cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

18 Mar 2013

SUPLEMEN UNTUK IBU BEKERJA


Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen dan keperluan mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen boleh kurus, lebih sihat, cantik dan awet muda tanpa perlu bersenam dan makan. Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran dan pengambilan pemakanan segera dan tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.

Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari anda harus memakan:

·       6-11 sajian roti, bijirin, nasi dan pasta

·       3-5 sajian sayur-sayuran

·       2-4 sajian buah-buahan

·       2-3 sajian jika susu, yogurt dan keju

·       2-3 sajian daging, ayam, itik, ikan, kacang kering, telor atau kacang

·       Lemak, minyak dan gula-gula secara sederhana

Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Healt Series ( beliau juga pengarang buku terlaris The Nutrition Guaratee dan pakar pemakanan bertauliah di sebalik Better Healt Series yang terkenal tentang pendidikan pemakanan), walaupun jika anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan diatas, anda mungkin menghadapi tiga masalah.

Pertama adalah sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet, kedua, jumlah yang diperlukan seperti vitamin E untuk perlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatkannya daripada diet biasa, dan ketiga, sesetengah nutrient ( minyak saripada ikan air sejuk) bukan yang utama dalam diet biasa kita.

Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup anda adalah sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan para ibu bekerja terikat dengan masa dan sibuk sehingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan di luar.

Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita seharian. Anda mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja yang akan merasakan kelainannya.

Secara minimum bagi seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin/mineral dan protein. Kemudian, berasaskan keperluan dan gaya hidup anda, tambah vitamin C,B kompleks dan vitamin E.

Walau bagaimanapun, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik adalah makan dengan cara sihat.


Apa Bezanya SHAKLEE?

Seseorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik dan asli buat keluarga dan diri agarkekal sihat sihat dan ceria untuk menjaga keluarganya.

Ramai yang sering bertanya Apa lebihnya SHAKLEE dari yang lain? Shaklee sering menekankan ‘ The Shaklee Difference’ ~Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Setiap produk yang dikeluarkan daripada suplemen, isi rumah dan juga kecantikan, semuanya sentiasa selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semulajadi yang mesra alamsesuai dengan tubuh manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji dan mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan dalam jurnal-jurnal perubatan.



Sumber : iSIHAT April 2013

Di mana nak dapatkan vitamin Shaklee ni? Boleh hubungi saya 017-4857436
Ataupun nak tahu vitamin apa yang Shaklee ni ada boleh tengok kat link ni
https://www.facebook.com/pages/Mama-sara/408213389240880?ref=hl
kalo nak berhubung secara lansung boleh add saya di
https://www.facebook.com/mia.sara.33234


No comments: