cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

8 Jul 2015

8 PENYEBAB SAKIT PERUT YANG MUNGKIN ANDA SENDIRI TIDAK KETAHUI

Sedar tak sedar Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Sudah tentu kita akan dijamu dengan pelbagai makanan enak. Maklum sahaja, hidangan ini kebanyakannya hanya diperolehi setahun sekali. Sudah tentu anda ingin merasa semua jenis hidangan.

Memandangkan semua hidangan anda ambil, segalanya berkumpul di perut sehinggakan anda tidak sedar perut anda mula sakit. Adakah kerana terlalu banyak makan atau makanan tersebut telah tercemar?

8 penyebab sakit perut yang mungkin anda sendiri tidak ketahui:



BATU HEMPEDU
Wanita lebih kerap mendapat masalah ini berbanding lelaki. Rasa sakit ini terjadi pada bahagian kanan perut terutamanya selepas anda mengambil makanan berat.

MASALAH MENSTRUASI
Kadang-kadang anda tidak sedar, rasa sakit ini berlaku sebelum haid. Mungkin ada perubahan hormon yang menyebabkan anda rasa akit perut dan tidak selesa.

LAPAR
Jika anda menahan makan dalam waktu yang lama, ia boleh menimbulkan 'gas' dalam perut dan mengakibatkan rasa sakit. Inilah perlunya makan pada waktu yang tepat dan jangan lewatkan waktu makan

MAKAN BERLEBIHAN
Apabila anda makan berlebihan dan makanan memenuhi perut anda, kemungkinan usus anda merasa tegang dan perut sakit. sentiasalah membuat aturan untuk makan dalam jumlah yang tepat supaya perut anda dapat menghadap dan memproses makanan.

LAKTOSA TIDAK SESUAI
Mungkin anda secara tidak sengaja mengambil hidangan makanan yang mengandungi beberapa produk susu sehingga menyebbakan perut kembung, idak selesa dan disertai dengan sendawa. Cara terbaik untuk menglakkan sakit perut adalah dengan tidak mengambil produk susu.

MAKANAN BERACUN
Keracunan makanan terjadi kerana wujudnya virus atau bakteria dalam makanan sehingga menyebabkan muntah, sakit perut, masalah pembuangan air besar dan sebagainya.

STRES
 Apabila anda mengalami masalah stres atau depresi yang berlebihan, perut anda mula bertindak secara tiba-tiba dan tidak dapat memproses makanan dengan lancar.

PARASIT
Parasit boleh memasuki melalui makanan dan air, malah ketika anda berenang di dalam kolam yang tidak bersih. Keadaan ini boleh mengganggu pencernaan dan penyerapan nutrisi sehingga menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa.


FAKTA MENGENAI PERUT

Panjang

  • Esofagus adalah antara 20cm
  • Perut adalah 25cm
  • Usus kecil antara 6-7meter
  • Usus besar sekitar 1 meter
  • Usus orang dewasa adalah lebih panjang dari kanak-kanak
Isi Padu
  • Perut boleh menampung 2-4 liter makanan dan air
Masa Memproses Makanan
  • Mengambil masa 4 jam untuk kandungan makanan dalam perut masuk ke dalam usus kecil
  • 1-2 hari untuk makanan dapat diserap di usus kecil
  • 2-3 hari untuk sisa bahan makanan keluar dari usus besar.
Masalah Sakit Perut
  • Ia disebabkan oleh beberapa alasan seperti tekanan, ubat sakit, bakteria helicobacter pylori, tumor, merokok, makanan tertentu dan sebagainya.
  • Makanan terlalu banyak bukanlah satu alasan sakit perut tetapi mungkin disebabkan ketidak selesaan perut.
  • Ada juga makanan tertentu yang mengandungi banyak rempah dan cili menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
Tempoh Kesakitan
  • Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau sehingga berhari-hari. Contohnya, apabila mengambil ubat penahan sakit, seseorang itu boleh mengalami sakit perut dalam beberapa minit.
Rawatan
  • Anda boleh mendapatkan ubat di farmasi dan jika berterusan, dapatkanlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui punca sakit perut.

Tips Sihat
  • Jangan merokok atau mengambil minuman beralkohol
  • Elakkan dari mengambil ubat penahan sakit (pain killer)
  • Jangan stres
  • Elakkan mengambil makanan yang diproses dan daging
  • Banyakkan makan ayuran dan buah-buahan 

No comments: