cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

23 May 2015

Tip Kurangkan Garam Dalam Masakan

Garam yang mengandungi iodin sangat diperlukan oleh tubuh bagi mendapatkan kesihatan maksimum. Namun begitu, jika terlalu banyak mengambil garam, dikhuatiri membahayakan kesihatan sekaligus mengundang pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi, kegagalan ginjal, obesiti dan macam-macam lagi.

Oleh itu, pengambilan garam haruslah mengikuti sukatan yang betul setiap hari supaya tidak terlebih garam dan tidak terkurang garam dalam pengambilan makanan seharian.

Tip Kurangkan Garam Dalam Masakan

Bahan Segar

Apabila menggunakan bahan segar untuk memasak, ia secara tdak lansung mendidik kita untuk meletakkan sedikit sahaja garam (jumlah yang perlu ) ke dalam masakan berbanding makanan yang siap diproses. Oleh itu, elakkan dari mengambil makanan yang siap dimasak kerana didalamnya terkandung banyak garam dan gula.

Buat Pilihan Tepat

Pilih makanan segar berbanding makanan yang terdapat di dalam tin. Ini kerana makanan tersebut biasanya mengandungi banyak garam yang dijadikan bahan pengawet.

Elak Tambahn Garam

Sekiranya gemar memasukkan garam ketika memasak, anda sebenarnya terdorong untuk meletakkan garam pada jumlah yang banyak. Berbeza jika dimasukkan selepas makanan siap dimasak, garam yang ditambah lazimnya sudah cukup rasa. Secara tidak lansung ia merupakan satu kaedah yang boleh dpraktikkan bagi mengurangkan penggunaan garam setiap hari.

Gunakan Sukatan Garam Yang Betul

Kurangkan jumlah garam bergantung kepada kuantiti makanan yang disediakan. Apabila kuantiti garam dikurangkan setiap kali memasak, maka lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan yang berterusan.

Tambah Rasa

Salah satu alasan yang diberi untuk meetakkan garam yang lebih dalam makanan ialah mengelakkan rasa hambar. Jika ini sebabnya maka salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan memberi lebih rasa pada sayuran. Sama ada memanggang atau merebusnya bersama bahan semulajadi, rasanya pasti sedap untuk dinikmati.

Hargailah masa muda, masa sihat dengan pengambilan pemakanan yang betul dan penjagaan kesihatan yang berterusan agar dapat menikmati hari tua tanpa sebarang penyakit.

No comments: