cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

2 Jul 2015

7 MAKANAN SIHAT ELAKKAN TERJADI ALAHAN

Anda kerap kali bersin setiap kali membersihkan rumah? Atau mungkin mengalami kegatalan kulit setelah menikmati makanan laut? Jika ya, anda sebenarnya berhadapan dengan masalah alergi tindak balas yang terjadi ketika partikel asing masuk ke dalam tubuh.

Sel-sel di dalam tubuh kemudiannya menghasilkan zat kimia yang lebih dikenali sebagai histamin ( penyebab alergi). Umumnya gejala ini terjadi di bahagian kulit ( ruam, gatai-gatal, iritasi), bersin, mata merah dan macam-macam lagi. Bagi mengelakkannya anda boleh mencuba beberapa jenis makanan yang membantu untuk melawan masalah alergi.

Buah Epal
Epal mengandungi sejenis zat yang disebut quercetin. Dipercayai ia mampu mencegah pelepasan histamin dari sel tubuh sekali gus menstabilkan bahan tersebut.

Buah nangka
Selain enak dimakan, nangka mampu dikatakan mengubati masalah alergi. Memangdangkan ia kaya dengan kandungan air maka dipercayai semua racun yang disebabkan oleh alerhgi boleh dihilangkan. Pada masa yang sama ia juga kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Kunyit
Kunyit memiliki sejenis sifat anti inflamasi dan anti alergi kerana di dalamnya kaya dengan zat yang dikenali sebagai kurkumin. Hanya dengan mencampurkan sesudu teh kunyit bersama susu panas, amalkan mengambil minuman tersebut sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mencegah masalah alergi.

Lemon
Lemon terkenal sebagai penawar bagi masalah alergi disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi. Pada masa yang sama, buah tersebut juga membantu meningkatkan kekebalan tubuh sekali gus mencegah tindak balas alergi. Lemon juga mengandungi bahan antioksidan yang berupaya membantu mengeluarkan racun serta bahan-bahan yang tidak diperlukan dan berkumpul di dalam tubuh. Amalkan meminum satu atau dua gelas jus lemon setiap hari bagi mencegah alergi.

Teh Hijau
Teh hijau lebih baik diambil dalam kehidupan sehari hari. Kandungan bahan antioksidan yang kuat iaitu epigallocatechin gallate dipercayai mempu mencegah tindak balas alergi dalam tubuh. Bukan setakat itu sahaja, teh hijau di percayai berupaya mengurangkan masalah peradangan dan histamin.
Hanya dengan  mengambil dua cawan teh hijau bercampur sedikit lemon, masalah alergi yang dialami akan berkurang hilang.

Bawang Putih
Bawang putih bukan sekadar sedap dijadikan bumbu dalam masakan bahkan ia dikatakan mampu menigkatkan sistem kekebalan sekaligus melawan masalah peradangan. Bawang putih terkenal sebagai antibiotik untuk alergi dan mencegahnya. dengan mengambil tiga ulas bawang putih setiap hari, dipercayai ia mampu mengelakkan alergi bermusim. Boleh juga mengambil bawang putih dalam bentuk kapsul.

Halia
Halia bukan setakat membuang angin di dalam badan malah dipercayai ia juga mampu mengurangkan masalah peradangan dan alergi. Di dalamnya terkandung bahan antioksidan yang amat membantu untuk merawat mereka yang menderita penyakit asma.

No comments: