cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

10 Mar 2015

Kurang Vitamin A Punca Masalah Penglihatan

Assalamualaikum semua..

Vitamin A adalah satu kumpulan sebatian nutrisi organik yang tidak tepu, termasuklah retinol, retinal, retinoic acid dan beberapa provitamin A carotenoids, dimana beta-karoten adalah yang paling penting.

Vitamin A mempunyai pelbagaai fungsi dan ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan,  menjaga sistem iminusasi dan penglihatan yang baik.

Vitamin A boleh ditemui dalam dua bentuk asas dalam makanan iaitu preformed (retino) dan pro-vitamin (carotenes ).

FUNGSI

Vitamin A memainkan peranan dalam pelbagai fungsi dalam keseluruhan badan seperti:

☆ Penglihatan
☆ Transkripsi gen
☆ Fungsi imunisasi
☆ Perkembangan embrio dan reproduksi
☆ Metabolisma tulang
☆ Haematopoiesis
☆ Kesihatan kulit dan sel
☆ Aktiviti antioksidan

Peranan Vitamin A dalam penglihatan berkait dengan pembentukan retinol. Retinol menghasilkan pigmen dalam retina mata.

Kumpulan retinol, apabila bergabung dengan protein khusus, ia akan menjadi satu-satunya penyerap cahaya utama dalam daya penglihatan retina pada mata. Ia menggalakkan penglihatan yang baik terutamanya dalam cahaya yang malap ( low light ).

Kekurangan Vitamin A boleh berlaku sama ada dalam bentuk utama atau sekunder. Kekurangan Vitamin A berlaku kepada kanak-kanak dan individu dewasa yang tidak mengambil peduli jumlah provitamin A caratenoid yang diperlukan daripada sumbe4 makanan. Berhenti minum susu ibu terlalu awal juga menyumbang kepada berlaku nya kekurangan vitamin A.

Kekurangan Vitamin A sekunder berkait rapat dengan kurangnya penyerapan lipid( lemak ) yang kronik, produksi hempedu yang terjejas dan pendedahan terhadap oksidan kronik seperti asap rokok dan ketagihan arak yang kronik.

Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan masalah -masalah seperti berikut:

□ Kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit kerana kurang
    imunisasi tubuh.

□ Kanak-kanak yang menderita kekurangan Vitamin A apabila        diserang penyakit-penyakit lain akan meningkatkan risiko
   kematian.

□ Kekurangan Vitamin A dalam jangka masa yang lama akan
   mengakibatkan gangguan pada mata dan menyebabkan buta.

Sumber makanan kaya Vitamin A

Vitamin A datang daripada sumber haiwan seperti telur, daging,, susu, yang diperkuat (fortified milk), keju, krim, hati, minyak ikan kod, dan halibut. Sumber beta karoten termasuklah:

Buah-buahan yang berwarna kuning terang dan oren seoerti cantaloupe, limau gedang ( pink grapefruit ) dan aprikot.

Sayur-sayuran seperti lobak merah, labu, ubi keledek, dan winter squash. Juga terdapat dalam brokoli, bayam dan kebanyakan sayuran berdaun hujau gelap.

Cara terbaik untuk mendapatkan keperluan vitamin penting adalah dengan memakan pelbagai jebis buah-buahan, sayur-sayuran,  barangan tenusu yang diperkuat, lagume ( kekacang yang dikeringkan ), lentil dan gandum penuh.


No comments: