cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

10 Nov 2012

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA BAYI


Menerima kehadiran orang baru adalah saat yang bahagia terutama bagi pasangan yang baru berkahwin. Selain menyediakan persiapan menerima cahaya mata, adalah lebih baik menyelitkan  persediaan tentang pengetahuan penyusuan bayi yang terbaik.

Bakal ibu perlu mempelajari teknik penyusuan bayi, fungsinya, dan kebaikan buat bayi dan ibu itu sendiri. Penyusuan susu ibu sepenuhnya vagus bagi perkembangan bayi sehingga enam bulan dan diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun bersama makanan pelengkap. Pemberian susu ibu sepenuhnya  bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Banyak kebaikan yang diperoleh oleh bayi yang menyusu susu ibu kerana  susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik  dan kadar mencukupi bagi bayi. Malah, kandungan nutrient juga akan berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. Susu awal ibu mengandungi kolostrom (cecair berwarna kekuningan) yang mampu menguatkan system imuniti bayi.

Selain itu, bayi yang menyusu susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit seperti cirit birit, selesema, bronchitis, dan radang paru-paru. Malahan, susu ibu juga dapat mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, eczema dan kolik bayi. Susu ibu juga mempunyai nutrient yang amat kritikal bagi perkembangan otak dan membantu dalam meningkatkan kecerdikan bayi. Susu ibu tidak mudah tercemar berbanding dengan cara penyusuan yang lain.

Keistimewaan susu ibu adalah mudah diperoleh pada suhu yang betul pada setiap masa disamping memberikan keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Ini memberikan peluang kepada ibu dan anak berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih saying antara ibu dan anak.

Dengan memberikan penyusuan susu ibu kepada bayi, kebaikannya turut dirasai oleh ibu sendiri. Penyusuan susu ibu dapat membantu mengecutkan rahim  dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan  cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Penyusuan susu ibu juga mampu membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal ibu dengan cepat. Selain itu juga, dapat mengurangkan risiko kanser payu dara dan kanser ovary selain berperanan sebagai perancang keluarga kerana mampu menjarakkan kelahiran apabila mengamalkan penyusuan susu  ibu secara sepenuhnya.

Dari faktor ekonomi pula, penyusuan susu ibu ini tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada bagi bayi. Malah baik bagi persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

No comments: