cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

19 Nov 2012

BAYI BESAR TIDAK SEMESTINYA SIHAT

Pemakanan amat penting kepada bayi yang baru lahir. Ini adalah kerana bayi membesar pada kadar yang luar biasa. Pemakanan yang betul penting untuk memastikan perkembangan kognitif dan visual,pertumbuhan fizikal, kesihatan tulang, sistem keimunan (pelalian) pada tahap optimum.

Bayi yang diberi susu ibu tidak memerlukan makanan tambahan sehingga mereka tumbuh gigi pada usia kira-kira enam bulan ke atas. Ini kerana susu ibu mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh bayi-termasuk nutrien untuk membina keimunan- bagi membolehkan tumbesaran yang sihat.
Susu ibu adalah kompleks. Ia mengandungi lebih daripada 200 bahan aktif secara biologi. Malah pakar sains mula memahami bahawa meskipun setiap satu daripadanya amat penting, kombinasinya yang unik menjadikan susu ibu paling ideal untuk bayi.
 
Bagaimanapun, bukan semua ibu boleh menyusukan bayi atau bukan semua bayi boleh menerima susu ibu. Apabila ini berlaku,alternatif terbaik ialah susu formula. Disebabkan keperluan makanan bayi berubah mengikut usia, kebanyakan susu formula dikategorikan mengikut kumpulan usia.

Susu ibu rendah lemak dan protein.
 
Menurut Profesor Pemakanan Pediatrik, MRC Childhood Nutrition Centre, Institute of Child Health, UCL, London, Profesor Atul Singhal, kebaikan susu ibu kepada bayi memberi kesan jangka panjang.
Katanya lagi,susu ibu mempunyai kandungan rendah lemak dan protein berbanding susu formula. Peningkatan barat badan yang pantas pada enam bulan pertama usia bayi menyebabkan risiko obesiti jangka panjang.
 
Bayi yang diberi susu formula besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi daripada bayi yang menyusu susu ibu kerana susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein)berbanding susu ibu.
 
Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu formula adalah lebih besar daripada bayi yang menyusu ibu menjelang penghujung pertama hayat meraka. Salah satu kajian terbaru adalah yang telah dijalankan oleh Ketua Divisyen Metabolikbdan Perubatan Pemakanan dan Konsultan Pediatrik, Dr. Von Hauner Children’s Hospital of Jerman, Profesor Berthold V. Koletzko dan pasukannya pada tahun 2009 mendapati terdapat kaitan antara kenaikan berat badan lebih tinggi di kalangan bayi dan obesiti dan juga peningkatan serangan penyakit kardiovaskular, diabetis dan kanser dalam kalangan orang dewasa.
 
Tumbesaran perlahan kurangkan risiko obesiti
 
Bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana lemak penting untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat. Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama adalah penting untuk membekalkan nutrien yang perlu untuk perkembangan otak yang betul.
 
Menurut Indeks Nutrien yang disyorkan di Malaysia(MRNI), kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga mereka daripada lemak, berbanding 15 hingga 30 tahun peratus kanak-kanak dalam usia lebih tua.
 
Lemak Asid Arakidonik(AA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting untuk perkembangan kognitif dan visual. Bagaimanapun, ia diperlukan dalam nisbah yang betul. Dalam susu ibu, nisbah AA:DHA adalah kira-kira 1.733.
 
Kajian juga menunjukkan pola tumbesaran yang lebih perlahan boleh mengurangkan risiko obesiti dan isu-isu kesihatan yang lain. Ibu bapa perlu faham bahawa lebih besar tidak semstinya lebih baik. Paling ideal bukan untuk memiliki bayi yang berisi tetapi bayi yang sihat yang membesar pada kadar yang sama dengan bayi yang menyusu ibu.

untuk mendapatkan suplemen / vitamin untuk penyusuan susu ibu / memperbanyak kan susu ibu boleh la mnghubungi sara di

fb : http://www.facebook.com/mia.sara.33234
fb page : http://www.facebook.com/pages/Mama-sara
call / sms : 017 4857436

No comments: