cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

21 Nov 2012

PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN B DALAM DIET SEHARIAN KITA


Pengambilan vitamin B setiap hari adalah perlu bagi menggantikan vitamin yang dikeluarkan dalam badan. Vitamin B ini mudah hilang semasa memasak makanan disebabkan oleh proses penyediaan dan haba semasa memasak. Pengambilan lebih dari keperluan harian tidak mendatang kan kesan kerana vitamin B tidak menyimpan didalam badan dan dikeluarkan melalui sIstem perkumuhan.

Vitamin B mempunyai 8 jenis vitamin B, iaitu :-

VITAMIN B1 ( TIAMINA )

v  Merupakan sebahagian TTP, iaitu koenzim yang diperlukan bagi kekuatan metabolism. Sistem saraf dan otot bergantung pada vitamin B1. Orang yang berpuasa atau melakukan diet harus memastikan mereka mendapat sejumlah vitamin B1 yang sama dalam 2000 kilo kalori makanan.

v  Berfungsi bagi pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein. Memelihara system saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Vitamin B1 juga bekerja seiring dengan vitamin B2 dan B3.

v  Gejala kekurangan – keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kehelisahan, gangguan tidur, sakit pada bahagian abdomen, sembelit, dan gangguan mental atau emosi. Beri-beri, iaitu sejenis penyakit metabolic disorder dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.

VITAMIN B2 ( RIBOFLAVIN )

v  Dapat ditembusi  oleh sinar dan iradiasi kerana itulah susu jarang-jarang dijual dalam gelas lut cahaya. Ianya stabil pada panas, sehingga pemanasan tidak merosakkannya. Vitamin B2 diperlukan tubuh bagi metabolism semua jenis makanan bagi mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan bersama dengan Vitamin B6.

v  Berfungsi sebagai koenzim. Membantu enzim bagi menghasilkan kekuatan daripada nutrisi penting kepada tubuh manusia. Vitamin B2 berperanan pada tahap terakhir daripada kekuatan metabolism nutrisi itu. Wanita hamil dan kanak-kanak memerlukan lebih vitamin B2 kerana penting bagi pertumbuhan.

v  Kekurangan vitamin B2 dapat menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung selain kepanasan pada bibir, mulut dan lidah. Kekurangan vitamin B2 juga menyebabkan gejala seprti iritasi, kulit merah, dan kulit kering disekitar mata dan bibir.

VITAMIN B3 ( ASID NIKOTINIK ATAU NIASIN )

v  Dalam tubuh, niasin ditukarkan kepada niasimi yang diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga.

v  Niasin juga membantu mengekalkan system perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi niasin juga dapat membantu mengurangkan kolestrol. Vitamin B3 mempunyai keunikan berbanding vitamin B yang lain kerana tubuh dapat membentuknya daripada asid amino triptofan. Vitamin B3 juga membantu kesihatan kulit, system saraf dan system pencernaan.

v  Kekurangan vitamin B3 dapat menyebabkan penyakit pellagra iaitu gejala seperti dermatitis, diarea, dan dementia. Gejala kekurangan vitamin B3 yang lainnya adalah kehilangan ngan nafsu makan, lemah, pening kepala, dan sakit mental.

VITAMIN B5 (ASID PANTOTENIK )

v  Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Ia diperlukan untuk mengeluarkan hormone kepada adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi system saraf.

v  Berfungsi dalam metabolism perantaran karbohidrat, lemak dan protein. Memainkan peranan dalam pengeluaran hormone adrenan dan pembentukan antibody, membantu dalam penggunaan  vitamin dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.

v  Diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tertumpu dalam organ badan. Vitamin ini juga terlibat dalam pengeluaran ‘neurotransmitters’ dan penambah stamina serta mencegah sesetengah bentuk anemia. Vitamin ini juga diperlukan bagi salur perut-usus berfungsi dengan normal dan dapat menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas.

v  Kekuranga  vitamin B5 dapat menyebabkan beberapa kesan seperti lemah badan dan keletihan, sakit kepala, loya dan muntah, sakit abdomen, lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan, kebas dansesemut pada kaki serta kekejangan otot.

VITAMIN B6 ( PIRIDOKSINA )

v  Diperlukan oleh tubuh bagi metabolism dan penyerapan protein juga metabolism karbohidrat. Vitamin ini membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi system saraf dan otak.

v  Vitamin B6 berperanan dalam metabolism asid amino dan asid lemak serta membantu tubuh manusia bagi mensistesis asid amino tidak perlu.

v  Orang yang mempunyai kadar vitamin B6 yang rwndah menunjukkan gejala seperti lemah, sifat cepat marah, sukar untuk tidur, sawan, pertumbuhan terbantut , dermatitis, anemia, gatal-gatal dan kulit bersisik .

VITAMIN B7 ( BIOTIN )

v  Terdapat dalam banyak jenis makanan. Biotin adalah asid monokarboksilik yang stabil pada haba dan larut dalam air dan alcohol. Vitamin ini mudah dipengaruhi bagi pengoksidaan dan boleh didapati pada makanan utama harian dan amaun diperoleh hasil daripada sintesis oleh bacteria usus serta diserap oleh tubuh.

v  Berbanding dengan vitamin B yang lain, biotin memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protein. Fungsinya sebagai koenzim bagi proses pengikatan karbon dioksida dan diperlukan oleh tubuh bagi rambut dan kulit yang sihat.

v  Kekurangan biotin jarang-jarang terjadi, tetapi berlaku pada pesakit yang tinggal di hospitaldan menggunakan infus menyebabkan gejala seperti hilang selera makan, mual, lemah dan lelah, rambut gugur dan eczema.

VITAMIN B9 ( FOLASIN, ASID FOLIK, ASID PTEROILMONOGLUTAMAT )

v  Folik adalah sebatian yang larut air, terdapat beberapa bentuk folasin yang stabil pada haba, manakala yang lain dimusnahkan dengan cepat oleh haba. Sayur-sayuran yang disimpan dalam suhu bilik dapat menyebabkan kehilangan asid folik penting dan kehilangan tambahan berlaku semasa pemprosesan pada suhu yang tinggi.

v  Folik merupakan dua koenzim yang penting dalam penghasilan sel-sel baru. Folasin diperlukan bagi membentuk kedua-dua sel darah merah dan putih dalam sumsum tulang dan untuk permatangannya.

v  Peningkatan konsumsi folik meningkat semasa hamil dan pada saat pertumbuhan sel. Kekurangan asid folik bukan sahaja menyebabkan tekanan darah rendah, tetapi meyebabkan kurangnya penyerapan atau keperluan metabolik yang tidak biasa bagi vitamin. Individu yang makan makanan yang tidak berkalori juga mudah kekurangan folik dan pada kondiri yang berhubungan dengan pertumbuhan sel, seperti kehamilan atau meales (penyakit kerosakan kulit).

v  Kekurangan folik menyebabkan kekurangan darah seperti sel-sel darah merah tidak matang yang menunjukkan sintesis DNA yang lambat. Gejala lain adalah rasa panas pada jantung, sering terkena jangkitan kerana penurunan pada sistem keimunan. Hal ini mempengaruhi sistem saraf, menyebabkan kemurungan, sakit mental, lelah, pengsan, penyakit anemia yang tidak dapat menghasilkan antibodi.

VITAMIN B12 ( KOBALAMIN ATAU SIANOKBALAMIN )

v  Vitamin ini adalah sebatian habluran merah yang larut air dan dimusnahkan dengan perlahan oleh asid cair, alkali, cahaya, dan agen pengoksidaan atau penurunan. Hamper 70% aktiviti vitamin dikekalkan semasa memasak.

v  Membantu menyembuhkan luka dengan cepat , memeliharan lapisan yang mengelilingi dan melindungi saraf dan mendorong pertumbuhan normal. Selain itu, berperanan dalam pembentukan dan metabolism sel-sel tulang. Vitamin B12 diperlukan bagi mengurangkan folik, sehingga dapat membantu pembentukan sel darah merah dan berperanan dalam membina bahan genetic serta membantu sel darah merah.

v  Vitamin B12 adalah factor ekstrinsik makanan yang penting bagi rawatan dan pencegahan anemia pernisius. Gejala kekurangan menyebabkan kekurangan darah, folik tidak dapat berfungsi dalam pembentukan sel-sel darah merah. Kekurangannya juga dapat mempengaruhi sistem saraf, berperanan pada regenerasi saraf peripheral dan mendorong kepada lumpuh.

No comments: