cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

16 Nov 2012

ESTROGEN HORMON TERPENTING BAGI SEORANG WANITA

Tahukah anda sewaktu berlakunya proses haid untuk seseorang wanita, penghasilan hormon yang sangat penting untuk tubuh turut terjadi? hormon ini merupakan hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seseorang individu yakni hormon estrogen.

Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia,maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan seperti membentuk tubuh badan wanita, tumbuhnya buah dada dan didatangi haid setiap bulan.

Dikatakan apabila seorang wanita itu ketandusan hormon ini, maka wajah muda yang dipertahankan selama ini mulai berkurangan. Pada masa yang sama, kedutan kedutan dan kekurangan kulit mulai kelihatan terutamanya muka. Ia disitilahkan sebagai "the fountain of youth".

3 jenis estrogen dan peranan

1. ESTRADIOL ATAU 17 BETA ESTRADIOL
  • ia dihasilkan di bahagian ovari dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita itu putus haid.
  • ia merupakan hormon seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita. pembentukan buah dada,pertumbuhan bulu di ketiak dan ari-ari ditentukan oleh hormon ini.
  • ia juga penting untuk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.
 2. ESTRON ATAU E1
  • ia merupakan estrogen tetapi tidak sekuat estradiol.
  • ia dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak. ia wujud dengan banyak untuk wanita yang putus haid.
3. ESTRIOL ATAU E3
  • Merupakan sejenis estrogen yang paling lemah antara ketiga-tiga hormon-hormon dan ia dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone.
 Estrogen bergerak di dalam darah ke tisu badan di mana terletaknya reseptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan seperti di otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain. molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ-organ di situ.

Estrogen adalah kunci dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung, ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini, ia meregulasikan pengeluaran hormon progesteron. Progestreron bertindak balas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan meransang progeteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang, maka dinding rahim akan gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan.

Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan ditanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progestron berjaya dirangsang dengan baik, ia mengambil alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori(selepas telur ovum menetas dari ovari) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.

JIKA BERKURANGAN...

kekurangan hormon ini boleh menyebabkan:

  1. kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami.
  2. hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk.
  3. kehilangan rasa ingin bersama.
  4. kekenduran buah dada.
  5. kekenduran di kulit.
  6. perubahan mood dan perasaan murung.
  7. osteoporosis
  8. peningkatan kolestrol di dalam darah.

No comments: