cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 Nov 2012

VITAMIN C ADALAH SALAH SATU KEPERLUAN NUTRISI DALAM DIET HARIAN

Vitamin C atau asid askrobik merupakan vitamin larut air. Vitamin aini mudah dioksidakan, terutama apabila terdedah kepada haba. Pengoksidaan dapat dipercepat dengan kehadiran kuprum, besi dan pH beralkali. Kebanyakan vitamin C hilang semasa memasak atau semasa dimasukkan ke dalam air masakan. pemotongan dan membenarkan buah serta sayuran terdedah kepada udara menyebabkan kehilangan vitamin C yang banyak.

Vitamin C mudah diperoleh daripada buah beri, buah-buahan sitrus dan sayuran hijau seperti asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kobis, lemon, mangga, biji sawi hajau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberi, tomato, dan selada air. Selain itu, tembikai, limau, dan jambu batu turut mengandungi vitamin C yang bermutu tinggi.

Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan gusi yang sihat. Vitamin ini berfungsi bagi pengeluaran hormon anti-stres dan interferon, sejenis protiensistem imuniti yang penting. Selain itu, vitamin ini juga membantu bagi metabolisma folik asid, tairosin dan phenylalanine. Vitamin C dapat mengurangkan gejala penyakit asma, selain mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran, menolong mencegah kanser, memelihara aripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.

Kehadiran vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dan bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak berbahaya. Oleh hal yang demikian, bahan itu dapat dinyahkan daripada badan.

Vitamin C ini turut mengurangkan paras 'loe-density lipoprotiens' ( LDL ) atau kolestrol yang tidak baik. Pada masa yang sama, vitamin ini meningkatkan high-density lipoprotiens'  ( HDL ) atau kolestrol yang baik, juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah 'atherosclerosis'. Selain sebagai agen dalam pembentukan kolagen, vitamin C mencegah daripada pembekuaan darah yang tidak normal dan lebam, dapat mengurangkan risiko katarak dan mempercepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Stres fizikal seperti luka terbakar, infleksi, keracunan logam berat, rokok, penggunaan terus-menerus ubat-ubatan ( termasuk aspirin atau ubat tidur ) meningkatkan kehilangan vitamin C sebanyak 100mg perhari.

Gejala awal kekurangan vitamin C adalah pendarahan di sekitar gigi selain bengkak gusi. Kekurangan vitamin C dapat menyebabkan penyekit Skuvi ( pendarahan pada badan, lebam-lebam dan gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan dalam otot dan sendi yang menyebabkan kesakitan).

Kekurangan banyak vitamin C mengakibatkan sistem saraf dan ketegangan otot. Hal ini menyebabkan kerosakan otot seperti gangguan saraf dan depresi. Gejala lain adalah anemia, sering terkena infeksi, kulit kasar, dan sukar bagi luka untuk sembuh. Ketika individu mengambil sejumlah besar vitamin C dalam bentuk suplemen dalam jangka masa panjang, tubuh menyesuaikan dengan menghancurkan dan mengeluarkan lebihan vitamin C daripada biasa.

untuk mendapatkan sumber vitamin C yang terbaik boleh hubungi sara
fb ; http://www.facebook.com/mia.sara.33234
call / sms : 0174857436

No comments: