cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

14 Nov 2012

CARA SEMULAJADI SUPAYA KELIHATAN MUDA

Ingin cantik dan dan kelihatan muda sentiasa. Paras rupa pasti akan berubah bila usia meningkat. Sekarang ni pelbagai jenis produk kecantikan berlambak-lambak di pasaran. Kini anda tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan yang besar atau melakukan sesuatu yang menyakitkan untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih muda. Ada cara yang lebih mudah dan semulajadi agar anda dapat mengembalikan keremajaan kulit supaya kelihatan muda. Bukan sahaj cantik malah tubuh badan juga sihat dan tidak terganggu sistemnya dan dapat juga mngurangkan risiko mendapat penyakit.

1. Pengambilan makanan kaya antioksidan

Pengambilan makanan kaya antioksidan dapat membantu menghilangkan radikal bebas, mengeluarkan   racun dalam tubuh, kedutan dan kerosakan akibat sinar matahari. Makanan kaya antioksidan bukan hanya dapat melambatkan proses penuaan tetapi juga mencegah penyakit jantung, kanser dan tekanan darah tinggi.

Makanan kaya antioksidan adalah seperti buah beri ( blueberi, raspberi, dan strawberi ), teh hijau, brokoli, tomato, bawang putih, bayam, lobak, kacang soya, bijirin dan gandum. Jangan lupa untuk mengambil air putih minimum 8 gelas sehari dan mengambil makanan kaya protien dan omega 3. Hindari pengambilan makanan dan minuman manis secara berlebihan.

2. Lindungi kulit daripada sinar matahari

Paparan sinar matahari boleh menjadikan kulit anda berkedut dan kusam. Terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari juga akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua. Oleh itu lindungi lah kulit wajah daripada sinar matahari dengan menggunakan pelindung matahari yang mengandungi antioksidan dan vitamin A, C dan E. kandungan akan membantu mengurangkan kesan negatif daripada sinar matahari.

3. Kurang tidur juga boleh menyebabkan kantung mata, lingkaran gelap dibawah mata dan sudah tentu akan menjadikan kita kelihatan lebih tua. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya supaya terhindar daripada kerosakan dan kedutan kulit.

4. Pilihlah  penjagaan kulit yang baik dan tidak ada salahnya mencuba bahan-bahan semulajadi seperti masker pisang untuk kulit wajah dan lain-lain. Pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah sebelum tidur.

Selain daripada itu, melakukan senaman secara rutin juga membantu dalam mendapatkan kulit yang lebih muda, menghindari daripada asap rokok,minuman berkafien dan penggunaan kosmetik yang sembarangan. Mengamalkan pemakanan yang bernutrisi juga mondorong kita untuk menjadi lebih sihat dengan bentuk tubuh yang menawan serta paras rupa yang cantik. Encik suami juga pasti tersenyum dan tak de sebab untuk pandang tempat lain dah.

Apa-apa pun semua itu bermula dengan diri kita sendiri.

Untuk mendapatkan vitamin kecantikan malah baik untuk kesihatan anda boleh menghubungi

FB : http://www.facebook.com/mia.sara.33234
FB PAGE : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
SMS / CALL : 0174857436

No comments: