cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

15 Nov 2012

SIHAT DAN AWET MUDA DENGAN DETOKSIFIKASI

Bercakap tentang makanan, satu lagi topik yang berkait rapat dengan faktor pemakanan dan tidak kurang menariknya adalah detoksifikasi. Kesihatan yang baik bermula dengan proses detoksifikasi atau bebas racun dalam tubuh khususnya sistem pencernaan yang terdiri daripada hati, kolon, buah pinggang, darah dan sistem limfa.

Perkara ini yang lebih popular dipanggil dengan nama ringkasnya detoks. Ia bermaksud racun atau toksin dibuang  dari tubuh badan seseorang terutama sekali bagi mereka yang mengerjakan puasa. Puasa merupakan salah satu cara untuk detoksifikasi yang diiktiraf sebagai tertua didunia.

Secara semulajadinya, tubuh manusia mampu mengawal kesihatan diri sendiri. Bagaimanapun, makanisme ini tidak akan berfungsi apabila dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan bertambah serius apabila ia tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dari badan.

Toksin bukan hanya berpunca daripada kegagalan proses penghadaman yang sempurna tetapi juga perubahan gaya hidup moden membabitkan:-
  • makanan yang kita makan seperti bahan perasa, pewarna tiruan dan makanan segera
  • udara yang kita hirup
  • bahan kimia seperti racun serangga / pestisid
  • bahan logam
  • ubat-ubatan yang kita ambil.
Toksin-toksin  inisangat berbahaya dan bersifat terkumpul, serta dapat menyebabkan kerosakan sistem detoksifikasi tubuh dan gangguan pada memproses metabolisma tubuh. Keadan ini juga menjadi tanda seseorang itu memerlukan detoks.

Kehadiran toksin menyebabkan gejala seperti :-
  • sembelit
  • demam dan selsema
  • sakit kepala dan belakang
  • gangguan pernafasan / lelah
  • mulut dan badan berbau
  • penyakit kulit
  • alahan yang kerap
  • sakit sendi / artritis
  • kolestrol tinggi
  • peningkatan gula dalam darah
  • hipertensi
  • obesiti
  • hilang ghairah seks
  • letih lesu
  • cepat tua
  • mudah lupa dan lain-lain
 Apa Itu Toksin?

Toksin adalah bahan beracun yang berupaya memusnahkan fungsi sel dan struktur sel tubuh. Beberapa jenis toksin bersifat membunuh manakala selebihnya ringan.

SUMBER TOKSIN ADALAH:-

1. LOGAM BERAT - contohnya raksa, plumbum, serta aluminium. Orang yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian sangan mudah tercemar dengan logam ini.

2. KETOKSINAN BAGI HATI - Contonya bahan-bahan kimia, ubat-ubatan, bahan pengawet makanan, pestisid dan racu rampai / herbasid. Bahan-bahan ini lazimnya masuk ketubuh baik secara sengaja ( ubat-ubatan) mahupun secara tidak sengaja ( pengawet makanan, pestisid/herbasid yang terdapat pada sayur-sayuran yang tidak dicuci secukupnya). Hati berfungsi sebagai detoksikan bagi tubuh, bekerja mengubah zat-zat yang bersifat toksik bagi tubuh, menjadi zat yang tidak toksik. Namun akibat fungsinya ini, lama kelamaan hati juga akan rosak apabila diserang bertubi-tubi.

3. MIKROBIAL - Contohnya toksin-toksin yang dikeluarkan oleh bakteria.

4. PRODUK PENGURAIAN PROTIEN - Dalam hal ini, protien yang dimaksudkan adalah protien apa pun yang kita makan. Hasil penguraian utama metabolisma protien seperti urea dan amonia akan dibuang melalui buah pinggang yang bertugas menyaring darah. Sama halnya dengan hati, apabila diserang bertubi-tubi, buah pinggang pun menjadi rosak.

Sistem Detoksifikasi Tubuh.

Tubuh kita sebenarnya memiliki makanisme detoksifikasi sendiri. Sistem detoksifikasi  tubuh yang utama adalah:
  • kulit - melalui keringat
  • usus- melalui najis dan cecair perut
  • buah pinggang- melalui air kencing
  • hati- melaui proses berenzim/enzimatik agar toksin menjadi lebih larut dan efek toksinnya berkurang/ hilang.
Cara Detoksifikasi.
  • mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman rutin.
  • diet-idealnya adalah diet rendah lemak, tinggi karbi=ohidrat kompleks. Fokus pada makanan berkhasit yang mengandungi banyak air dan serat larut seperti buah pear, epal,kekacang, brokoli dan kubis.
  • pembersihan dan detoksifikasi untuk membersihkan sistem parasit dan bakteria pada usus dan juga organisma lain. Pembersihan turut meliputi kulit selaku organ perkumuhan paling berkesan, pengeluaran peluh melalui liang roma.
  • puasa- cara yang cepat untuk membuang zat-zat beracun dan meningkatkan proses pemulihan hati. Jumlah hari dan jenis puasanya adalah pelbagai.
  • suplemen- selain menggunakan suplemen untuk keperluan makanan, gunakan suplemen yang membantu fungsi hati.
KEBAIKAN DETOKSIFIKASI
meremajakan sel kulit, menurunkan berat badan berlebihan, meningkatkan tenaga, meningkatkan deria hidu, rasa dan dengar, melancarkan pengaliran darah, membaiki daya ingatan, menghilangkan penyakit seperti alahan, sakit kepala, kembung dan lain-lain serta meningkatkan daya tahan tubuh.

untuk mendapatkan suplemen untuk detoks tubuh anda boleh la menghubungi sara di
fb :http://www.facebook.com/#!/mia.sara.33234
call / sms : 017 4857436 

   

No comments: