cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

13 May 2015

CARA MUDAH CUCI USUS DENGAN AIR DETOKS

Program detoks popular di kalangan wanita berbanding lelaki. Walaupun lelaki jarang mencuci usus dengan detoks tetapi sangat penting untuk menyingkirkan toksin yang tersimpan di dalam tubuh.

Detoks membantu anda lebih bertenaga dan menajamkan daya tumpu. Cara paling praktikal untuk menyingkirkan toksin dalam badan adalah dengan minum air buah-buahan yang kaya dengan antioksida serta keluar peluh ketika bersenam.


Jika anda mengamalkan diet detoks, anda masih boleh mengamalkan makanan seperti biasa iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Namun anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air per hari dan elakkan dari makan selepas jam 7 malam.

Selain itu, detoks juga membantu dalam proses penyembuhan secara semula jadi dengan regenerasi sel kulit dan mencegah anemia.

Sangat mudah untuk membuat air detoks sendiri di rumah. hanya memasukkan air kosong ke dalam botol 1 liter atau 1.5 liter kemudian potong buah-buahan sitrus kerana mempunyai khasiat serta  kandungan anti oksida dan simpam sejuk semalamam.

Antara khasiat buah-buahan yang boleh diamalkan untuk membuat air detoks adalah seperti:

KHASIAT LEMON

- Untuk detoks, lemon sangat membantu dalam memulihkan sistem penghadaman yang terluka.
- Selain itu, ia mengandungi banyak vitamin C dan anti oksida yang dapat menghilangkan radikal  
  bebas dan meningkatkan proses kolagen sehingga kulit anda kelihatan lebih cerah.

KHASIAT EPAL

- Ia adalah detoks semula jadi yang mampu mengumpulkan racun dan makanan yang dicerna.
- Epal mengandungi asid malic dan tartaric, garam dari pottassium, sodium, magnasium dan juga kandungan zat besi. Kandungan serat juga dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
- Bagi pesakit diabetes, pengambilan epal secara rutin dapat membantu memperlambatkan penyerapan zat dan menjaga kandungan gula alam darah.

KHASIAT SALERI

- Ia mengandungi antioksidan (jenis flavonoid dan luteloin) yang berguna untuk meningkatkan metabolisma badan.
- Kandungan vitamin A dan C juga dapat menjaga sistem ketahanan badan.
- Bagi anda yang memiliki rambut yang sihat, saleri dapat menyuburkan rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
- Ia turut membantu masalah insomnia kerana kandungan mineral dan larutan tertentu dapat membuatkan sistem saraf anda lebih rileks dan tenang.

Pentingnya dalam penjagaan usus kerana usus adalah organ penting dalam penyerapan nutrien dan zat daripada makanan untuk keperluan tubuh supaya sentiasa kekal sihat dan kurang berisiko untuk mendapat sesuatu penyakit.

No comments: