cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

22 Nov 2012

PENTINGNYA VITAMIN UNTUK BADAN KITA

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut mikro nutrien. Vitamin membantu pertumbuhan proses protien, karbohidrat dan lemak dalam badan dan sesetengah vitamin membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak banyak menghasilkan banyak mikronutrien.

Vitamin adalah satu daripada enzim jenis nutrien asas yang diperlukan dalam diet atau makanan kita. Vitamin membantu badan berfungsi dan membesar dalam keadaan normal. Sumber semulajadi vitamin didapati daripada makanan yang kita makan setiap hari. Walau bagaimanapun, sesetengah vitamin hilang semasa memasak, memproses, atau menyimpan makanan. Sekiranya individu itu menunjukkan dengan jelas gejala kekurangan vitamin, maka vitamin tambahan hendaklah diambil.

Vitamin dan mineral adalah zat utama bagi fungsi tubuh dan kesihatan. Terdapat 13 jenis vitamin yang dikenalpasti oleh penyelidik. Vitamin terbahagi kepada dua bahagian, iaitu vitamin yang larut dalam lemak dan vitamin yang larut dalam kandungan air. Vitamin itu adalah seperti berikut:

VITAMIN LARUT LEMAK
  • A ( Retinol )
  • D ( Kalsiferol )
  • E ( Tokoferol )
  • K ( Filokuinon )
VITAMIN LARUT AIR
  • Vitamin C ( Asid Askorbik )
  • Vitamin B1 ( Tiamina )
  • Vitamin B2 ( Riboflavin )
  • Vitamin B3 ( Niasin )
  • Vitamin B5 ( Asid Pantothenik )
  • Vitamin B6 ( Piridoksina )
  • Vitamin B7 ( Asid Folik )
  • Vitamin B 12 ( Kobalamin )
Jumlah keperluan yang disarankan per hari atau RDA ( Recommended Dietry Allowance ) adalah jumlah vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (RNI ) adalah keperluan yang diperlukan oleh penduduk malaysia dan cukup untuk pertumbuhan anak-anak dan pencegahan kekurangan vitamin dan mineral pada orang dewasa. Jumlah keperluan ini berbeza menurut umur dan jenis jantina.

UNTUK MENDAPATKAN VITAMIN DARI SUMBER SEMULAJADI BOLEH LA HUBUNGI SARA

FB : http://www.facebook.com/mia.sara.33234
CALL / SMS : 0174857436

No comments: