cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

16 Jul 2015

BATASAN AURAT WANITA TERHADAP MAHRAMNYA

Ramai-ramai pulang ke desa, menyambut lebaran yang bakal menjelang. Dalam kemeriahan dan riuh rendah adik beradik dan cuit mesra saudara, hukum aurat dan muhrim jangan lupa. Jangan sekali-kali dipandang enteng. Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara.


Siapakah mahram bagi wanita?
Mahram bagi seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susunan iaitu:

1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan 
4. Anak kandung
5. Anak tiri ( iaitu anak suami )
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara kandung

Dihadapan mahram-mahram diatas wanita tidak wajibkan menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulama' (termasuk Mazhab Syafi'e dan Abu Hanifah. jadi menurut ulama, aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Namun ulama-ulama Mazhab Maliki dan Hambali berpendapat hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua belah tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Ada pun bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram.

Pandangan ini disokong oleh Dr Yusus Al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan , "Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan batin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Justeru selainnya seperti peha, perut, kemaluan dan punggung tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain. Pandangan kedua inilah yag lebih menepati kehormatan seorang wanita berdanding pandangan jumhur tadi.

Bapa atau ibu saudara sama di sebelah bapa atau ibu kita semua adalah mahram ( diharamkan berkahwin ). Oleh sebab itu, batasan aurat dengan mereka ialah sebagaimana aurat antaa sesama mahram.

Hukum Bersentuhan Lelaki dan Perempuan Mahram

Jika hubungan mereka adalah sesama mahram, harus mereka bersentuhan sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dlihat oleh mahram.

Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. kaedahnya ; "Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah).

Aurat Lelaki dan Wanita

Ketahui paras aurat lelaki dan wanita. sama-samalah kita memelihara kehormatan diri agar penyempurnaannya akan diberikan balasan yang dari Allah SWT, in sha Allah.

a) Lelaki sesama lelaki; dari pusat hingga lutut
b) Perempuan sesama perempuan ; dari pusat hingga lutut
c) perempuan sesama lelaki Islam/bukan Islam ; Keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan
d) Perempuan Islam dengan perempuan bukan Islam ; keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.




No comments: