cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

30 Nov 2012

PENTINGNYA KOLAGEN DALAM TUBUH KITA..


Apakah kolagen?

Kolagen merupakan protien semulajadi yang terhasil dalam badan manusia dan haiwan. Ia merupakan komponen utama dalam kulit, rangka, tulang dan rangkaian tisu.

Kolagen yang terdapat dalam tubuh berfungsi menyokong sebahagian sel-e-sel yang yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Ia penting untuk memastikan beberapa makanisme berjalan lancer seperti penyembuhan luka, daya elastic otot dan kesihatan ligamen  serta sendi.

Paling utama, kolagen yang terdapat di bawah lapisan dermis ini mampu mengurangkan kaehadiran kedutan pada kulit yang seterusnya akan menjadikan kita kelihatan muda dan cantik semulajadi. Ia juga terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut,kuku) tulang, tendon,rawan sendi,dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta system limfatik.

Seiring dengan dengan pertambahan usia, tanpa kita sedari  jumlah kolagen di dalam badan semakin menurun. Oleh itu, bagi menggantikannya pengambilan kolagen tambahan  amat digalakkan selepas usia 25 tahun. Penyusutan kolagen yang berterusan pada tubuh boleh dilihat dengan jelas pada kulit apabila hadirnya garis-garis halus pada kulit, kedutan dan kulit mulai kendur berikutan sifat elastic kolagen mula berkurangan.

Walaubagaimanapun, proses penuaan ini boleh diperlahankan dengan cara membekalkan badan dengan  kolagen. Pengambilan makanan tambahan ini penting untuk menggantikan kolagen yang kian hilang dalam badan.

Pengambilan kolagen secara berterusan sangat digalakkan kerana berfungsi sebagai eejn yang mampu melembapkan kulit yang kering , kedut dan kendur, mengurangkan masalah dan kesakitan sendi, meningkatkan tenaga dan prestasi bagi melaksanakan pelbagai aktiviti, menggalakkan penyerapan asid amino yang sangat penting seperti glysine, proline dan hydroxyproline yang dapat mengurangkan lemak dalam badan. Selain itu, kolagen juga membantu mengelakkan risiko tulang rapuh yang dihadapi sebilangan wanita.

v  Kulit – memberi struktur, berfungsi bersama elastin, agen keanjalan kulit.

v  Tulang – memberi bentuk, struktur, kekuatan dan fleksibiliti.

v  Salur Darah – komponen utama dinding salur darah (urat, arteri,kapilari)

v  Rambut – komponen utama pertumbuhan rambut.

Lapisan kulit ibarat tilam, dan kolagen adalah ‘spring’ yang menyokong struktur dalam kulit. Selepas bertahun-tahun ‘spring’ akan mula menjadi lemah dan ia tidak lagi mampu mengekalkan ketegangan dan keanjalannya.

Untuk mendapatkan sumber kolagen yang berkualiti boleh hubungi

FB PAGE : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara

CALL / SMS : 017-4857436

No comments: