meningkatkan fungsi imunisasi tubuh.
  • Membantu mengurangkan risiko kanser pankreas.
Kekurangan Vitamin B1

Kekurangan vitamin B1 boleh diakibatkan oleh kekurangan nutrisi, kurang pengambilan diet kaya vitamin B1 dan / atau terlalu banyak mengambil makanan berfaktor anti-thiamine (seperti teh, kopi,dan buah pinang),

Kekurangan vitamin B1 juga boleh dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti ketagihan alkohol, pemyakit gastrousus, AIDS, dan muntah-muntah yang berterusan. individu yang menghidap diabetes juga dikatakan mengalami kekurangan vitamin B1 dan akan menyebabkan komplikasi lain.

Sindrom lain yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 termasuklah penyakit Beri-beri, Sindrom Wernicke Korsakoff dan neiropati optik. 

Tanda lain yang menunjukkan kekurangan Vitamin B1
  • Kurang selera makan
  • Rasa kebas, terutamanya pada bahagian kai.
  • Otot lembut, terutamanya pada otot betis.
Siapa Perlukan Vitamin B1?

Vitamin B1 diambil oleh individu yang menghidap penyakit beri-beri dan radang saraf di luar otak (peripheral neuritis) yang berkaitan dengan kehamilan atau penyakit kekurangan vitamin yang dipanggil pellagra.

Vitamin B1 juga digunakan untuk merawat kencing manis, penyakit jantung, ketagihan alkohol, penuaan, sejenis kerosakan otak yang dipanggil cerebellar syndrom, canker sores (sejenis penyakit kulat), masalah penglihatan seperti katarak dan glaucoma, mabuk (motion sickness) dan memperbaiki prestasi atlet.

Kebaikan Vitamin B1
  • mencegah kanser serviks
  • membantu mencegah penyakit buah pinggang bagi pesakit kencing manis tahap dua.
  • mengawal tekanan mental
  • meningkatkan kemahiran belajar
  • meningkatkan tenaga
  • melawan stress
  • mencegah kehilangan memori termasuk alzheimer.
Sumber Vitamin B1

Vitamin B1 banyak ditemui dalam pelbagai jenis makanan dalam konsentrasi yang rendah. sumber kaya vitamin B1 ialah yis dan ekstrak yis. Bijirin adalah sumber vitamin B1 yang paling penting. Vitamin B1 banyak terdapat dalam lapisan luar bijirin berbanding bahagian dalam.

Makanan lain yang kaya dengan  vitamin B1 adalah oat, biji bunga matahari dan biji flax, beras perang, whole grain rye, asparagus, kale, bunga kobis, ubi kentang, oren, hati (lembu dan ayam) serta telur.

Shaklee B Complex

Pengambilan vitamin B setiap hari adalah perlu kerana vitamin B bersifat larut air dan tidak kekal di dalam badan. Lebihan vitamin B yang tidak diperlukan oleh badan akan dikeluarkan melaui urin ( air kencing ).

Shaklee B Complex  mengandungi 8 jenis vitamin B dalam satu tablet kecil. Satu tablet vitamin B Complex telah siap sedia dengan jumlah peratusan  vitamin b yang perlu diambil setiap hari.

Satu botol mengandungi 120 biji vitamin B Complex dengan harga RM 53.75 sebotol. Ambil setiap hari selama 4 bulan bagi setiap botol.

untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk anda boleh menghubungi saya PN. SARA

sms / call / WhatsApp 01131737525

No comments: