cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

21 Mar 2015

URUTAN SEMASA BERPANTANG KEMBALIKAN TENAGA DAN SERI KEPADA TUBUH

Assalamualaikum...

Lazimnya selepas melahirkan anak, badan akan lemah dan lesu. Ketika ini lah masanya untuk memulihkan kembali tenaga. Tempoh ini dikenali sebagai waktu untuk memulihkan diri atau waktu berpantang.

Namun bagi yang baru pertama kali bergelar ibu sudah tentu berdebar untuk melalui pe;bagai amalan semasa berpantang. Yang pasti ikuti amalan berpantang dengan cara yang betul supaya kembali bertenaga dan berseri.

Kesan urutan

Pada hari pertama,badan akan berasa sedikit sakit setelah urutan dilakukan. Rasa sakit disebabkan urat masih tegang. Anda atau tukang urut pasti akan sendawa ( tanda angin keluar daripada badan).

Hari kedua, rasa sakit semakin kurang selepas urutan tetapi anda akan lega dan angin dalam badan semakin kurang.

Hari ketiga, urutan tidak lagi sakit dan anda tidak sendawa ;agi. badan berasa 'ringan' dan selesa.

Kenapa Perlu Urutan?

terdapat banyak faedah urutan selepas bersalin, namun yang penting anda perlu tahu ialah

  • untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh
  • mengeluarkan darah kotor
  • keluarkan angin dalam badan
  • mengecutkan rahim
  • segarkan badan. 
Apa Perlu Dilakukan Sebelum Diurut?

  • pastikan sebelum tukang urut datang mengikut masa yang ditetapkan anda telah menyusukan bayi sehingga kenyang.
  • anda sudah mandi terlebih dahulu. jika belum setengah jam atau satu jam selepas urutan baru boleh mandi.
  • makan awal 1 jam sebelum urutan.

Urut Untuk Banyakkan Susu Ibu?

Semasa urutan pantang dilakukan pastikan juga bahagian payu dara anda diurut. Namun itu bukan menjamin susu anda banyak. Hakikatnya urutan dilakukan hanya untuk meransang sel-sel susu. Apa yang penting dalam tempoh berpantang anda perlu makan mkanaan penambah susu ibu serta kerap menyusu bayi bagi meransang susu ibu semakin banyak.

Tungku 44 Hari?

Bagi mereka yang bersalin secara normal boleh melakukan tungku selama 44 hari sama ada dilakukan sendiri atau mengurah tukang urut untuk melakukannya. Boleh dilakukan waktu pagi dan petang selama 15 minit setiap waktu.

Tujuan untuk mengempiskan perut kembali. Ini kerana selama sembilan bulan perut kembang, jadi perlu kecutkan rahim dan keluarkan darah ditepi-tepi dinding rahim untuk perut kembali kempis. Pada masa yang sama, jangan lupa pakai sapu param (atau limau nipis serta kapur makan) pada bahagian perut semasa memakai benkung.

No comments: