cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

30 Nov 2012

SHAKLEE VITA E COMPLEX


1 kapsul vitamin E Shaklee 400 IU bersamaan dengan

· 1 kg benih gandum penuh
· 500ml munyak bunga matahari
· 8 kg bayam
· 500g badam

Vitamin E Complex Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

 
Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan snti-oksidan dan melindungi retina.

Manfaat utama dalam pengambilan Vita E Complex adalah:-

v Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik ); mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.

v Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif – Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki uang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

v Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

v Anti-oksidan yang Kuat – Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.

v Kelestarian Tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

v Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

v Menghalang Keguguran – Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom monopous seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

v Memperbaiki Parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (betacarotina,vitamin C dan E ) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidadalam merawat radikal bebas.

Untuk mendapatkan sumber kolagen yang berkualiti boleh hubungi
CALL / SMS : 017-4857436

 

 

PENTINGNYA KOLAGEN DALAM TUBUH KITA..


Apakah kolagen?

Kolagen merupakan protien semulajadi yang terhasil dalam badan manusia dan haiwan. Ia merupakan komponen utama dalam kulit, rangka, tulang dan rangkaian tisu.

Kolagen yang terdapat dalam tubuh berfungsi menyokong sebahagian sel-e-sel yang yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Ia penting untuk memastikan beberapa makanisme berjalan lancer seperti penyembuhan luka, daya elastic otot dan kesihatan ligamen  serta sendi.

Paling utama, kolagen yang terdapat di bawah lapisan dermis ini mampu mengurangkan kaehadiran kedutan pada kulit yang seterusnya akan menjadikan kita kelihatan muda dan cantik semulajadi. Ia juga terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut,kuku) tulang, tendon,rawan sendi,dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta system limfatik.

Seiring dengan dengan pertambahan usia, tanpa kita sedari  jumlah kolagen di dalam badan semakin menurun. Oleh itu, bagi menggantikannya pengambilan kolagen tambahan  amat digalakkan selepas usia 25 tahun. Penyusutan kolagen yang berterusan pada tubuh boleh dilihat dengan jelas pada kulit apabila hadirnya garis-garis halus pada kulit, kedutan dan kulit mulai kendur berikutan sifat elastic kolagen mula berkurangan.

Walaubagaimanapun, proses penuaan ini boleh diperlahankan dengan cara membekalkan badan dengan  kolagen. Pengambilan makanan tambahan ini penting untuk menggantikan kolagen yang kian hilang dalam badan.

Pengambilan kolagen secara berterusan sangat digalakkan kerana berfungsi sebagai eejn yang mampu melembapkan kulit yang kering , kedut dan kendur, mengurangkan masalah dan kesakitan sendi, meningkatkan tenaga dan prestasi bagi melaksanakan pelbagai aktiviti, menggalakkan penyerapan asid amino yang sangat penting seperti glysine, proline dan hydroxyproline yang dapat mengurangkan lemak dalam badan. Selain itu, kolagen juga membantu mengelakkan risiko tulang rapuh yang dihadapi sebilangan wanita.

v  Kulit – memberi struktur, berfungsi bersama elastin, agen keanjalan kulit.

v  Tulang – memberi bentuk, struktur, kekuatan dan fleksibiliti.

v  Salur Darah – komponen utama dinding salur darah (urat, arteri,kapilari)

v  Rambut – komponen utama pertumbuhan rambut.

Lapisan kulit ibarat tilam, dan kolagen adalah ‘spring’ yang menyokong struktur dalam kulit. Selepas bertahun-tahun ‘spring’ akan mula menjadi lemah dan ia tidak lagi mampu mengekalkan ketegangan dan keanjalannya.

Untuk mendapatkan sumber kolagen yang berkualiti boleh hubungi

FB PAGE : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara

CALL / SMS : 017-4857436

28 Nov 2012

SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA C 500mg

Vitamin C merupakan vitamin yang mudah larut dalam air dan mudah hilang dari tubuh melalui proses pencernaan. Vitamin C diperlukan tubuh untuk perkembangan dan pertumbuhan yang normal. 

Tubuh tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, dan tidak menyimpan vitamin C. Oleh karana itu penting untuk mendapatkan banyak makanan yang mengandung vitamin C dalam diet harian.

Vitamin C adalah salah satu daripada antioksidan. Antioksidan diperlukan oleh tubuh untuk menghalang sistem dan sel-sel rosak akibat daripada radikal bebas, asap rokok dan pencemaran yang boleh mempercepatkan masalah penuaan.
 
Shaklee Sustained Releasa Vita C 500mg adalah salah satu vitamin C yang terbaik dan berkualiti. Tidak hairan la kalau vitamin ini sentiasa mendapat tempat dihati ramai orang Malaysia ini dan yang paling laris.
 
" Sians pembebasan berterusan secara semulajadi " mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan berperingkat didalam tubuh setiap jam bagi setiap tablet. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari flavonoid diekstrak dari kulit biah) yang juga dikenali sebagai   vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh, melegakan inflamasi, menetang infeksi bakteria dan radikal bebas.
 
MANFAAT UTAMA;
 
1. Membentuk Kolagen - Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut menghalang otot menjadi lembik.
 
2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
 
3. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dari membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stres masalah berkaitan mental berkaitan keresahan.

7. Mengekalkan Kolestrol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Ramai orang ambil vitamin c untuk kecantikan kulit..Anda bagai mana? Dapatkan Vitamin C dari saya

fb : http://www.facebook.com/#!/mia.sara.33234
call / sms : 0174857436
 
 

26 Nov 2012

KOLESTROL JAHAT..ATASI DENGAN OMEGA 3

Kolestrol adalah sesuatu yang diperlukan oleh tubuh sama seperti lemak, karbohidrat serta protien dan keprluan kolestrol yang diperlukan hanyadalam kadar yang sedikit sahaja. Pengambilan kolestrol yang berlebihan boleh mengundang bahaya kepad tubuh.

Kadar kolestrol yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok, masalah jantung dan lain-lain. Selain menjadi punca penyakit itu, kolestrol berlebihan juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, kegemukan dan yang lebih berbahaya adalah membaea kepada kematian.

Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolestrol dalam tubuh. Antara makanan yang menyumbang kolestorl adalah seperti daging merah, mentega, keju dan kuih-muih manis.

Pengambilan asid lemak omega 3 secara konsisten dapat mencegah atau mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, mencegah penyakit saluran darah dan strok. Hal ini kerana, kandungan DHA dan EPA yang terdapat dalam asid lemak omega 3 boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.

Selain itu, pengambilan asid lemak omega 3 juga strol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan menurunkan LDL ( kolestrol jahat ) dan meningkatkan HDL ( kolestrol baik ), mengawal masalah obesiti, dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 adalah seperti ikan tuna, ikan salmon, ikan haring, kacang badam, kacang walnut dan banyak lagi. Akan tetapi, kita perlu berhati-hati dengan pengambilan ikan kerana laut kini terdedah dengan pencemaran dan merkuri.

Salah satu sumber omega 3 yang terbaik dan mudah diperoleh dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Shaklee Omega Guard. Hal ini kerana, Shaklee Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk  EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.


Shaklee Omega Guard dihasilkan melalui suatu peroses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB ( polychorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik) .


UNTUK MENDAPATKAN SHAKLEE OMEGA GUARD ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SARA DI

FB ;http://www.facebook.com/#!/mia.sara.33234
FB PAGE :http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
CALL/ SMS : 0174857436








23 Nov 2012

VITAMIN C ADALAH SALAH SATU KEPERLUAN NUTRISI DALAM DIET HARIAN

Vitamin C atau asid askrobik merupakan vitamin larut air. Vitamin aini mudah dioksidakan, terutama apabila terdedah kepada haba. Pengoksidaan dapat dipercepat dengan kehadiran kuprum, besi dan pH beralkali. Kebanyakan vitamin C hilang semasa memasak atau semasa dimasukkan ke dalam air masakan. pemotongan dan membenarkan buah serta sayuran terdedah kepada udara menyebabkan kehilangan vitamin C yang banyak.

Vitamin C mudah diperoleh daripada buah beri, buah-buahan sitrus dan sayuran hijau seperti asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kobis, lemon, mangga, biji sawi hajau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberi, tomato, dan selada air. Selain itu, tembikai, limau, dan jambu batu turut mengandungi vitamin C yang bermutu tinggi.

Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan gusi yang sihat. Vitamin ini berfungsi bagi pengeluaran hormon anti-stres dan interferon, sejenis protiensistem imuniti yang penting. Selain itu, vitamin ini juga membantu bagi metabolisma folik asid, tairosin dan phenylalanine. Vitamin C dapat mengurangkan gejala penyakit asma, selain mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran, menolong mencegah kanser, memelihara aripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.

Kehadiran vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dan bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak berbahaya. Oleh hal yang demikian, bahan itu dapat dinyahkan daripada badan.

Vitamin C ini turut mengurangkan paras 'loe-density lipoprotiens' ( LDL ) atau kolestrol yang tidak baik. Pada masa yang sama, vitamin ini meningkatkan high-density lipoprotiens'  ( HDL ) atau kolestrol yang baik, juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah 'atherosclerosis'. Selain sebagai agen dalam pembentukan kolagen, vitamin C mencegah daripada pembekuaan darah yang tidak normal dan lebam, dapat mengurangkan risiko katarak dan mempercepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Stres fizikal seperti luka terbakar, infleksi, keracunan logam berat, rokok, penggunaan terus-menerus ubat-ubatan ( termasuk aspirin atau ubat tidur ) meningkatkan kehilangan vitamin C sebanyak 100mg perhari.

Gejala awal kekurangan vitamin C adalah pendarahan di sekitar gigi selain bengkak gusi. Kekurangan vitamin C dapat menyebabkan penyekit Skuvi ( pendarahan pada badan, lebam-lebam dan gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan dalam otot dan sendi yang menyebabkan kesakitan).

Kekurangan banyak vitamin C mengakibatkan sistem saraf dan ketegangan otot. Hal ini menyebabkan kerosakan otot seperti gangguan saraf dan depresi. Gejala lain adalah anemia, sering terkena infeksi, kulit kasar, dan sukar bagi luka untuk sembuh. Ketika individu mengambil sejumlah besar vitamin C dalam bentuk suplemen dalam jangka masa panjang, tubuh menyesuaikan dengan menghancurkan dan mengeluarkan lebihan vitamin C daripada biasa.

untuk mendapatkan sumber vitamin C yang terbaik boleh hubungi sara
fb ; http://www.facebook.com/mia.sara.33234
call / sms : 0174857436

22 Nov 2012

PENTINGNYA VITAMIN UNTUK BADAN KITA

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut mikro nutrien. Vitamin membantu pertumbuhan proses protien, karbohidrat dan lemak dalam badan dan sesetengah vitamin membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak banyak menghasilkan banyak mikronutrien.

Vitamin adalah satu daripada enzim jenis nutrien asas yang diperlukan dalam diet atau makanan kita. Vitamin membantu badan berfungsi dan membesar dalam keadaan normal. Sumber semulajadi vitamin didapati daripada makanan yang kita makan setiap hari. Walau bagaimanapun, sesetengah vitamin hilang semasa memasak, memproses, atau menyimpan makanan. Sekiranya individu itu menunjukkan dengan jelas gejala kekurangan vitamin, maka vitamin tambahan hendaklah diambil.

Vitamin dan mineral adalah zat utama bagi fungsi tubuh dan kesihatan. Terdapat 13 jenis vitamin yang dikenalpasti oleh penyelidik. Vitamin terbahagi kepada dua bahagian, iaitu vitamin yang larut dalam lemak dan vitamin yang larut dalam kandungan air. Vitamin itu adalah seperti berikut:

VITAMIN LARUT LEMAK
  • A ( Retinol )
  • D ( Kalsiferol )
  • E ( Tokoferol )
  • K ( Filokuinon )
VITAMIN LARUT AIR
  • Vitamin C ( Asid Askorbik )
  • Vitamin B1 ( Tiamina )
  • Vitamin B2 ( Riboflavin )
  • Vitamin B3 ( Niasin )
  • Vitamin B5 ( Asid Pantothenik )
  • Vitamin B6 ( Piridoksina )
  • Vitamin B7 ( Asid Folik )
  • Vitamin B 12 ( Kobalamin )
Jumlah keperluan yang disarankan per hari atau RDA ( Recommended Dietry Allowance ) adalah jumlah vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (RNI ) adalah keperluan yang diperlukan oleh penduduk malaysia dan cukup untuk pertumbuhan anak-anak dan pencegahan kekurangan vitamin dan mineral pada orang dewasa. Jumlah keperluan ini berbeza menurut umur dan jenis jantina.

UNTUK MENDAPATKAN VITAMIN DARI SUMBER SEMULAJADI BOLEH LA HUBUNGI SARA

FB : http://www.facebook.com/mia.sara.33234
CALL / SMS : 0174857436

21 Nov 2012

PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN B DALAM DIET SEHARIAN KITA


Pengambilan vitamin B setiap hari adalah perlu bagi menggantikan vitamin yang dikeluarkan dalam badan. Vitamin B ini mudah hilang semasa memasak makanan disebabkan oleh proses penyediaan dan haba semasa memasak. Pengambilan lebih dari keperluan harian tidak mendatang kan kesan kerana vitamin B tidak menyimpan didalam badan dan dikeluarkan melalui sIstem perkumuhan.

Vitamin B mempunyai 8 jenis vitamin B, iaitu :-

VITAMIN B1 ( TIAMINA )

v  Merupakan sebahagian TTP, iaitu koenzim yang diperlukan bagi kekuatan metabolism. Sistem saraf dan otot bergantung pada vitamin B1. Orang yang berpuasa atau melakukan diet harus memastikan mereka mendapat sejumlah vitamin B1 yang sama dalam 2000 kilo kalori makanan.

v  Berfungsi bagi pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein. Memelihara system saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Vitamin B1 juga bekerja seiring dengan vitamin B2 dan B3.

v  Gejala kekurangan – keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kehelisahan, gangguan tidur, sakit pada bahagian abdomen, sembelit, dan gangguan mental atau emosi. Beri-beri, iaitu sejenis penyakit metabolic disorder dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.

VITAMIN B2 ( RIBOFLAVIN )

v  Dapat ditembusi  oleh sinar dan iradiasi kerana itulah susu jarang-jarang dijual dalam gelas lut cahaya. Ianya stabil pada panas, sehingga pemanasan tidak merosakkannya. Vitamin B2 diperlukan tubuh bagi metabolism semua jenis makanan bagi mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan bersama dengan Vitamin B6.

v  Berfungsi sebagai koenzim. Membantu enzim bagi menghasilkan kekuatan daripada nutrisi penting kepada tubuh manusia. Vitamin B2 berperanan pada tahap terakhir daripada kekuatan metabolism nutrisi itu. Wanita hamil dan kanak-kanak memerlukan lebih vitamin B2 kerana penting bagi pertumbuhan.

v  Kekurangan vitamin B2 dapat menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung selain kepanasan pada bibir, mulut dan lidah. Kekurangan vitamin B2 juga menyebabkan gejala seprti iritasi, kulit merah, dan kulit kering disekitar mata dan bibir.

VITAMIN B3 ( ASID NIKOTINIK ATAU NIASIN )

v  Dalam tubuh, niasin ditukarkan kepada niasimi yang diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga.

v  Niasin juga membantu mengekalkan system perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi niasin juga dapat membantu mengurangkan kolestrol. Vitamin B3 mempunyai keunikan berbanding vitamin B yang lain kerana tubuh dapat membentuknya daripada asid amino triptofan. Vitamin B3 juga membantu kesihatan kulit, system saraf dan system pencernaan.

v  Kekurangan vitamin B3 dapat menyebabkan penyakit pellagra iaitu gejala seperti dermatitis, diarea, dan dementia. Gejala kekurangan vitamin B3 yang lainnya adalah kehilangan ngan nafsu makan, lemah, pening kepala, dan sakit mental.

VITAMIN B5 (ASID PANTOTENIK )

v  Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Ia diperlukan untuk mengeluarkan hormone kepada adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi system saraf.

v  Berfungsi dalam metabolism perantaran karbohidrat, lemak dan protein. Memainkan peranan dalam pengeluaran hormone adrenan dan pembentukan antibody, membantu dalam penggunaan  vitamin dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.

v  Diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tertumpu dalam organ badan. Vitamin ini juga terlibat dalam pengeluaran ‘neurotransmitters’ dan penambah stamina serta mencegah sesetengah bentuk anemia. Vitamin ini juga diperlukan bagi salur perut-usus berfungsi dengan normal dan dapat menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas.

v  Kekuranga  vitamin B5 dapat menyebabkan beberapa kesan seperti lemah badan dan keletihan, sakit kepala, loya dan muntah, sakit abdomen, lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan, kebas dansesemut pada kaki serta kekejangan otot.

VITAMIN B6 ( PIRIDOKSINA )

v  Diperlukan oleh tubuh bagi metabolism dan penyerapan protein juga metabolism karbohidrat. Vitamin ini membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi system saraf dan otak.

v  Vitamin B6 berperanan dalam metabolism asid amino dan asid lemak serta membantu tubuh manusia bagi mensistesis asid amino tidak perlu.

v  Orang yang mempunyai kadar vitamin B6 yang rwndah menunjukkan gejala seperti lemah, sifat cepat marah, sukar untuk tidur, sawan, pertumbuhan terbantut , dermatitis, anemia, gatal-gatal dan kulit bersisik .

VITAMIN B7 ( BIOTIN )

v  Terdapat dalam banyak jenis makanan. Biotin adalah asid monokarboksilik yang stabil pada haba dan larut dalam air dan alcohol. Vitamin ini mudah dipengaruhi bagi pengoksidaan dan boleh didapati pada makanan utama harian dan amaun diperoleh hasil daripada sintesis oleh bacteria usus serta diserap oleh tubuh.

v  Berbanding dengan vitamin B yang lain, biotin memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protein. Fungsinya sebagai koenzim bagi proses pengikatan karbon dioksida dan diperlukan oleh tubuh bagi rambut dan kulit yang sihat.

v  Kekurangan biotin jarang-jarang terjadi, tetapi berlaku pada pesakit yang tinggal di hospitaldan menggunakan infus menyebabkan gejala seperti hilang selera makan, mual, lemah dan lelah, rambut gugur dan eczema.

VITAMIN B9 ( FOLASIN, ASID FOLIK, ASID PTEROILMONOGLUTAMAT )

v  Folik adalah sebatian yang larut air, terdapat beberapa bentuk folasin yang stabil pada haba, manakala yang lain dimusnahkan dengan cepat oleh haba. Sayur-sayuran yang disimpan dalam suhu bilik dapat menyebabkan kehilangan asid folik penting dan kehilangan tambahan berlaku semasa pemprosesan pada suhu yang tinggi.

v  Folik merupakan dua koenzim yang penting dalam penghasilan sel-sel baru. Folasin diperlukan bagi membentuk kedua-dua sel darah merah dan putih dalam sumsum tulang dan untuk permatangannya.

v  Peningkatan konsumsi folik meningkat semasa hamil dan pada saat pertumbuhan sel. Kekurangan asid folik bukan sahaja menyebabkan tekanan darah rendah, tetapi meyebabkan kurangnya penyerapan atau keperluan metabolik yang tidak biasa bagi vitamin. Individu yang makan makanan yang tidak berkalori juga mudah kekurangan folik dan pada kondiri yang berhubungan dengan pertumbuhan sel, seperti kehamilan atau meales (penyakit kerosakan kulit).

v  Kekurangan folik menyebabkan kekurangan darah seperti sel-sel darah merah tidak matang yang menunjukkan sintesis DNA yang lambat. Gejala lain adalah rasa panas pada jantung, sering terkena jangkitan kerana penurunan pada sistem keimunan. Hal ini mempengaruhi sistem saraf, menyebabkan kemurungan, sakit mental, lelah, pengsan, penyakit anemia yang tidak dapat menghasilkan antibodi.

VITAMIN B12 ( KOBALAMIN ATAU SIANOKBALAMIN )

v  Vitamin ini adalah sebatian habluran merah yang larut air dan dimusnahkan dengan perlahan oleh asid cair, alkali, cahaya, dan agen pengoksidaan atau penurunan. Hamper 70% aktiviti vitamin dikekalkan semasa memasak.

v  Membantu menyembuhkan luka dengan cepat , memeliharan lapisan yang mengelilingi dan melindungi saraf dan mendorong pertumbuhan normal. Selain itu, berperanan dalam pembentukan dan metabolism sel-sel tulang. Vitamin B12 diperlukan bagi mengurangkan folik, sehingga dapat membantu pembentukan sel darah merah dan berperanan dalam membina bahan genetic serta membantu sel darah merah.

v  Vitamin B12 adalah factor ekstrinsik makanan yang penting bagi rawatan dan pencegahan anemia pernisius. Gejala kekurangan menyebabkan kekurangan darah, folik tidak dapat berfungsi dalam pembentukan sel-sel darah merah. Kekurangannya juga dapat mempengaruhi sistem saraf, berperanan pada regenerasi saraf peripheral dan mendorong kepada lumpuh.

19 Nov 2012

BAYI BESAR TIDAK SEMESTINYA SIHAT

Pemakanan amat penting kepada bayi yang baru lahir. Ini adalah kerana bayi membesar pada kadar yang luar biasa. Pemakanan yang betul penting untuk memastikan perkembangan kognitif dan visual,pertumbuhan fizikal, kesihatan tulang, sistem keimunan (pelalian) pada tahap optimum.

Bayi yang diberi susu ibu tidak memerlukan makanan tambahan sehingga mereka tumbuh gigi pada usia kira-kira enam bulan ke atas. Ini kerana susu ibu mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh bayi-termasuk nutrien untuk membina keimunan- bagi membolehkan tumbesaran yang sihat.
Susu ibu adalah kompleks. Ia mengandungi lebih daripada 200 bahan aktif secara biologi. Malah pakar sains mula memahami bahawa meskipun setiap satu daripadanya amat penting, kombinasinya yang unik menjadikan susu ibu paling ideal untuk bayi.
 
Bagaimanapun, bukan semua ibu boleh menyusukan bayi atau bukan semua bayi boleh menerima susu ibu. Apabila ini berlaku,alternatif terbaik ialah susu formula. Disebabkan keperluan makanan bayi berubah mengikut usia, kebanyakan susu formula dikategorikan mengikut kumpulan usia.

Susu ibu rendah lemak dan protein.
 
Menurut Profesor Pemakanan Pediatrik, MRC Childhood Nutrition Centre, Institute of Child Health, UCL, London, Profesor Atul Singhal, kebaikan susu ibu kepada bayi memberi kesan jangka panjang.
Katanya lagi,susu ibu mempunyai kandungan rendah lemak dan protein berbanding susu formula. Peningkatan barat badan yang pantas pada enam bulan pertama usia bayi menyebabkan risiko obesiti jangka panjang.
 
Bayi yang diberi susu formula besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi daripada bayi yang menyusu susu ibu kerana susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein)berbanding susu ibu.
 
Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu formula adalah lebih besar daripada bayi yang menyusu ibu menjelang penghujung pertama hayat meraka. Salah satu kajian terbaru adalah yang telah dijalankan oleh Ketua Divisyen Metabolikbdan Perubatan Pemakanan dan Konsultan Pediatrik, Dr. Von Hauner Children’s Hospital of Jerman, Profesor Berthold V. Koletzko dan pasukannya pada tahun 2009 mendapati terdapat kaitan antara kenaikan berat badan lebih tinggi di kalangan bayi dan obesiti dan juga peningkatan serangan penyakit kardiovaskular, diabetis dan kanser dalam kalangan orang dewasa.
 
Tumbesaran perlahan kurangkan risiko obesiti
 
Bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana lemak penting untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat. Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama adalah penting untuk membekalkan nutrien yang perlu untuk perkembangan otak yang betul.
 
Menurut Indeks Nutrien yang disyorkan di Malaysia(MRNI), kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga mereka daripada lemak, berbanding 15 hingga 30 tahun peratus kanak-kanak dalam usia lebih tua.
 
Lemak Asid Arakidonik(AA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting untuk perkembangan kognitif dan visual. Bagaimanapun, ia diperlukan dalam nisbah yang betul. Dalam susu ibu, nisbah AA:DHA adalah kira-kira 1.733.
 
Kajian juga menunjukkan pola tumbesaran yang lebih perlahan boleh mengurangkan risiko obesiti dan isu-isu kesihatan yang lain. Ibu bapa perlu faham bahawa lebih besar tidak semstinya lebih baik. Paling ideal bukan untuk memiliki bayi yang berisi tetapi bayi yang sihat yang membesar pada kadar yang sama dengan bayi yang menyusu ibu.

untuk mendapatkan suplemen / vitamin untuk penyusuan susu ibu / memperbanyak kan susu ibu boleh la mnghubungi sara di

fb : http://www.facebook.com/mia.sara.33234
fb page : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
call / sms : 017 4857436

16 Nov 2012

ESTROGEN HORMON TERPENTING BAGI SEORANG WANITA

Tahukah anda sewaktu berlakunya proses haid untuk seseorang wanita, penghasilan hormon yang sangat penting untuk tubuh turut terjadi? hormon ini merupakan hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seseorang individu yakni hormon estrogen.

Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia,maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan seperti membentuk tubuh badan wanita, tumbuhnya buah dada dan didatangi haid setiap bulan.

Dikatakan apabila seorang wanita itu ketandusan hormon ini, maka wajah muda yang dipertahankan selama ini mulai berkurangan. Pada masa yang sama, kedutan kedutan dan kekurangan kulit mulai kelihatan terutamanya muka. Ia disitilahkan sebagai "the fountain of youth".

3 jenis estrogen dan peranan

1. ESTRADIOL ATAU 17 BETA ESTRADIOL
  • ia dihasilkan di bahagian ovari dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita itu putus haid.
  • ia merupakan hormon seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita. pembentukan buah dada,pertumbuhan bulu di ketiak dan ari-ari ditentukan oleh hormon ini.
  • ia juga penting untuk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.
 2. ESTRON ATAU E1
  • ia merupakan estrogen tetapi tidak sekuat estradiol.
  • ia dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak. ia wujud dengan banyak untuk wanita yang putus haid.
3. ESTRIOL ATAU E3
  • Merupakan sejenis estrogen yang paling lemah antara ketiga-tiga hormon-hormon dan ia dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone.
 Estrogen bergerak di dalam darah ke tisu badan di mana terletaknya reseptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan seperti di otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain. molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ-organ di situ.

Estrogen adalah kunci dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung, ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini, ia meregulasikan pengeluaran hormon progesteron. Progestreron bertindak balas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan meransang progeteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang, maka dinding rahim akan gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan.

Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan ditanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progestron berjaya dirangsang dengan baik, ia mengambil alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori(selepas telur ovum menetas dari ovari) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.

JIKA BERKURANGAN...

kekurangan hormon ini boleh menyebabkan:

  1. kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami.
  2. hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk.
  3. kehilangan rasa ingin bersama.
  4. kekenduran buah dada.
  5. kekenduran di kulit.
  6. perubahan mood dan perasaan murung.
  7. osteoporosis
  8. peningkatan kolestrol di dalam darah.

15 Nov 2012

SIHAT DAN AWET MUDA DENGAN DETOKSIFIKASI

Bercakap tentang makanan, satu lagi topik yang berkait rapat dengan faktor pemakanan dan tidak kurang menariknya adalah detoksifikasi. Kesihatan yang baik bermula dengan proses detoksifikasi atau bebas racun dalam tubuh khususnya sistem pencernaan yang terdiri daripada hati, kolon, buah pinggang, darah dan sistem limfa.

Perkara ini yang lebih popular dipanggil dengan nama ringkasnya detoks. Ia bermaksud racun atau toksin dibuang  dari tubuh badan seseorang terutama sekali bagi mereka yang mengerjakan puasa. Puasa merupakan salah satu cara untuk detoksifikasi yang diiktiraf sebagai tertua didunia.

Secara semulajadinya, tubuh manusia mampu mengawal kesihatan diri sendiri. Bagaimanapun, makanisme ini tidak akan berfungsi apabila dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan bertambah serius apabila ia tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dari badan.

Toksin bukan hanya berpunca daripada kegagalan proses penghadaman yang sempurna tetapi juga perubahan gaya hidup moden membabitkan:-
  • makanan yang kita makan seperti bahan perasa, pewarna tiruan dan makanan segera
  • udara yang kita hirup
  • bahan kimia seperti racun serangga / pestisid
  • bahan logam
  • ubat-ubatan yang kita ambil.
Toksin-toksin  inisangat berbahaya dan bersifat terkumpul, serta dapat menyebabkan kerosakan sistem detoksifikasi tubuh dan gangguan pada memproses metabolisma tubuh. Keadan ini juga menjadi tanda seseorang itu memerlukan detoks.

Kehadiran toksin menyebabkan gejala seperti :-
  • sembelit
  • demam dan selsema
  • sakit kepala dan belakang
  • gangguan pernafasan / lelah
  • mulut dan badan berbau
  • penyakit kulit
  • alahan yang kerap
  • sakit sendi / artritis
  • kolestrol tinggi
  • peningkatan gula dalam darah
  • hipertensi
  • obesiti
  • hilang ghairah seks
  • letih lesu
  • cepat tua
  • mudah lupa dan lain-lain
 Apa Itu Toksin?

Toksin adalah bahan beracun yang berupaya memusnahkan fungsi sel dan struktur sel tubuh. Beberapa jenis toksin bersifat membunuh manakala selebihnya ringan.

SUMBER TOKSIN ADALAH:-

1. LOGAM BERAT - contohnya raksa, plumbum, serta aluminium. Orang yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian sangan mudah tercemar dengan logam ini.

2. KETOKSINAN BAGI HATI - Contonya bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, bahan pengawet makanan, pestisid dan racu rampai / herbasid. Bahan-bahan ini lazimnya masuk ketubuh baik secara sengaja ( ubat-ubatan) mahupun secara tidak sengaja ( pengawet makanan, pestisid/herbasid yang terdapat pada sayur-sayuran yang tidak dicuci secukupnya). Hati berfungsi sebagai detoksikan bagi tubuh, bekerja mengubah zat-zat yang bersifat toksik bagi tubuh, menjadi zat yang tidak toksik. Namun akibat fungsinya ini, lama kelamaan hati juga akan rosak apabila diserang bertubi-tubi.

3. MIKROBIAL - Contohnya toksin-toksin yang dikeluarkan oleh bakteria.

4. PRODUK PENGURAIAN PROTIEN - Dalam hal ini, protien yang dimaksudkan adalah protien apa pun yang kita makan. Hasil penguraian utama metabolisma protien seperti urea dan amonia akan dibuang melalui buah pinggang yang bertugas menyaring darah. Sama halnya dengan hati, apabila diserang bertubi-tubi, buah pinggang pun menjadi rosak.

Sistem Detoksifikasi Tubuh.

Tubuh kita sebenarnya memiliki makanisme detoksifikasi sendiri. Sistem detoksifikasi  tubuh yang utama adalah:
  • kulit - melalui keringat
  • usus- melalui najis dan cecair perut
  • buah pinggang- melalui air kencing
  • hati- melaui proses berenzim/enzimatik agar toksin menjadi lebih larut dan efek toksinnya berkurang/ hilang.
Cara Detoksifikasi.
  • mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman rutin.
  • diet-idealnya adalah diet rendah lemak, tinggi karbi=ohidrat kompleks. Fokus pada makanan berkhasit yang mengandungi banyak air dan serat larut seperti buah pear, epal,kekacang, brokoli dan kubis.
  • pembersihan dan detoksifikasi untuk membersihkan sistem parasit dan bakteria pada usus dan juga organisma lain. Pembersihan turut meliputi kulit selaku organ perkumuhan paling berkesan, pengeluaran peluh melalui liang roma.
  • puasa- cara yang cepat untuk membuang zat-zat beracun dan meningkatkan proses pemulihan hati. Jumlah hari dan jenis puasanya adalah pelbagai.
  • suplemen- selain menggunakan suplemen untuk keperluan makanan, gunakan suplemen yang membantu fungsi hati.
KEBAIKAN DETOKSIFIKASI
meremajakan sel kulit, menurunkan berat badan berlebihan, meningkatkan tenaga, meningkatkan deria hidu, rasa dan dengar, melancarkan pengaliran darah, membaiki daya ingatan, menghilangkan penyakit seperti alahan, sakit kepala, kembung dan lain-lain serta meningkatkan daya tahan tubuh.

untuk mendapatkan suplemen untuk detoks tubuh anda boleh la menghubungi sara di
fb :http://www.facebook.com/#!/mia.sara.33234
call / sms : 017 4857436 

   

14 Nov 2012

CARA SEMULAJADI SUPAYA KELIHATAN MUDA

Ingin cantik dan dan kelihatan muda sentiasa. Paras rupa pasti akan berubah bila usia meningkat. Sekarang ni pelbagai jenis produk kecantikan berlambak-lambak di pasaran. Kini anda tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan yang besar atau melakukan sesuatu yang menyakitkan untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih muda. Ada cara yang lebih mudah dan semulajadi agar anda dapat mengembalikan keremajaan kulit supaya kelihatan muda. Bukan sahaj cantik malah tubuh badan juga sihat dan tidak terganggu sistemnya dan dapat juga mngurangkan risiko mendapat penyakit.

1. Pengambilan makanan kaya antioksidan

Pengambilan makanan kaya antioksidan dapat membantu menghilangkan radikal bebas, mengeluarkan   racun dalam tubuh, kedutan dan kerosakan akibat sinar matahari. Makanan kaya antioksidan bukan hanya dapat melambatkan proses penuaan tetapi juga mencegah penyakit jantung, kanser dan tekanan darah tinggi.

Makanan kaya antioksidan adalah seperti buah beri ( blueberi, raspberi, dan strawberi ), teh hijau, brokoli, tomato, bawang putih, bayam, lobak, kacang soya, bijirin dan gandum. Jangan lupa untuk mengambil air putih minimum 8 gelas sehari dan mengambil makanan kaya protien dan omega 3. Hindari pengambilan makanan dan minuman manis secara berlebihan.

2. Lindungi kulit daripada sinar matahari

Paparan sinar matahari boleh menjadikan kulit anda berkedut dan kusam. Terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari juga akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua. Oleh itu lindungi lah kulit wajah daripada sinar matahari dengan menggunakan pelindung matahari yang mengandungi antioksidan dan vitamin A, C dan E. kandungan akan membantu mengurangkan kesan negatif daripada sinar matahari.

3. Kurang tidur juga boleh menyebabkan kantung mata, lingkaran gelap dibawah mata dan sudah tentu akan menjadikan kita kelihatan lebih tua. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya supaya terhindar daripada kerosakan dan kedutan kulit.

4. Pilihlah  penjagaan kulit yang baik dan tidak ada salahnya mencuba bahan-bahan semulajadi seperti masker pisang untuk kulit wajah dan lain-lain. Pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah sebelum tidur.

Selain daripada itu, melakukan senaman secara rutin juga membantu dalam mendapatkan kulit yang lebih muda, menghindari daripada asap rokok,minuman berkafien dan penggunaan kosmetik yang sembarangan. Mengamalkan pemakanan yang bernutrisi juga mondorong kita untuk menjadi lebih sihat dengan bentuk tubuh yang menawan serta paras rupa yang cantik. Encik suami juga pasti tersenyum dan tak de sebab untuk pandang tempat lain dah.

Apa-apa pun semua itu bermula dengan diri kita sendiri.

Untuk mendapatkan vitamin kecantikan malah baik untuk kesihatan anda boleh menghubungi

FB : http://www.facebook.com/mia.sara.33234
FB PAGE : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
SMS / CALL : 0174857436

SHAKLEE VITA-LEA IRON FORMULA

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-Min', dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Skalee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulakan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi- spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut "Ekplo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin  yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interst pada tahun 2000.

manfaat utama pengambilan Vita-Lea;

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga , kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma  dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Kepada Sel Tubuh -  Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.  

Fakta Nutrisi Dalam Vita-Lea

Vita A
Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, system imun dan rambut yang sihat.
Vita D
Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
Vita E
Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk system produktif lelaki dan mengurangkan kesan parut.
Vita C
Nti-oksida, melawan kanser, meransang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah.
Asid Folik
Kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.
Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah,bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat,mengurangkan petanda herpers zoster.
Vita B2
Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
Vita B3
Tukarkan makanan kepada tenaga,menghasilkan hormone, meransang peredaran darah,lower blood ripid,merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, naik untuk perut dan usus.
Vita B6
Metabolisma protein, baiki otot,senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia/
Biotin
Bantu B kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artitis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuh luka.
Kalsium
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar denyutan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut.
Fosforus
Menigkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat arthritis, anoreksia.
Iodin
Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen / otot dalam kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
Zat besi
Membentuk haemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletigan, anemia.
Magnasium
Kesihatan tulang,gigi, merehatkan otot dan system taraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.
Zink
Perkasa sistem imun , percepat sembuh luka, keupayaan seksuan lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

 

12 Nov 2012

BANYAK KAN SUSU IBU DENGAN VITAMIN

salam semua...Adakah anda seorang ibu yang menyusu? Bakal menjadi ibu? Ingin menngumpul stok susu anda seperti gambar di sebelah ini....

Shaklee syarikat pengeluar ni 1 dalam pembuatan vitamin dan makanan tambahan mempunyai vitamin untuk para-para ibu dan bakal ibu untuk mendapatkan hasil dengan kualiti dan kuantiti yang pasti tidak mengecewakan.

jom kita tengok vitamin apa yang apa yang diperlukan untuk penyusuan ( ibu menyusu ) ni...

VITA-LEA

Vita-Lea Shaklee adalah multi vitamin dan mineral yang pertama dicipta. Setiap tablet mengandungi 30 jenis nutrisi harian lengkapyang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas didunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %.

Manfaat utama:-
  • Penambahan tenaga segera- pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi- kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran 
  •  Keupayaan sistem produktif- penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisma- sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Eleman penting pada sel tubuh- menyediakan asas nutrisi, mamastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kuliy, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi organ- melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
B-COMPLEX

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampi 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. Kesemua 8 komponen perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu sangat penting bagi kita untuk mengambil B-Complex setiap hari.

Manfaat utama:-
  • Menukar makanan kepada tenaga- bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protien kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  • melawan tekanan- memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tubesaran-menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur- membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata- mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian.
  • Mencegah anemia- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardivaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening,lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Detoksifikasi-meredakan alahan
 SUSTAINED RELEASE VITA C 500 mg

Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam.Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid ( 25% dari biofavonoid, diekstrek dari kulit buah ) yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat utama:-
  • membentuk kolagen- kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki simptom pendarahan- kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • peningkatan sistem imun- membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.
  • Memerangi kanser- ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cell untuk melawan sel-sel  kanser dan mampu menghapuskan radiakal bebas.
  • Mencantikkan kulit- ambil vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen.Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia- ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

ALFALFA COMPLEX

dikenali sebagai 'Raja Segala Tumbuhan' dan mengambil sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai hinga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. daun alfalfa dituai apabila mencapai tahap kematangan mutlak dan kaya dengan klorofil, dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya.

Manfaat utama:-
  • tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi- membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat didalam buah-buahan mahupun sayuran. Kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus- ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan berasid, menghilangkan toksin, membersihkan hati,kolon, darah, dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan- memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut- memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ilser, gastrik, hepatitis dan smebelit.
  • Melehakan keletihan- melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.



saya dah mengamalkan nya dah hasil yang memuaskan...x perlu risau susu kurang lagi....sekiranya inginkan boleh la hubingi saya di

fb :http://www.facebook.com/#!/mia.sara.33234
fb page : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
sms / call : 017-4857436