cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

9 Nov 2012

SUPLEMEN BUKAN PENGGANTI MAKANAN TETAPI PENGAMBILAN ADALAH KEPERLUAN

Apabila memperkatakan tentang kepentingan pengambilan tambahan atau suplemen, antara soalan yang sering bermain difikiran ialah bila waktu yang sesuai dan apakah jenis serta bebrapa banyak diperlukan dalam kehidupan sehari.

Selain itu, ada juga yang bertanya atau ingin tahu apakah kepentingan dan keperluan mengambil makanan tambahan atau supleme? Pertanyaan ini sering kali menjadi topik utamna di kalangan mereka yang berusia. Dan dengan pelbagai rangkaian jenama yang berada di pasaran tentu sekali akan menyukarkan kita untuk membuat oilihan yabg tepat.

Menurut Perunding Industri Makanan Tambahan, Minnesota, Dr Annette Dickinson, pengambilan makanan tambahan amat penting dan mendaji keperluan sebahagian daripada hidup masyarakat masa kini. Beliau berkata, di Amerika Syarikat pengambilan makanan tambahan begitu meluas dan sudah lama diamalkan. Ini berikutan, lebih 70 peratus rakyat menyedari pemakanan harian mereka tidak seimbang dan tidak mampu memberikan semua khasiat diperlukan. Justeru, pengambilan makanan tambahan sebagai alternatif begitu dititikberatkan.

Menurutnya lagi, manfaat mengamalkan pengambilan makanan tambahan akan dirasai dalam jangka masa panjang, terutama apabila usia semakin meningkat. Justeru disarankan ia dijadikan amalan harian untuk mendapatkan perlindungan lebih berkesan. Pada masa sama, kita perlu memperbaiki diet harian dengan mengambil makanan berkhasiat dan bermutu. Tetapi perlu diingat, makanan tambahan bukan pengganti makanan sebaliknya, ia hanya menampung keperluan atau khasiat yang tidak cukup daripada makanan.

Dr. Annete berkata, masih ramai memandang remeh tentang pengambilan makanan tambahan malah, ada sebilangan terutama golongan muda, kerap menangguhkan atau terlupa mengambilnya walaupun tidak keberatan melabur berpuluh ringgit untuk membelinya. Golongan itu lazimnya, berasakan diri mereka sihat dan beranggapan tidak memerlukan makanan tambahan.

Ada juga yang berpendapat, jka cukup makan setiap hari kesihatan pasti terjaga. Persoalannya, berapa ramai diantara kita yang benar-benar cukup makan. Ini kerana pengertian cukup makan bukan sekadar makan sampai kenyang tetapi makanan yang masuk ke dalam perut mesti mengandungi semua khasiat diperlukan badan dengan kuantiti seimbang.

Walaupun ia terserah kepada pilihan masing-masing etapi kajian sains manunjukkan terdapat beberapa manfaat jika mengambil makanan tambahan. Ada juga yang mengaitkan pengambilannya sebagai diet untuk mencegah penyakit. Kajian saintifik membuktikan, amalan mengambil pil makanan tambahan dapat mengelakkan penyakit kronik disebabkan kekurangan zat seperti osteoporosis, kerosakan buah pinggang dan mata.

Oleh itu, kita dapat lihat bahawa kepentingan terhadap pengambilan makanan tambahan juga digambarkan dalam bentuk piramid makanan. Antara lain, piramid makanan tambahan menyarankan, pengambilan pil multivitamin sebagai asas manakala vitamin lain boleh diambil mengikut keperluan  masing-masing.

Keperluan pengambilan makanan tambahan semakin ketara apabila usia semakin meningkat kerana pada usia sedemikian individu berkenaan bukan sahaja kurang berselera untuk makan, tetapi keupayaan badan untuk menyerap khasiat makanan juga menurun. Dan pada usia tua juga banyak masalah kesihatan mula timbul. Gaya pemakanan tidak sihat yang menjadi amalam kini antara punca utama kita memerlukan pil makanan tambahan untuk menampung keperluan harian badan.

individu yang memerlukan makanan tambahan:
. Mereka yang menjalani kehidupan yang terlalu sibuk sehingga tidak mampu mengikut panduan piramid pemakanan
. Mereka yang sangat rendah kalorinya dan kehilangan berat badan yang banyak
. Orang tua yang tidak punya selera makan
.Pemakan sayur yang tegar ( strict vegetarians)
. Mereka yang tidak minum susu atau makanan tenusu yang lain

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan, dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi untuk jutaan insan selama lebih daripada 50 tahun. Alami rasa sihat semula dengan nutrisi Shaklee

untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee, sila hubungi sara di:

fb :http:http://www.facebook.com/#!/mia.sara.33234
fb page :http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
call / sms : 0174857436

No comments: