cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

29 Jul 2015

PELUH BERLEBIHAN MEMALUKAN DAN MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN

Umum berpendapat berpeluh itu sesuatu yang menyihatkan . Tetapi jika kerap berpeluh dan jumlah peluh yang sangat banyak sehingga terasa basah, ini dinamakan sebagai hyperhidrosis.

Hyperhidrosis biasanya berlaku pada tapak tangan, tapak kaki dan ketiak. Selain mengganggu aktiviti harian, hyperhidrosis menyebabkan ketidakselesaan dan memalukan.

Sebahagian besar orang mengeluarkan peluh ketika bersukan di kawasan panas atau dalam situasi cemas, takut dan stres. Namun dalam kes hyperhidrosis, peluh yang keluar jauh lebih banyak daripada peluh normal.

Tanda atau gejala hyperhidrosis termasuklah:

  • Kerap berpeluh dan jumlah peluh berlebihan hingga embasahi pakaian.
  • Jumlah peluh berlebihan berlaku di kawasan ketiak, kepala dan muka. malah di tapak tangan dan tapak kaki juga.
  • Hyperhidrosis boleh dijelaskan sebagai berpeluh yang boleh mengganggu aktiviti normal. keadaan ini berlaku sekurang-kurangnya sekali seminggu tanpa sebab kukuh.
PUNCA

Penyebab hyperhidrosis berasal daripada sistem pengaturan suhu dalam tubuh khususnya kelenjar peluh. Kulit mempunyai dua jenis kelenjar peluh, iaitu kelenjar eccrine yang mengeluarkan peluh pada hampir semua bahagian tubuh dan terus ke permukaan kulit. Sementara kelenjar apocrine mengeluarkan peluh di kulit kepala, ketiak dan celah peha.

Ketika suhu tubuh meningkat, sistem otonom meransang kedua-dua kelenjar peluh untuk mengeluarkan cairan dalam badan ke permukaan kulit bagi tujuan menyejukkan tubuh.Cairan ini terhasil dari garam air (sodium klorida) dan elektrolit lainya, iaitu bahan yang berfungsi mengimbangi fungsi cairan dalam tubuh.

Focal Hyperhidrosis. Keadaan ini boleh dilihat daripada jumlah peluh pada siang hari di bahagian tapak tangantapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di ketiak tanpa sebab yang jelas. Keluarnya peluh ini berlaku di kedua-dua sisi, misalnya kedua-dua tapak tangan. Peluh biasanya berhenti semasa tidur. Focal Hyperhidrosis biasanya bermula sebelum seseorang itu berusia 20 tahun dan sehingga kini puncanya masih belum diketahui.

Generelized Hyperhidrosis. Peluh keluar di bahagian yang luas pada tubuh. Prosesnya terjadi secara tiba-tiba dan biasanya ada penyebab seperti kesan sampingan dari umabt atau gejala sakit akibat penyakit tertentu. Contoh menopouse, kandungan gula dalam darah rendah, tiroid aktif, leukemia, serangan jantung atau penyakit berjangkit.

TIPS KURANGKAN PELUH DAN BAU BADAN

1 Mandi secara teratur dua kali sehari membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria di kulit. Jika melakukan aktiviti tambahan anda disarankan mandi lebih dari dua kali sehari.

2. keringkan kaki selepas mandi. Mikroorganisma suka pada tempat lembap di antara jari kaki. Guna bedak kaki untuk membantu menyerap peluh dikaki.

3. Pilih kasut dan stoking dari bahan semula jadi supaya kulit boleh mencegah kaki dari berpeluh dan kaki boleh bernafas.

4. Gunakan kasut sebara bergilir-gilir. Kasut yang lembap kerana peluh perlu dikeringkan terlebih dahulu, oleh itu gunakan kasut secara bergilir.

5. Gunakan stoking dari bahan kapas dan bulu. Bahan ini menyerap peluh dan baik untuk kaki.

6. Sentiasa tukar stoking setiap hari kerana bila stoking basah oleh peluh, kerap menimbulkan bau dan menyebabkan jangkitan fungus pada jari kaki.

7. Biarkan kaki bernafas, acari masa tanggalkan kast untuk memberikan kulit bernafas.

8. Semasa bersukan gunakan pakaian sukan yang diperbuat dari bahan yang mengelakkan kelembapan pada kulit.

9. Pakai pakaian yang menyerap peluh bagi membolehkan kulit bernafas.

10. Cuba teknik relasksasi. Teknik seperti yoga meditasi atau biofeedback dapat membantu mengendalikan stres yang menggalakkan berpeluh.

No comments: