cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

27 Mar 2015

CARA MERAWAT SELSEMA TANPA SEBARANG UBAT

Assalamualaikum..

Selsema merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh semua orang. Ia adalah satu jangkitan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk, bersin atau dengan sentuhan lansung.

GEJALA DAN TANDA JANGKITAN
  • kerongkong kering dan sakit.
  • hidung berair.
  • batuk.
  • bersin.
  • hidung tersumbat.
  • sakit kepala.
  • demam yang ringan.
  • sakit badan.
  • mata berair.
LANGKAH PENCEGAHAN
  • makan makanan yang seimbang.
  • bersenam
  • jauhi tempat yang sesak.
  • jauhi individu yang menghidap selsema.
  • berpakaian bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
  • tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila sedang bersin.
  • basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan makanan.
  • rawatan untuk selsema.
  • tidur secukupnya.
  • ambil buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah oren.
  • minum lebih banyak air suam.
PETUA TRADISIONAL RAWAT SELSEMA


  • Ambil beberapa helai daun sirih dan cuci bersih. Tumbuk atau hancurkan daun sirih untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya. Ramuan tersebut dapat melegakan selsema dan melancarkan pernafasan.


  • Perah sebiji limau nipis ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula. Kacau dan minum campuran tersebut.


  • Calitkan sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.


  • Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.


  • Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam.

MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU MELAWAN SELSEMA

KUNYIT - Kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda ia dapat membantu melegakan selsema.

IKAN - Ikan seperti tuna,salmon dan ikan kembung amat kaya dengan asid lemak Omega-3, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selsema jika anda mempunyai keradangan kronik.

TIRAM - Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selsema biasa.

BERI BIRU - Beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam buah yang segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selsema.

Selain itu, pengambilan suplemen juga dapat membantu mengurangkan simptom-simptom dan masalah selsema.

NUTRIFERON

  • melindungi dari influenza, selsema
  • membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara.
  • berkesan melindungi virus mikrob seperti selsema, alergi, inflamasi dan influenza
  • bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya.
  • mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells dan Makrofag.
  • sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu.

Vitamin C
  • Dapat membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi lebih baik, 
  • membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, 
  • mampu menyingkatkan serta mengurangkan simptom selsema 
  • menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel badan.
  • amalkan setiap hari untuk menguatkan sistem imun.


Bawang Putih
  • tambah dalam masakan kerana ia berfungsi sebagai antibiotik. Suplemen Garlic  berguna sebagai antibiotik semulajadi.


untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk boleh menghubungi Pn Sara ditalian 
sms / call / WhatsApp 01131737525




No comments: