cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

10 Jul 2015

9 TIP KEKAL SIHAT SEPANJANG HARI

1 PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG
Pilih maknan yang rendah lemak tepu, lemak trans, kolestrol, natrium, banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan yang kaya dengan serat dan ikan yang tinggi omega-3

2 SENTIASA AKTIF
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 150 minit dengan intensiti sederhana seperti aerobik dan berjalan cepat setiap minggu.

3 KAWAL TEKANAN
Tekanan jangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan kadar kenyutan jantung dan tekanan darah sehingga merosakkan dinding arteri. belajarlah menguruskan tekanan demi kualiti hidup yang lebih baik.

4 PERHATIKAN BERAT BADAN ANDA
Pada usia 40-an ke atas, metabolisma badan anda akan menjadi perlahan. Untuk mengelakkan masalah berat badan, anda perlu mengikut diet sihat dan banyakkan bersenam.

5 SERONOK BEKERJA
Jangan memikirkan bebanan dan tekanan pada kerja kerana anda telah menghabiskan 1/3 hari anda dipejabat. Nikmatilah kerja anda dengan gembira dan amalkan gaya hidup sihat.

6 KETAHUI AMARAN SAKIT JANTUNG
Tidak ramai yang mengetahui bahawa serangan jantung dirasai di tengah dada dan tidak saemua orang mendapat sakit dada dengan serangan jantung. Malah gejala juga berbeza antara lelaki dengan wanita.

7 BERHENTI MEROKOK
Selain penyakit jantung dan angin ahmar, merokok juga boleh membawa kepada pelbagai kanser. Jadi hentikanlah tabiat ini.

8 KETAHUI BADAN ANDA
Anda juga perlu menjaga kesihatan diri dengan melihat tekanan darah, tahap gula dalam darah, indeks jisim badan, lilitan pinggang dan sebagainya.

9 JUMPA DOKTOR
Tiap-tiap tahun cubalah ambil masa sehari untuk membuat pemeriksaan dengan doktor seperti tekanan darah tinggi, kolestrol, serangan jantung dan sebagainya.

Mudah kan untuk kekal sihat sepanjang hari. Namun ada juga individu yang menganggap rutin penjagaan kesihatan adalah perkara remeh dan menganggap diri sentiasa sihat.

No comments: